Thursday, April 22, 2010

my sweet 18

10 tahun yang lalu, pada ketika ini, aku adalah seorang remaja yang baru tamat spm. sementara tunggu keputusan spm, aku bekerja di sebuah kilang di nilai sebagai operator pengeluaran. akupun tak tahu kenapa aku nak kerja masa tu. just ikut kakak aku, lida dan kaktih je masa tu. mula-mula memang excited kerja sana. lama-lama aku jadi bosan sebab rutin harian aku sama je. dan paling aku tak tahan sebab aku keje shift. pukul 4 pagi dah kena bangun siap-siap dan tunggu bas kilang amik. masa tu aku menumpang dirumah kakngah di desa dahlia senawang. pagi-pagi kakngah masakkan makanan untuk aku bawak bekal pegi keje. terima kasih kakngah. huhuhu.


sampai skang aku masih teringat bau perfume yang aku sembur pagi-pagi nak pergi keje masa tu. tugas aku kat sana pasang remote kontrol tv dari komponen sampai lah ia menjadi sebuah remote yang boleh berfungsi. mula-mula memang aku lembap sebab baru belajar. lama-lama memang laju gila aku boleh pasang benda alah tu. tak lama lepas tu aku dan lida pindah duduk kat kampung (pilah) dengan mak aku pulak. bila dah duduk pilah, waktu bangun pagi terpaksa diawalkan seiring dengan jarak antara pilah ke nilai. pagi-pagi mak aku kejut g keje mesti dengar mulut aku bersungut-sungut sambil hentak kaki sebab taknak pegi keje. ye lah...pukul 3 pagi lebih dah kena bangun. mana aku tak bersungut. sampai hari ni (2010) mak aku akan mengungkit benda ni dan disokong oleh lida. huhuhu.  pagi-pagi buta pukul 4.30 pagi juga aku dan lida dah tercegat tepi jalan depan kubur untuk tunggu bas kilang datang amik. hasil dari keje kilang, dapatlah aku dan lida berkongsi beli tv 29 inci untuk emak aku. masa tu rumah sape ada tv 29 inci mesti macho gile. terima kasih kat mak aku yang gigih mengejut aku pukul 3.30 pagi masa tu. aku yang nak pergi kerja, mak aku yang kena bangun dulu. huhuhu

lepas dapat result spm, dan result aku amat baik, aku pun tak sabar-sabar nak benti keje. terus hantar notis 2 minggu nak berhenti (memang syaratnya begitu). tapi belum sampai 2 minggu aku dah cabut dulu sebab aku malas nak bangun pagi-pagi gile nak g keje ditambah takde pakwe hensem kat sana. penuh pempuan je. bosan la aku. dah la sekolah pun sekolah pempuan, keje pon dikeliling pempuan. huhhuhu.

lepas tu aku jadi penganggur sementara tunggu surat tawaran dari ipta. beberapa minggu lepas tu aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UTM skudai yang meninggalkan banyak kenangan manis untuk aku. hari aku dihantar ke skudai oleh bangcik, arwah kakak ipar aku dan emak, merupakan hari paling sedih buat aku. itulah kali pertama aku berjauhan dengan emak aku yang tersayang. aku nak menangis. puas aku tahan. tak macho la kalau mak aku nampak aku menangis. lepas je mak aku dan bangcik balik, terus laju airmata aku meleleh. aku takut sangat sebab tak pernah berjauhan dengan mak aku. aku kan anak bongsu dan anak manja mak aku. rupa-rupanya pada masa yang sama, mak aku pun menangis. huhuhu.

lama-lama aku dah boleh biasakan diri tinggal dihostel di utm tu. rasa seronok sangat pergi kelas, jumpa kawan-kawan. menjeling mamat-mamat hensem kat fakulti. dijeling oleh mamat-mamat kat fakulti. diganggu, dikepung oleh budak-budak atma. walaupun masa tu kejadian tu amat menakutkan aku, bila dikenang sekarang semuanya menjadi kelakar.

oh ya, di usia ini lah aku mula pakai produk maybeline. semuanya gara-gara siti nurhaliza jadi duta produk tu dan aku yang sangat mengkagumi kecantikan siti nurhaliza, tanpa segan silu terus beli produk maybeline dengan harapan aku akan jadi secantik dia. huhuhu. itulah yang aku pikir masa tu. sekarang selepas 10 tahun, siti dah aada produk dia sendiri iaitu simply siti...dan sekali lagi seperti 10 tahun lalu, aku mula terpengaruh untuk beli simply siti ni pulak.

rasanya untuk kenangan 10 tahun lalu...ni je la kot yang aku ingat. oh ya...10 tahun yang lalu juga, aku sangat slim dan ramping. huhuhu. dan lagi satu..di usia 18 tahun, aku masih lagi single dan tak pernah bercinta lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin