Showing posts with label my taste. Show all posts
Showing posts with label my taste. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

meriahnya berbuka




tengah melasak nak keluar daripada kerusi ni. oooppss. telupe bawak totseat arissa, kena pakai kerusi baby kedai

semalam aku, encik capo dan arissa berbuka di Restoran Rakyat kat Rahang. bukan kami bertiga aje. ada 21 orang tak termasuk arissa sebab arissa sebab arissa tak pose. hihihi ^_^. family aku je dah 17 orang. selebihnya family encik capo. kan aku dah kate....family aku besar. tu pun tak semua adik beradik ada. kalau tak, 1 restoran tu penuh dengan family aku. huhuhhu.




ni aku punye makanan

kami makan buffet di Restoran Rakyat. Dewasa RM 23 seorang dan kanak-kanak RM 11 seorang. bagi aku, ok la harga tu. aku dan encik capo dah senaraikan restoran-restoran untuk dipilih masa berbuka. ada 3,4 restoran dan selepas membuat beberapa perbandingan, maka kami memilih Restoran Rakyat. lepas tu aku pun hantar invitation melalui sms kat adik beradik aku. dengar orang nak belanja, kemain cepat dorang reply sms. ahak. ahak. ^_^.




arissa dan mak aku. meja belakang tu kakak-kakak aku n anak2 buah perempuan

lepas kira bilangan yang nak join, encik capo pun call tuan empunya restoran dan buat tempahan. lepas balik keje, jemput arissa. bagi arissa makan dan mandikan dia, kiteorang pun siap-siap. 6.30 petang keluar rumah g atm dulu pastu terus pegi Restoran Rakyat. luas gak la keadaan dalam restoran tu. pilihan makanan pun banyak. tak lama lepas tu satu satu kereta yang kami kenali sampai. maknanya tetamu dah sampai la tu. tuan punya kedai dah reservedkan 3 meja untuk kami.




meja belakang tu abang aku, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki. dorang sendiri yang nak duduk sesama jantina.

dah nak dekat2 berbuka tu semua beratur la amik makanan. nasi campur ada. nasi goreng, mihun, laksa goreng, ayam panggang, kambing panggang, buah-buahan, keropok, jeruk, bubur, murtabak dan macam-macam lagi. memang meriah. sambil-sambil makan, sempat aku berbisnes dengan keluarkan kerongsang yang aku baru amik stok hari ahad lepas. ngeh ngeh ngeh. lepas tu suruh kaktih bawak kat opis die jual kat sana. aku jual murah aje kerongsang. tak sampai RM 10 pun. kalau pegi kedai, kerongsang yang sama macam aku punye tu, dorang akan jual RM 10 tapi aku jual RM 7 ajo. yang stok terkini yang baru aku amik hari tu orang lain jual RM 12 - RM 15. tapi den jual RM 8 ajo. murah kan. huhuhuh. sempat pulak promote kat sini.




ini family encik capo

hampir sejam duduk makan kat Restoran Rakyat, aku pun nak balik dah sebab arissa dah mengamuk nak tido dan jugak aku ada tempahan yang perlu aku bungkuskan untuk pos esoknye (hari ni). lepas bayar, semua orang pun balik senang hati sebab dapat makan free dan tak payah susah-susah masak untuk berbuka.


* tsk tsk T_T. kenapa gambar aku n encik capo langsung takde??? huhuhu

Wednesday, May 11, 2011

telur kasih sayang

ehem ehem. ni bukan entri lucah tau. tapi entri kasih sayang. ahak ahak ahak. kalau tak caya, temgok gambar kat bawah ni.

comel kan, telur bentuk love. ^_^
petang semalam encik capo beli kuali love ni kat pacific. kiut miut je kuali ni. kecik la sangat. nasib baik muat letak atas dapur gas. asik goreng telur bentuk bulat je kan. sekali sekala, goreng bentuk lain plak.


bila dah angkat, bentuk love nye lari sket sebab masa nak tebalikkan telur ni, dia telekat lak kat tepi kuali tu. huhuhu. kuali kocik sangat, nak tebalikkan telur agak payah sket. jom makan. ^_^

ada apa dengan hari khamis?

hari khamis muncul lagi. macam biasa, hari khamis ialah hari vegetable untuk aku dan encik capo. minggu lepas hari vege terpaksa dibatalkan sebab kiteorang pegi training.


hari ni bawak popia inti timun dan taugeh untuk bekalan. sejak dah terer buat popia ni, asik makan popia la plak. nak buek cano, laki den dah request. kui kui kui.

Monday, May 9, 2011

cerite kedai sate. toing! cerite kedai sate.

* bace tajuk entri ni dengan nada lagu cerite kedai kopi ok. sape tah nyanyi. tak ingat den.

petang semalam, lepas amik arissa, kiteorang pegi terminal one. tujuannye sebab encik capo nak anta cpu dia yang rosak kat kedai komputer all it kat dalam teminal tu. korang bayangkan, sebelum kawin lagi cpu dah rosak, dah dapat anak sorang baru nak anta repair. huhuhu. dah masuk kedai all it tu aku sambil mendukung arissa, berjalan-jalan ke arah sekumpulam laptop yang dipamerkan di hujung kedai. aku nak survey laptop sebenarnye. bila dah kate nak survey tu maknanye nak beli la satu hari nanti kan. bila tu tak tau la. survey je dulu. ahak.

lepas tu kiteorang pegi kedai sate kat tingkat paling bawah kat teminal tu. tetiba rasa nak makan sate. tapi aku kenyang. so beli bungkus je la. orang tak ramai pun. kiteorang duduk n order la sate 30 cucuk bungkus. sementara tunggu tu order air. orang tak ramai pun servis lembap nak mampus. air pun lambat sangat sampai. sate apatah lagi.

sampai tetido arissa tunggu sate
takde pun orang order sate. kiteorang je. tapi punye la lama kiteorang tunggu. baru order  30 cucuk. belum order 100-200 cucuk lagi. dah lebih setengah jam tunggu baru nampak sate siap. pastu nampak la dorang sibuk2 nak bungkus kuah n timun. nak bungkus itu pun dekat 10 minit. mana tak lembap, buat keje sambil beborak bergurau bagai. macam tak penah jumpa je dibuatnye. padahal hari-hari keje kat situ.

yang ni lagi kesian. tetido atas cpu menunggu sate
dari tempat aku duduk tu aku boleh nampak apa dorang buat. staff ramai. tapi duduk melangok beborak je keje. kan jimat masa kalau yang sorang tu tengah bakar sate, yang lain tolong la bungkus kuah n timun tu siap2. ni nak gak tunggu orang yang bakar sate tu setel baru nak buat semua tu. kalau cepat takpe. tehegeh2 je lebih. kalau tengah kebulur memang tak boleh masuk kedai ni. lembap memang lembap. dah la staff pun tak peramah. tak tau senyum. bukan sekali aku penah masuk kedai ni. sebelum2 ni order goreng2 pun lembap jugak sampai. baik g makan mcd atau kfc dekat2 kedai tu jek kalau tengah kebulur. huhuhuhu.

aku jek yang maintain. kalo aku pun tetido sape nak pehatikan  bebudak tu wat keje lembap. huhuhu

balik rumah tak terus makan sate. pukul 10 lebih baru makan. sate order 30 cucuk. tapi kuah yang dia bagi macam order 10 cucuk. manyak kedekut ini kedai oooo. sate die memang la sedap. tapi tu la, dah la lembap. kedekut pulak tu. haaak tuihhhh!
gambar hiasan ehsan pakcik google


la la la la la

Monday, May 2, 2011

lagi lagi secret recipe

bulan April 2011 ialah bulan besday aku dan jugak bulan paling banyak pegi secret recipe. terbaru pegi secret recipe tengah hari jumaat lepas. sebabnya kaktih sms nak belanja makan kat situ. kalau dah orang nak belanja kompem la aku tak menolak. ahak ahak ahak. time lunch, aku dan encik capo pegi jemput kaktih dan lida kat depan IPK. nak pegi town tengah hari jumaat memang la pilihan yang tak tepat. sebabnnya, jem nak mampus. perjalanan yang sepatutnya amik masa 5 minit dah jadi 20 minit. jalan sesak dengan kenderaan dan paking pun penuh.


tengah mengorder
bila dah masuk secret recipe, terus order. macam biasa aku kompem order kek chocolate indulgence. tapi kali ni aku order air ice chocolate with whipped cream. saja nak menerai rasanye. lebih kurang chocolate milkshake je rasanya. selain itu aku turut order kid's burger. tertarik dengan gambar hidangan kid's burger tu. tu yang order. kang order chicken chop kang, pengsan kaktih nak membayar sebab dekat RM20 chicken chop kat situ.

lambatnye makanan sampai. baik makan mee dulu. kih kih kih

makanan yang aku order

lepas dah setel makan, kiteorang pun balik. time kasih kat kaktih yang belanja makan. belanja makan sempena besday aku yang dah lepas kot. huhuhu.

muka orang kenyang.

Thursday, April 21, 2011

mau masak apa?

hari ni hari khamis. hari vege aku dan encik capo. pagi tadi aku buat tauhu sumbat dan goreng cekodok pisang untuk bekalan kami ke opis. tapi takde amik gambar. telupo plak aku nak amik gambar makanan hari ni. hahahaha. malam ni nak masak ape ye. susah gak nak pikir menu yang takde kaitan dengan ikan, daging, ayam, sotong,udang dan yang sewaktu dengannye ni. ape ye nak masak? hmmmm...

Thursday, March 31, 2011

hari sayur kami

hari khamis bukan saja hari memakai baju batik, bukan juga hari malam jumaat ;-p, kini...hari khamis diishtiharkan sebagai hari sayur secapo atau hari vege secutecat. huhuhu. mulai minggu ni aku dan encik capo telah setuju supaya hari khamis hanya makan sayur-syuran saja. maknanya, takde daging, takde ayam, takde udang dan sebagainya. hanya sayur-sayuran.


oleh sebab itu, pagi ini aku telah masak sup sayur, kentang goreng home made, dan juga coslow. kentang goreng home made maksudnya, bukan kentang goreng yang dibeli dipasaraya yang dah siap paking terus goreng tu. tapi kentang bulat yang dikupas kulitnya kemudian dipotong panjang-panjang lalu digoreng sehingga garing. hebat kan? huhuhu. coslow pun buat sendiri jugak. so hasilnya...


taraaaaa....

semangkuk kentang goreng, 2 mangkuk sup sayur dan semangkuk coslow
ini semua adalah bekalan ke opis untuk hari ni. breakfast kat rumah adalah semangkuk sup sayur dan juga segelas susu HL ^_^. kalau tak tau susu HL tu apa, sila tengok gambar di bawah:

model bersama susu HL. huhuhu *_*

* wajah model yang  menahan kesakitan akibat ibu jari terluka sebab pertama kali  kupas kulit kentang. huhuhu

Wednesday, March 23, 2011

berkelah di opis


hari ni pukul 5.20 pagi dah stat masak. 5.15 bangun bagi arissa susu. lepas tu tetiba tak mengantuk. so, aku terus je ke dapo masak. menu breakfast hari ni macam nak pergi berkelah. nasi putih, kentang masak kicap, telur dadar dan nugget tempura. ni bekalan untuk ke opis hari ni. masa kat rumah makan nugget dengan air susu strawberry HL.

jemput makan semua...^_^

Tuesday, March 22, 2011

telur rendang & bungkus ayam

hari sabtu lepas aku telah masak telur bungkus dan rendang ayam untuk menu makan tengah hari. yang telur bungkus ni 1st time aku masak. google google resipi dari internet dan terus cuba masak hari sabtu yang lalu. mmm...ada terkureng sket sebab kering. lepas ni kena tambah air sket bagi berkuah. yang rendang ayam dah beberapa kali masak sejak mintak resipi dari mak aku 4 tahun yang lalu. huhuhu


taraaaa...

telur bungkus
rendang ayam
mari makan....^_-

Thursday, March 17, 2011

udang menjalar yang menggoda



korang dah makan pizza hut terbaru? yang ada udang menjalar atas pizza tu. huhuhu. aku dah makan dah tengah hari khamis minggu lepas. makan kat pizza hut seremban parade. pegi dengan encik capo grande berdua je. tapi dah janji jumpa dengan kaktih dengan lida kat pizza hut seremban parade. so, kesimpulannya yang turut makan pizza hut hasil belanjaan aku hari itu ialah aku, encik capo, kaktih, husband kaktih, lida dan kawan encik capo.

mesti a aku yang belanja. sebab aku yang teringin nak makan. tengok udang dia besar-besar je menjalar atas pizza tu. tak ke tergoda nengoknye. makan reramai meriah sket. tu yang ajak adik beradik skali tu. lagi pun ada duit lebih boleh la belanja belanja. kalau duit dah sesak, sonyap-sonyap jo la makan masak kat rumah. huhuhu.

sedap gak la rasa dia. tapi tak boleh makan lebih dari 2 potong. sebabnya, potongan pertama tu sedap dan makan pun laju jek. potongan kedua tu enak sebab tak puas makan potongan pertama. sampai potongan ketiga, dah jadi muak dan makan pun dah slow. puncanya sebab terlalu banyak cheese. keduanya sebab makan 2 potong pun dah boleh kenyang sebab besar.

tapi rasa dia memang sedap la. tak puas makan udang tu. cuba letak udang tu banyak sket la lenkali. huhuhu.
so sape yang bercadang nak makan  pizza baru ni tapi teragak-agak sedap ke tak sedap, pegi la terai. memang sedap.

Tuesday, March 15, 2011

mari masak paprik seafood

entri ni aku nak buat hari sabtu yang lepas, malangnya laptop rosak pulak masa tu.

hari sabtu lepas aku masak lauk paprik seafood dan ayam masak kicap untuk hidangan tengah hari. so, di sini aku nak kongsi resepi salah satu masakan tersebut.



PAPRIK SEAFOOD (* resepi dari kakngah ^_^)


bahan-bahan:
(bahan-bahan ni secukup rasa ye. agak-agak la nak letak berapa banyak)

1. udang, sotong (sukahati nak banyak mana. boleh juga nak ganti dengan ayam)
2. lada mesin
3. cili api
4. kicap tiram, kicap biasa
5. sos tomato
6. sos cili
7.serai
8. bawang besar (dipotong bulat)
9. bawang merah dan bawang putih (ditumbuk sedikit je)
10. daun limau
11. garam secukup rasa
12. lobak merah, kobis bunga, kacang panjang, jagung kecik

cara-cara:

1. panaskan minyak.
2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk.
3. bila bau dah naik, masukkan cili mesin dan biarkan hingga garing.
4. kemudian masukkan serai dan cili api.
5. masukkan kicap tiram, sos cili dan sos tomato. kacau hingga rata. masukkan kicap biasa pula.
6. masukkan udang atau sotong atau kedua-dua sekali dan kacau.
7. biarkan beberapa minit.
8. masukkan garam halus secukup rasa.
9. masukkan sayur campur yang telah dipotong-potong dan kacau. (masukkan sedikit air jika perlu)
10. masukkan daun limau dan bawang besar.
11. kacau hingga sebati.
12. siap dihidangkan.

taraaaaa....

paprik seafood

selamat mencube...^_-

Tuesday, March 8, 2011

ala ala western

pagi ni aku masak sarapan ala-ala western.

taraaa...


ada 2 keping roti, timun, daging beger ayam yang dibalut dengan telur serta kentang goreng. minuman pula segelas susu HL. ada 2 beger ayam sebab satu untuk aku, satu untuk encik capo. aku guna roti gardenia je sebab tak beli pun roti beger yang bulat tu. tapi tak kisah la guna roti apa, janji jadi beger. ahakz.

makanan-makanan ni dah dimasukkan dalam bekas sebab bawak bekal ke opis.

jemput makan...^_^

Monday, March 7, 2011

mari sarapan


pagi ni aku masak bihun goreng. agak meriah sebab ada sotong dan udang. ni bekalan aku dan encik capo hari ni. pagi sebelum keluar rumah, breakfast bihun dan susu HL dulu. pastu kalau ada lebih bawak bekal ke pejabat. jimat duit takyah makan kat kafe ^_^.

Sunday, November 21, 2010

aiskrim legakan sakit kaki?

minggu lepas tak ingat hari ape...aku pergi berurut kat rumah seorang makcik di taman tasik jaya. puncanya sebab aku dah tak tahan sakit kaki dan sakit belakang. masa makcik tu urut memang sakit yang aku alami lega. dah balik rumah pun rasa lega. jalan tak sakit lagi. dah boleh angkat kaki tinggi2 malah rasanya boleh bersenam robik skali. tapi lega lebih kurang 1 jam lebih je. lepas tu sakit-sakit yang aku alami, datang semula. sampai hari ni rasa sakit pada tempat makcik tu tekan tak hilang lagi walaupun dah seminggu berlalu. tapi hari  ni...tiba-tiba kat tempat sakit yang makcik tu tekan, terasa berdenyut-denyut dan pedih.  mengapa? mengapa?pegi cek kat toilet tadi kot-kot membengkak atau merah atau lebam. tapi takde apa-apa kesan melainkan pedih yang berdenyut-denyut. ni yang buat aku teringin nak makan aiskrim mcflurry mcd ni. bila makan aiskrim...semua kesakitan dan masalah akan hilang sekejap. aci tak kalau call mcd delivery dan order aiskrim mcflurry je? huhuhu.

Friday, April 2, 2010

the hungry wild

pagi ni sampai pukul 1.30 petang, aku langsung tak makan apa-apa. niat hati pukul 10 tu nak g cafe beli makanan. tapi sebab aku bz buat keje, langsung mood nak makan tu hilang walaupun cacing dah bekeriut keriut dalam perut. huhuhu. pukul 1 lebih baru aku turun ke cafe seorang diri sebab perut dah mula sakit dan aku taknak menanggung sakit yang lebih pedih kalau aku biarkan perut aku kosong untuk setengah jam lagi.



sampai kat cafe tak tau nak makan ape, lauk dah tinggal kerat-kerat je. mula-mula ingat nak beli berger, tapi baru teringat roti burger yang kedai tu guna tak sedap. huhuhu. lepas tenung menu satu persatu, aku pun order la chicken chop + fresh orange sebab dia pakej. sementara tunggu chicken chop siap dimasak dan dibungkus, aku pun duduk seorang diri dimeja sambil termenung. lepas 15 minit, siap la chicken chop aku.

rasa lama sangat lif ni nak turun. perut aku dah la tak tahan lapar, lebih-lebih lagi dah terbau chicken chop ni. sampai je kat meja bilik, tanpa berlengah lagi aku pun terus je makan. tapi aduhai.... makan chicken chop guna sudu plastik amat la menyeksakan. dengan aku yang tengah kebulur, dengan potong daging chicken chop tak putus-putus sebab guna sudu plastik...buat aku geram je. dengan gigihnya aku berusaha jugak potong daging ayam tu...huhhuuh...

ni lah hasilnya atas usaha gigih aku yang tengah kebulur ni...


sampai patah sudu garpu aku kejekan. disebabkan aku takde stok sudu besi, last-last aku makan je chicken chop guna tangan. tak pernah dibuat aku makan chicken chop guna tangan. rasa macam seminggu tak jumpa makanan je aku makan. nasib baik la aku sorang je kat bilik dan orang lain pun ramai keluar time rehat hari jumaat ni.

chicken chop tu best terutama kuah black pepper dia. cuma ayamnya...alahai...comelnya...kecik sangat. tak kenyang makan.

Tuesday, January 19, 2010

akhirnya....

hampir sebulan lebih aku mencari tak ku temu. terlalu sukar untuk aku menjejaki dia. ke sana sini aku mencari tetapi hampa. bila bertemu, ada saje yang tak kena.
akhirnya...tengah hari rabu 20/01/2010, aku bertemu dia di pacific. hilanglah rasa rindu yang terpendam sekian lama. lupa sekejap kesedihan aku.


laksa penang oh laksa penang. dapat jugak aku makan kau hari ni. nasib baik sedap....^_^

Saturday, November 21, 2009

kenapa tak sedap?


petang semalam lebih kurang pukul 4 petang, aku keluar jemput kakak aku kat stesen ktm seremban. cuaca hujan pulak tu. lepas amik dia, aku singgah kat maybank dataran senawang, keluarkan duit nak bayar hutang dia dan nak g beli sate. maklum la dah gaji. gaji pertama aku sejak kerja baru ni.

aku pon parking keta tak jauh dari kedai sate samuri tu. aku order sate ayam 50 cucuk, daging 50 cucuk dan sate perut 5 cucuk. tapi aku beli bungkus la bawak balik rumah.

sampai-sampai rumah terus hidangkan atas meja. kiteorang pun makan lah ramai. bau sate memang la sedap sangat, buat bertambah lapar jadinye. tapi...bila dah masuk dalam mulut...hmmm...kecewa la dengan rasa dia. tak sedap. tak macam dulu. semacam pon ada. macam sate semalam yang dipanaskan. aku makan pun tak banyak...hilang selera dah. tapi licin la sate tu anak2 buah aku makan.

lepas  ni baik aku g beli sate yang masak tepi-tepi jalan tu je. lagi sedap. huhuhu

LinkWithin