Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

satu hari di hari raya

tahun ni hari raya pertama buat arissa dan juga hari raya pertama aku sebagai emak. macam mak ayah yang lain jugak, hari raya mesti excited nak beli baju raya untuk anak. tapi baju raya sendiri mesti ada jugak ;-p.




Arissa di pagi raya
tahun ni kami bertiga buat baju daripada kain yang sama dan kompem la warna pun sama. tema tahun ni ialah biru ^_-. tema kami juga ialah jubah. encik capo buat jubah lelaki, arissa pun jubah jugak. sepatutnya aku pun jubah. tapi tsk...tsk...T_T...aku tak dapat buat jubah sebab tak cukup kain katenye. tau tak, aku hantar kain tempah baju raya ni 2 bulan sebelum puasa. tapi seminggu lagi nak raya baru orang tu nak jahit. nasib baik sempat siap, kalau tak, tak boria la kami sefamili.



gambar arissa di pagi raya pertama ni tak banyak. budak ni melasak sangat. kemain susah nak amik gambar. asal nak snap je dia dah bergerak. nampak bayang ajo la gambar. huhuhu.




korang perasan tak....aku dah kurus sket. yeayyyy...sempat turun 7 kg ajo. huhuhu



apa kes?
dah lama tak amik gambar sendiri macam ni. kalau tak dulu, hari-hari amik gambar sendiri adalah wajib untuk aku. huhuhu. disebabkan feeling kurus, terus snap gambar sendiri. lalalalala


ok la. selamat hari raya kepada semua ^_^

Sunday, August 28, 2011

kad raya dari wildcutecat n family

fuhhh...akhirnya siap jugak 2 kad raya untuk tahun ni.



dan




adik beradik n anak-anak buah ^_^

Thursday, August 11, 2011

meriahnya berbuka




tengah melasak nak keluar daripada kerusi ni. oooppss. telupe bawak totseat arissa, kena pakai kerusi baby kedai

semalam aku, encik capo dan arissa berbuka di Restoran Rakyat kat Rahang. bukan kami bertiga aje. ada 21 orang tak termasuk arissa sebab arissa sebab arissa tak pose. hihihi ^_^. family aku je dah 17 orang. selebihnya family encik capo. kan aku dah kate....family aku besar. tu pun tak semua adik beradik ada. kalau tak, 1 restoran tu penuh dengan family aku. huhuhhu.




ni aku punye makanan

kami makan buffet di Restoran Rakyat. Dewasa RM 23 seorang dan kanak-kanak RM 11 seorang. bagi aku, ok la harga tu. aku dan encik capo dah senaraikan restoran-restoran untuk dipilih masa berbuka. ada 3,4 restoran dan selepas membuat beberapa perbandingan, maka kami memilih Restoran Rakyat. lepas tu aku pun hantar invitation melalui sms kat adik beradik aku. dengar orang nak belanja, kemain cepat dorang reply sms. ahak. ahak. ^_^.




arissa dan mak aku. meja belakang tu kakak-kakak aku n anak2 buah perempuan

lepas kira bilangan yang nak join, encik capo pun call tuan empunya restoran dan buat tempahan. lepas balik keje, jemput arissa. bagi arissa makan dan mandikan dia, kiteorang pun siap-siap. 6.30 petang keluar rumah g atm dulu pastu terus pegi Restoran Rakyat. luas gak la keadaan dalam restoran tu. pilihan makanan pun banyak. tak lama lepas tu satu satu kereta yang kami kenali sampai. maknanya tetamu dah sampai la tu. tuan punya kedai dah reservedkan 3 meja untuk kami.




meja belakang tu abang aku, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki. dorang sendiri yang nak duduk sesama jantina.

dah nak dekat2 berbuka tu semua beratur la amik makanan. nasi campur ada. nasi goreng, mihun, laksa goreng, ayam panggang, kambing panggang, buah-buahan, keropok, jeruk, bubur, murtabak dan macam-macam lagi. memang meriah. sambil-sambil makan, sempat aku berbisnes dengan keluarkan kerongsang yang aku baru amik stok hari ahad lepas. ngeh ngeh ngeh. lepas tu suruh kaktih bawak kat opis die jual kat sana. aku jual murah aje kerongsang. tak sampai RM 10 pun. kalau pegi kedai, kerongsang yang sama macam aku punye tu, dorang akan jual RM 10 tapi aku jual RM 7 ajo. yang stok terkini yang baru aku amik hari tu orang lain jual RM 12 - RM 15. tapi den jual RM 8 ajo. murah kan. huhuhuh. sempat pulak promote kat sini.




ini family encik capo

hampir sejam duduk makan kat Restoran Rakyat, aku pun nak balik dah sebab arissa dah mengamuk nak tido dan jugak aku ada tempahan yang perlu aku bungkuskan untuk pos esoknye (hari ni). lepas bayar, semua orang pun balik senang hati sebab dapat makan free dan tak payah susah-susah masak untuk berbuka.


* tsk tsk T_T. kenapa gambar aku n encik capo langsung takde??? huhuhu

Tuesday, August 9, 2011

disebabkan semalam, hari ini serba merah

malam tadi pegi buat penghantaran untuk Arissa's Choice kat senawang. janji jumpa dengan customer kat giant senawang pukul 8.30 malam. so secara automatik aku, encik capo dan arissa berbuka di giant senawang. sementara tunggu 8.30 malam, kami pun beli barang dalam giant itu. dah 8.30 orang tu pun dah sampai terus bagi barang yang dah diorder.

destinasi seterusnya ke Manjaku dataran senawang. beli susu arissa dan barang-barang arissa. kompem la kalau dah masuk Manjaku memang barang arissa ajo. takde barang mak ayah dia dalam tu melainkan nak bayar memang pakai duit mak ayah dia. ^_-. lepas tu jenjalan kat tempat orang jual-jual kat khemah kat sebelah maybank tu. masa tu memang dah penat gile dah. mata memang mengantuk sangat-sangat. dah puas jenjalan tengok-tengok orang jual ape, kami pun balik.

rumah kami tingkat 3 dan takde lif. so, memang kena mendaki la kalau nak balik. barang pulak banyak, kena 2 trip turun naik. biasanya encik capo la yang kena turun naik. balik rumah semata-mata cebok arissa yang terberak dalam keta masa on the way balik. arissa pakai pampers. maksudnye teberak dalam pampers tapi dalam keta. huuhhu. lepas cebok arissa terus keluar balik sebab encik capo lupa nak buat sesuatu kat dataran senawang tu. baru balik dari dataran senawang, kena pegi semula. jauh tu dataran senawang dari rumah kiteorang.

lepas dah setel, terus balik. sampai rumah pukul 11 malam. arissa pun dah tido dan aku pun terus memengsankan diri. letih + mengantuk tak bole blah. disebabkan letih mengantuk tak bole blah tersebut....makanya...
aku langsung tak sedar alarm berbunyik masa sahur. aku hanya sedar sebab terdengar arissa menangis. tengok-tengok jam dah pukul 6.41 pagi. waaaaaaaaaaaaaa...............dh habis waktu imsak pun. bukan itu ajo...dah lambat nak pegi opis jugak. patutnya pukul 6.41 tu tengah pakai tudung. aku pun kelam kabut kejut encik capo bagitau dah pukul 6 lebih dan tak sedar time sahur.

aku boleh tahan tak sahur sebab memang aku jenis tak sahur. tapi encik capo mesti nak sahur. disebabkan dah pukul 6 lebih, maka...memang takkan ada la sahur buat encik capo. semoga mampu bertahan ye. so hari ni...merah la punch card kami. disebabkan itu aku pun memakai baju merah dan tudung merah hari ini. lalalalalala....*_*

Monday, August 8, 2011

kalau lah aku tak bangun...

kalau lah aku tak bangun...mesti tak jadi macam ni. tsk tsk tsk T_T.

malam tadi kan, macam biasa la...uruskan bisnes online sambil melayan arissa yang memang tengah lasak. sesuai la dengan umur dia skang untuk lasak.  encik capo dah tetido keletihan seawal pukul 9 malam. huhuhu. sekejap aku kat pc sekejap datang kat arissa. kat rumah aku malas nak on netbook. on pc desktop. besar sket monitor. puas nak nengok. arissa pulak memang tak suka kalau letak dia dalam walker. kompem melalak kalau letak dalam walker. yang dia suka samada dukung dia 24 jam atau pun biar dia merangkak, memanjat sesuka hati. huhuhu.

semuanya berjalan dengan lancar. masa nak tukarkan pampers, sekali arissa teberak da.... masa nak cebokkan arissa terperasan ada orang nak buat tempahan kat facebook. aku setelkan arissa dulu. ape2 hal, arissa nombor 1. lepas tu baru Arissa's Choice. ^_^. lepas pakaikan arissa pampers, dia pun terbaring atas tilam sebelah ayah dia. aku pun bangun la nak pegi kat meja komputer yang jaraknya hanya 3 langkah dari tilam tempat arissa baring sambil tengok tv.

tup tup bila aku sampai kat pc tak sampai 3 saat, aku berpaling tengok-tengok arissa dah bukan atas tilam. dia dengan pantasnya dah sampai kat kabinet tv. time jugak terus dia....tsk tsk tsk...T_T. arissa jatuh. aku tak sempat nak buat ape. cepat-cepat aku amik dia dan dukung. masa tu memang dah menangis-nangis. aku peluk sambil gosok-gosok belakang arissa. sekali aku tengok bawah hidung dia ada darah. waaaaaaaaaa........aku cemas sangat tengok darah tu.




nampak tak darah yang dah kering bawah hidung arissa tu?

kesiannya anak aku. jatuh sampai berdarah. aku peluk lagi kuat dan pujuk-pujuk sambil baca selawat banyak-banyak kali untuk  membantu kurangkan sakit arissa. arissa menangis dan menangis. aku pun tak sampai hati tengok budak sekecik arissa tu sakit n berdarah plak tu. aku nak lap darah arissa tak bagi. dapat lap darah sket-sket pelahan-lahan. lukanya antara bawah hidung dan bibir atas. arissa menangis dan menangis. aku pun berdoa supaya semua sakit arissa tu dipindahkan kat aku. biar aku yang tanggung. sian dia kecik lagi. sambil berdoa macam tu aku baca selawat. lama-lama arissa pun diam dan tak nangis lagi. aku pun cepat-cepat minta maaf kat arissa sebab bangun tinggalkan dia walaupun hanya 3 langkah. tsk tsk tsk...sedih tau tengok arissa luka dan berdarah. T_T.




baru lepas nangis. bagi layan video clip gummy bear terus suke ^_^

lepas tu bagi arissa susu dan terus layan arissa je. encik capo yang dah terjaga sebab dengar arissa menangis, terus bagi arissa ipad bukak youtube layan  video clip peberet dia gummy bear song dan clip video hokey pokey dari baby tv. suka betul dia kalau dapat tengok video klip lagu-lagu tu.




kocik-kocik dah dapat pegang ipad.
arissa...jangan jatuh lagi okay. mak kepit ko ke hulu hilir nanti. tak pun lebih baik biar dia menangis dalam walker daripada biar dia merayap dan memanjat sesuka hati sampai jatuh lagi.




asalkan arissa happy, aku cukup senang hati.

Sunday, July 31, 2011

aku boleh tersenyum kini

ngeh ngeh ngeh. aku kan...aku kan....sejak mengandungkan arissa, berat badan memang bertambah-tambah. 3 kali ganda berat aku yang asal. lepas bersalin, turun seganda. lepas tu tak turun-turun dah. so maknanya ada 2 kali ganda yang tinggal. sejak akhir-akhir ni berat aku turun sikit demi sikit. berdebar-debar betul nak timbang. tapi bila tengok keputusannya...memang aku tersenyum. yes! yes! ni berat sebelum pose tau. walaupun tak banyak, at least turun. kalo tak asal timbang je samada berat aku tak berubah,  tak pun naik. benci ;-(.

yelah, sejak badan kembang ni asik kena perli-perli je kat opis. sentap hati aku tau. tapi cuba buat donno je padahal hati memang kecik sangat-sangat. kadang-kadang bergenang jugak air mata. aku tau badan aku dah kembang, tak payah nak perli-perli. kompem la aku ni baru lepas pregant. memang la badan kembang susah nak turun. tak tau agaknye dulu badan macam kareena kapoor. huhuhuu. so kareena kapoor...i'm coming to u....ahak ahak ahak. aku suke berangan.

aku suke ^_^. tq kepada encik capo dan 'tut tut tut'. ngeh ngeh ngeh. diharapkan gabungan 'tut tut tut' dan aku berpuasa, aku dapat turun kan 10 kg raya nanti.

apa itu 'tut tut tut'? aku dah turun 10 kg nanti aku bagitau. lalalalala...

Tuesday, July 19, 2011

pengalaman jadi ketua pengawas

masa sekolah-sekolah dulu kan, aku teringin nak jadi pengawas. tapi tak kena pilih pun kat cikgu. mungkin aku pendiam sangat. tak sesuai jadi pengawas. huhuhu. aku dapat jadi pengawas perpustakaan je. jadilah. janji baju bukan kaler putih. ahak.
bila dah keje ni tetiba berpeluang jadi pengawas. bukan pengawas. tapi ketua pengawas. hehehe. jangan saspen ok. aku jadi ketua pengawas untuk exam ptd sabtu lepas. sementara orang lain sedang seronok bercuti di hari sabtu aku menjalankan tugas di sekolah yang berkenaan. exam ptd tersebut dibuat kat beberapa sekolah kat seremban ni. so aku dapat kat sekolah kat ampangan.

exam bermula pukul 9 pagi. tapi pukul 8.10 minit pagi aku dah sampai kat sekolah tu. sebagai seorang ketua, kena la datang awal. cewah cewah. tapi rupa-rupanye ada 2 orang pengawas iaitu penolong aku dah sampai lagi awal. dorang tengah sibuk-sibuk susun meja. sebagai seorang ketua yang diberi tanggungjawab, aku pun tanya la, meja ni tak bersusun lagi ke? sebab sepatutnya pihak sekolah yang kena sediakan dewan peperiksaan. kena susun meja dan kerusi, letak jam kat dewan, mic, papan putih dan sebagainya. penolong aku cakap, memang tak bersusun langsung. dengan bersepah-sepah tak bersapu. takde jam kat dinding.

calon-calon yang nak amik exam ada yang dah sampai dan duduk kat luar dewan. aku yang tekejut terus je pegi carik pak guard sekolah. kalau ikutkan perangai sebenar aku, memang jangan harap aku nak pegi carik pak guard tu. tapi disebabkan aku ialah ketua...maka aku kena la jalankan tugas. aku pun pegi la jalan kat pondok pak guard tu dan tanya dia. kenapa dewan tak kemas? kerusi meja tak cukup. calon amik periksa ada 100. tapi kerusi meja yang ada 70 lebih je. camno tu? pak guard tu pun cakap dia tak tau. pastu terus dia panggil ada sorang kakak tu. tak tau la aku dia cikgu sekolah atau siapa. kakak tu kate dia tak tau langsung ada exam nak pakai dewan. peliknya. setau aku pentadbiran aku mesti dah bagitau. pastu dia kata dia memang tak tau apa. kalau nak meja kerusi kena amik kat kelas, tapi kena amik sendiri la. pastu susun balik. adoi. bole plak cam tu.

so, aku pun suruh la penolong2 aku pegi susun meja kat kelas tak jauh dari dewan tu sebab dewan tak muat. dah nak pukul 9 pagi aku pun suruh calon2 exam masuk. cewah2. aku kena bercakap kat mic. depan ramai orang pulak tu!!!! gile. ikut perangai sebenar aku, memang aku akan lari kalau terpaksa bercakap depan ramai orang. tapi aku kena cuba. sebab tu aku apply jadi ketua pengawas ni. tujuan utama sebab aku nak melatih diri aku sendiri. bercakap dengan orang. cuba menguruskan situasi dan macam2 lagi. itu tujuan utama aku nak jadi ketua pengawas masa exam ptd ni. ini baru langkah permulaan untuk aku majukan diri sendiri dan juga memperbaiki diri.

so, setiap kali exam stat dan abis, aku la yang kena buat pengumuman, bagi arahan itu ini. tapi yang bestnya aku memang berkuasa hari tu. ahak ahak ahak. aku cakap jangan stat jawab dulu, semua orang ikut je. aku cakap cek kertas soalan, semua orang cek. hehehehe. aku cakap boleh stat jawab, semua serentak fokus. aku cakap masa dah abis, sila letak pensel, semua letak. hehe. teringat masa aku amik exam ptd dulu-dulu. macam tu la. tapi takde rezki jadi ptd. jadi p** la skang. keje aku bukan buat pengumuman je. aku kena semak senarai kehadiran. kena cek 5 kali sebab 5 kertas dorang kena jawab dari pukul 9 - 3.30 petang. aku ada 5 orang penolong iaitu yang jadi pengawas la. ada yang ok ada yang kerek. orang tengah jawab exam dorang g beborak kuat-kuat. tak ke mengganggu tu. mula-mula aku biar je. tapi sebab tak reti nak slow, terpaksa la aku tegur. mengganggu orang nak jawab exam. ada yang rajin wat keje, ada yang duduk tercongok tak buat apa-apa. nak dapat elaun free free tak buat keje la tu. huhuhuh.

time rehat aku tak keluar makan. kalau aku keluar makan, sape nak jaga kertas-kertas soalan yang ada kat dewan tu? so, sebagai seorang ketua, aku berkorban bagi penolong2 aku pegi keluar makan. aku stay kat dewan jaga kertas soalan. tapi aku tak keseorangan. encik capo dan arissa datang menjenguk sambil bawa bekal nasi lemak. hehehe. 

so, lepas ni aku tak mau jadi ketua pengawas lagik. penat. walaupun aku duduk je tapi penat sebab kena semak senarai kehadiran berkali-kali setiap sesi exam. nasib baik yang datang 49 je daripada 100. kalau tak berpinar-pinar mata aku nak semak 500 nama. huhuu. 500 sebab 5 kali sesi exam. setiap kali exam, kena amik senarai kehadiran dan kena semak. so lepas exam abis, aku la bertanggungjawab hantar kertas jawapan ke tempat yang diberitahu oleh urusetia. walaumacammana pun ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tapi...cukup la sekali. memang penat...

Monday, July 18, 2011

bergembira sekeluarga di melaka

tajuk entri dah macam budak darjah 3 daa....

kaktih n her husband


ni entri terperap 2 minggu lebih. aku sangat bizi sangat penat dan tak larat nak buat entri. bace blog orang je ada masa. alkisahnye family aku telah buat hari keluarga di melaka anjuran kaktih. tapi tak semua adik beradik ada. yang selected ajo yang pegi. dan kompem la aku memang selected punya.

dari kiri: lida, mak aku, arissa dan mimi. tengah tunggu ikan bakar siap

kami ke melaka pada 2 hb julai iaitu hari sabtu. semua bergerak sendiri-sendiri. kat hotel nanti jumpa. ada 4 keta yang terlibat. sebijik myvi merah, sebijik exora silver, sebijik waja hitam dan secute viva putih. lalalala. semua kereta adalah full okeh. macam aku selalu bagitau, family aku besar. bila berkumpul beramai-ramai memang sangat seronok dan meriah. plan asalnya kami menginap di hotel mahkota di melaka.  tapi tapi satu apartment yang ada 2 bilik ajo. tak muat nak menampung kami yang ramai. nak booking 2 hari sebelum 2 hb tu dah terlambat. dah penuh. begitu juga hotel holiday inn. apa tah semua orang sibuk nak pegi melaka time tu.

kakngah n family
tengah beli tiket nak naik menara taming sari

so, dapat booking 4 bilik di hotel city park. tak jauh dari hotel mahkota. separuh stay kat hotel mahkota separuh lagi hotel city park. sampai di melaka lebih kurang pukul 4 lebih petang. rehat-rehat kejap pastu pukul 6 lebih kami keluar makan ikan bakar diketuai oleh keta kaktih iaitu exora silver. so keta myvi, waja dan viva hanya membontoti keta exora sebab hanya keta tu yang tau mana arah tuju nak pegi. sampai kat tempat makan ikan bakar lebih kurang pukul 7 malam.

dari kiri: arip, shira n pijot
kami yang segerombolan ni pun memenuhkan meja kat kedai makan tu. semua urusan pemilihan makanan diserahkan kepada kaktih sebab dia yang belanja. pewittt. tapi servis kedai makan tu sangat tidak bagus. dah la lama nak tunggu air. pastu lauk dah sampai, nasik tak sampai-sampai. sudu lauk pun tak bagi. melecur-melecur tangan masing-masing amik lauk panas-panas.

part of my big big happy family
lepas semua dah kekenyangan, dan dah keletihan kami pun balik ke bilik hotel masing-masing. oh ya, bilik hotel pun kaktih yang sponsor. kelas kan adik beradik aku. lepas ni dengar-dengar adai pulak nak sponsor percutian family day yang seterusnya. wow...tak sabar. huhuhu. dah balik hotel, terus buat keje sket. kelas kan, pegi melaka pun bawak keje sekali.

me and arip a.k.a mohd azri ariff. budak yang nama dia selalu aku keyin bila testing sistem.

esoknya baru pegi jenjalan. lepas breakfast kat hotel, sambung tido balik. lepas check it out baru pegi jenjalan beramai-ramai kat melaka. kami pegi taming sari apa tah namanye, pastu jenjalan kat bazaar belakang tu pastu jenjalan kat dataran pahlawan. total semua ni amik masa 4 jam lebih. tak sedar langsung dah berjalan dan merayap sampai 4 jam kat melaka tu. shopping ada gak sket-sket.

aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin. huhuhuu

so terima kasih kepada kaktih yang telah sponsor family day kali ni. tengah tunggu tarikh family day seterusnya.

Thursday, June 9, 2011

nak taip tajuk pun seram

geram, seram, takut, benci, menyampah! semua perasaan ni jadi satu dalam diri aku skang. masa tengah taip entri ni pun masih terasa keseriauannye.

alkisahnya pagi tadi masa sampai opis, aku turun dari keta dulu sementara encik capo pegi paking keta. so, macam biasa, aku pun terus je la jalan masuk bangunan dan pergi tunggu lif. demmit! lif baru je naik. so, terpaksa la aku tunggu lif turun semula sambil asik tengok jam. sempat tak punch card. nak berlari naik tangga macam semalam, hari ni serius aku tak larat sebab tengah kebulur. so, aku pun tunggu la lif sensorang. ada 3,4 minit lagi...so sempat nak punch card kalau naik lif.

tetiba ada orang lelaki tunggu lif jugak belakang aku. aku buat donno je la sebab bukan aku kenal pun.tapi bukan staff la kot sebab dia pakai tshirt kuning. bila pintu lif terbukak, tetiba lelaki tu bersiul-siul lak. aku memang menyampah betul kalau dengar orang bersiul-siul ni. aku rasa macam siot je orang yang suka bersiul-siul ni. tapi aku tak pedulik la. aku tau, aku nak sampai tingkat 3 cepat.

masuk-masuk lif je aku terus berdiri depan button lif tu. tapi takde la rapat sampai melekat aku kat dinding lif tu. huhuu. lelaki bongok yang bersiul-siul ni pun masuk sambil tak henti2 bersiul2 ntah lagu apa. aku panggil die bongok sebab dia bersiul2. kan aku kata aku tak suka dengar orang bersiul-siul. tak kisah la lagu apa pun asalkan bersiul.

aku dengan lelaki bongok ni je dalam lif. aku takde la pikir apa-apa pun. pastu kan. lelaki demmit ni berdiri rapat sangat dengan aku kat belakang aku. aku dah semacam dah ni. lif punya la besar dia boleh berdiri rerapat kat belakang aku. tapi tak kena la. eeeeee...bullshit demmit wtf! huhuhu. pastu kan, dia nak tekan button lif tingkat 4, macam saje je rerapat lagi dengan aku. aku dah stat menggigil dan pikir bukan-bukan dah ni. lelaki bodoh ni nak raba aku ke wei???? waaaaa........aku dah takut sangat.

pastu kan, sebab dia terlalu rapat dah dengan aku, aku pun menyenget la badan aku macam bagi warning 'ape hal ko nih? berdiri jauh sket boleh tak????' waaaaaaaaaaaa..tapi dalam hati je la aku cakap cuma gerak badan je aku macam tunjuk aku marah. pastu dia paham kot, terus die undur kat dinding belakang lif sambil tak sudah2 bersiul-siul macam syaitan. huhuhu. masa aku macam marah (guna gerak badan aku), aku tak berani pandang muka die wei. tapi kepala aku menoleh la kat dia sambil aku buat muka masam ke muka marah, tah la. muka takut pun ada gak kot. aku takut nak pandang sebab takut dia hembus kat aku, terus aku kena pukau. tak pasal-pasal aku bagi dia duit tak pun g ikut dia pulak. waaaaaaaaaaaaa....seram tau bila pikir. lif pulak terasa lambatnye nak sampai tingkat 3. dalam kepala aku tak abis-abis pikir dia keluarkan pisau ugut aku ke. tangan aku dah pegang henbeg kuat-kuat dah ni dengan posisi menyiku lelaki bongok tu kalau dia buat apa-apa kat aku. dalam hati dah kecut gile wei. luar je aku buat2 berani.

sampai je tingkat 3 aku terus keluar dan pegang henbeg kuat-kuat. tak menoleh-noleh lagi dah. lega aku selamat keluar dari lif. wtf punya lelaki bodoh! pagi2 dah buat aku seram dan menggigil. trauma aku naik lif sensorang dengan orang yang aku tak kenal lagi wei. trauma kelawar masuk rumah tak hilang lagi, skang trauma naik lif sensorang pulak. waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

so, pasni...jangan harap aku nak naik lif kalau hanya ada aku dan lelaki2 demmit yang aku tak kenal. naik tangga la aku pas ni. bia la punch card aku merah, janji aku tak naik lif sensoarang dengan lelaki demmit lagik. tapi...macam mana kalau ada orang jahat kat tangga pulak? haruskah aku bawak payung terjun? *_*.


to my laling, be my shadow okay.

Wednesday, June 8, 2011

makan-makan lagi

masih ingat entri wish besday untuk mak aku hari selasa semalam?

arissa dan wan pilah die

petang selasa, lepas balik keje, aku singgah di kedai kek baker's cottage untuk beli kek besday. alang-alang dah ada kfc kat situ, aku pun terus je beli 1 barrel yang ada 21 ketul ayam. kompem la amik semua spicy.

kek eskrim strawberry

jom makan
dah beli kek dan kfc, arissa pun dah ada kat pangkuan aku, maka kami pun menuju ke rumah kakngah. mesti cepat sebab aku beli kek eskrim. orang kedai kek tu kate blh tahan 1 jam tak masuk peti ais. so kami pun bergegas ke rumah kakngah.

acara potong kek diiringi nyayian lagu besday oleh anak2 buah aku
sementara tu, kami berpossing dulu. hari ni selasa...kena pakai baju korporat daa...

sampai-sampai je kaktih n family dah ada. anak-anak bancik pun ada kecuali bancik sebab bebudak tu memang lepak rumah mama@makngah dieorang stat cuti sekolah hari tu. kakngah n anak2 kompem la ada sebab buat makan2 kat rumah kakngah. lida ada, dan paling penting, besday girl pun ada. hihihi.

semua tengah kusyuk makan kfc
budak kecik ni pun nak makan kfc??? mengicak kat maktih die la tu

so, semua dah ada, acara potong kek pun bermula sambil diiringi nyanyian happy besday oleh cucu-cucu mak aku. sebenarnye mak aku tak tau pun nak buat sambutan besday beliau hari ni. macam biasa la, tetiap tahun mmg sambut besday mak aku, tapi memang tak penah bagitau mak aku pun. tau-tau adik bradik bekumpul, ada makanan dan kek. camtu la tetiap tahun. huhuhu.

semua tengah kusyuk makan
dari kiri: arip, mak aku, arissa, adif dan helmi. 3 bujang sepah lat ta li lat. huhuu

ikutkan mak aku, tak kuasa nak potong2 kek dan menyanyi2 bagai nih. tapi dah anak2 dan cucunye nak buat cenggitu, teruskan je la. lepas potong kek, makan2 pun stat. antara menu yang ada ialah kfc, roti john, cikedis dan air gas.

3 generasi. uwan, anak, cucu. huhuhu
oh ya, mak aku berusia 68 tahun skang. masih kuat dan sihat lagi. cuma sakit2 kaki dan lutut tu biasa lah. semoga Allah panjangkan umur emak aku dan berikan kesihatan yang baik kepada mak aku. Amin. teringat kenangan dengan mak aku masa tinggal bersama zaman2 bujang dulu ^_^. so, happy besday mak. ucapan dah bagi masa entri lepas. hehehe. so, masa ni jugak aku bagi hadiah besday untuk mak aku, kakngah, kaktih dan mimi. untuk lida, tunggu dulu ye.

arissa dah stat merengek-rengek nak tido.

lepas dah abis makanan, dan arissa pun dah mula merengek-rengek nak tido, aku sekeluarga pun minta diri dan pulang. arissa pun dah telelap dalam keta. peliknye sampai2 rumah je mata dia segar bugar. tak mau tido sampai la pukul 12 tgh malam. huhuhu.

ni hadiah besday untuk mak, kakngah, kaktih dan mimi. untuk aku pun mesti la ada. ni telekung untuk travel. aku beli online. cantikkan colourful.

Wednesday, June 1, 2011

beramai-ramai pasti seronok

malam tadi adalah malam untuk bergembira seisi keluarga aku. sebabnya semalam aku dah plan nak tengok kungfu panda dan nak ajak kakngah, kaktih,lida dan anak-anak mereka (jika ada. huhuhu). so, seperti yang aku dah plan, kami pun menonton wayang di mbo citer kung fu panda 2. memang best citer ni. kelakar dan ada la part-part yang menyentuh perasaan. kalau nak tengok wayang citer kartun, aku suka la sangat nak ajak anak-anak buah aku. sesuai la dengan dorang untuk tengok citer yang macam ni. lagipun, bila dengar je wayang, kompem anak-anak buah aku akan suka. dan lagi satu, kalau part-part yang klaka tu, terdengar suara dorang tergelak-gelak, aku pun akan rasa puas hati. sesekali tengok wayang beramai-ramai, pasti seronok.


cuma yang tak bestnya, kami sampai lewat sket kat mbo. so, tak sempat nak  belikan pop corn untuk semua jemputan aku. tengok wayang sambil makan pop corn mesti akan betambah best. tapi nak buat camno, dah lambat. citer pun dah stat masa kami masuk dalam hall. tapi walaupun terlewat masuk, tetap paham jalan citer dan tetap boleh gelak2. best sangat tau citer kung fu panda 2 ni. aku suggest sangat korang pegi tengok.

lepas abis tengok wayang, kiteorang pun pegi makan kat bazaar mains. aku paling suka makan yong tau fu kat situ. memang kelas sangat rasa die. kena cantum 3 meja untuk kami makan sebab ada 11 orang kesemuanya termasuk aku dan encik capo. so, bayangkan macam mana kecoh kiteorang makan beramai-ramai. aku kalau dengan family aku, aku automatik akan jedi kecoh. tapi kalau dengan kengkawan opis atau orang lain, automatik aku akan jadi pendiam. tetiba aku akan jadi blank tak tau nak cakap apa. sebab tu diam jek.huhuhu.

disebabkan kusyuk dan excited tengok citer kung fu panda dan makan, maka terlupa nak amik gambar. makanye, entri ini tiada gambar. huhuuhu

lepas abis makan, pegi jemput arissa dan hantar anak-anak buah aku balik. separuh naik keta kakngah dan separuh lagi nak kereta dengan aku tapi keta encik capo la. keta aku kecik, tak muat dan sempit nanti.singgah sekejap rumah kakngah pastu aku, encik capo dan arissa pun balik rumah. cian arissa tak dapat ikut tengok kung fu panda. nanti kang tetiba meragam dalam panggung, tak ke haru jadinye.  huhuhuhu.

tak abis lagi

ingat tak entri aku pegi shopping sakan kat ikea?

meja yang tesilap amik. meja yang sebenar tak jumpa lak gambarnye. huhuhu
kerusi idaman yang tertinggal

sebenarnye cite tak abis lagi. so aku sambung kat entri ni pulak. malam tu lepas balik dari ikea, encik capo pun pasang-pasang la barang-barang yang perlu dipasang. konsep ikea kan beli dan pasang sendiri. huhuhu. masa keluarkan meja nak pasang, baru perasan yang meja tu bukan meja yang kami nak. tesilap amik u all.yo la, dalam kotak diamnye. tak perasan gambar kat kotak tu lain sebab hampir sama. memang dah betul lorong dan rak yang kami pegi masa kat ikea cuma tesilap amik barang. dah la barang yang tesilap amik ni lagi mahal dari barang yang sepatutnya kami amik. tak perasan betul masa bayar kat cashier tu.


ni buat side table

selain daripada tu kerusi idaman yang dah siap-siap masuk troli boleh tetinggal. kerusi pink kaler tu. cantik sangat. tetinggal tapi belum bayar lagi la. so, disebabkan 2 sebab di atas, makanya petang esoknya terus pegi ikea balik. boleh je pegi tukar meja tu bila-bila dalam tempoh yang dibagi tapi tak menyempat2 u all. nak jugak meja dan kerusi idaman dah ada dalam rumah. niat hati pegi ikea kali kedua ni nak pulangkan meja yang tesilap amik tu dan tukar meja yang betul dan jugak amik kerusi yang tetinggal tu. tapi.....................kalau dah masuk ikea dari mula sampai la ke kaunter cashier balik, tau-tau troli dah penuh dengan barang. la la la la la. tau-tau, dah kena bayar ratus-ratus untuk semua barang dalam troli. la la la la la.

untuk simpan apa saja barang arissa

simpan pemenan arissa
arissa pulak, asal dalam ikea je dia nak mengamuk taknak duduk dalam stroller. nak bedukung je kekdahnya. mungkin arissa pun nak cuci mata dengan barang-barang kat ikea agaknye. gambar kat bawah ni masa dia tengah mengamuk.





tak kisah la arissa, selagi mak ko nih masih ada dan terdaya, mak ko akan dukung dan layan je kerenah ko. cayang sangat2 kat budak kecik ni tau. kalau boleh, semua nak bagi. semua nak buat untuk dia. ^_-.

utuk storage


lepas puas beshopping untuk kali kedua dalam masa 2 hari berturut-turut, kami pun balik ke seremban. sampai rumah lebih kurang pukul 12.15 pagi. huhuhuh. balik rumah tak terus tido. terus pasang barang-barang yang perlu dipasang. seronok sangat semua barang idaman dah ada dalam rumah. bole la tido dengan lena. duit yang dah terbang ke ikea, jangan dikenang-kenang. nak kan sesuatu kena la bayar. janji puas hati. la la la lala.

hasil shopping kali kedua


LinkWithin