Wednesday, April 14, 2010

pagi-pagi buat aku sakit hati

pagi lagi dah buat aku mencarut. bongok punye keta mpv toyota hitam no plat N** ****. tadi sampai kat trafic light kat senawang nak masuk simpang tu aku benti la sebab lampu merah. pastu lampu  hijau aku pun jalan lah. tiba-tiba datang keta bodoh ni dari belah kiri, memotong barisan belakang pastu nak masuk simpang kanan gak and himpit keta aku. dah la keta kau besar. tak pasal-pasal aku tersepit antara keta bodoh tu dengan keta honda sebelah kanan aku. sikit je lagi aku nak terlanggar keta honda tu tadi.


aku pun dengan geramnya, tekan minyak kuat-kuat g kejar balik keta mpv hitam bodoh tu. dia dah buat aku mencarut pagi-pagi, dan dah buat darah aku mendidih pagi-pagi. apa kau ingat keta kau besar aku takut ke? apa kau ingat keta aku kecik aku tak boleh kejar keta kau balik? sampai kat simpang nak ke econ save tu, keta tu pon masuk kiri gak. skali keta tu tersangkut belakang keta slow depan dia, aku pun terus je memotong tanpa belas kasihan dan aku pun berjaya memotong mpv tu dengan cara yang kurang asam jugak sambil sempat menjeling driver dia. pakcik berkopiah. patut la kurang ajar. tengah aku laju tu, tiba-tiba ada lak keta kancil bengong seko kat depan. dah tau lembap nak duk lorong kanan.

nak potong ikut lorong kiri ada keta lak. tapi sebab aku tak nak bagi keta mpv tu potong aku balik, aku pun redah je terus masuk lorong kiri dan potong keta kancil tu dan terus masuk lorong kanan dan tekan minyak dengan kuatnya. pedulik apa aku kalau pakcik mpv tu nak kejar aku balik and tahan keta aku and belasah aku kat situ. janji aku puas hati dapat potong dia sebab kurang ajar sangat. ingat kau bawak keta besar, kau boleh berlagak kat jalan? ape ingat aku pempuan aku tak berani? g m*mp*s la.

dan selepas tu, aku pun meninggalkan keta bongok tu jauh ke belakang...dan aku meneruskan perjalanan ke destinasi dengan hati yang puas namun geram masih ada lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin