Showing posts with label my peristiwa. Show all posts
Showing posts with label my peristiwa. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

satu hari di hari raya

tahun ni hari raya pertama buat arissa dan juga hari raya pertama aku sebagai emak. macam mak ayah yang lain jugak, hari raya mesti excited nak beli baju raya untuk anak. tapi baju raya sendiri mesti ada jugak ;-p.




Arissa di pagi raya
tahun ni kami bertiga buat baju daripada kain yang sama dan kompem la warna pun sama. tema tahun ni ialah biru ^_-. tema kami juga ialah jubah. encik capo buat jubah lelaki, arissa pun jubah jugak. sepatutnya aku pun jubah. tapi tsk...tsk...T_T...aku tak dapat buat jubah sebab tak cukup kain katenye. tau tak, aku hantar kain tempah baju raya ni 2 bulan sebelum puasa. tapi seminggu lagi nak raya baru orang tu nak jahit. nasib baik sempat siap, kalau tak, tak boria la kami sefamili.



gambar arissa di pagi raya pertama ni tak banyak. budak ni melasak sangat. kemain susah nak amik gambar. asal nak snap je dia dah bergerak. nampak bayang ajo la gambar. huhuhu.




korang perasan tak....aku dah kurus sket. yeayyyy...sempat turun 7 kg ajo. huhuhu



apa kes?
dah lama tak amik gambar sendiri macam ni. kalau tak dulu, hari-hari amik gambar sendiri adalah wajib untuk aku. huhuhu. disebabkan feeling kurus, terus snap gambar sendiri. lalalalala


ok la. selamat hari raya kepada semua ^_^

Sunday, August 28, 2011

kad raya dari wildcutecat n family

fuhhh...akhirnya siap jugak 2 kad raya untuk tahun ni.



dan




adik beradik n anak-anak buah ^_^

Friday, April 29, 2011

dia yang datang kat aku

lesen memandu aku dah mati 20 hb April hari tu. malas pulak nak pegi JPJ. so aku terai la guna servis myeg untuk renew lesen memandu aku nih. tak payah susah-susah nak drive ke JPJ pastu carik paking dan tunggu nombor giliran. sambil duduk depan pc dah boleh renew lesen. dah tu pulak, dihantar kat tangan kite lesen tu nanti. hebat kan? huhuhu.

taip je alamat www.myeg.com.my, pilih menu driving license renewal, isi boramg, buat pembayaran online... dah setel. penghantaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja. tapi aku buat hari rabu hari tu, hari jumaat dah sampai. sebenarnye bukan aku yang buat. encik capo grande yang buatkan. huhuhu. mula-mula memang aku isi form sendiri kat myeg tu. tapi ntah apa mangkuknye aku tak boleh nak buat pembayaran online lak.  5,6 kali aku try tak dapat-dapat aku give up. pastu encik capo lak tolong buatkan. baru jadik. la la la la la.

ni bungkusan penghantaran
pagi tadi lesen aku dah dihantar ke opis sebab aku letak alamat opis. kang letak alamat rumah, mana de orang. tapi orang myeg ni boleh salah taip nama aku la plak.


cuba baca betul-betul. HADIRAH HARUN la plak die pegi taip kat sampul tu. nasib baik yang kat lesen betul nama aku. kalo tak kena pulang balik. aku cek kat borang yang diprint masa buat myeg tu betul ejaan nama aku yang encik capo taip. sedap gak nama HADIRAH kan. mmm..kalau buang H dah jadi ADIRAH. pastu tambah R lagi satu jadi Adirrah. Arissa ... Adirrah ... mmmm...mmmm....huhuhu.

Thursday, April 28, 2011

neves aku neves

bangun pagi tadi, terus pergi dapur. buat apa lagi kalau bukan masak breakfast dan bekalan untuk ke opis. manu hari ni ialah megi goreng kosong dan juga rojak timun. megi goreng kosong maksudnye megi goreng tanpa ada ikan bilis / telur / udang / sotong / ayam /daging. hanya sayur. tapi sebab sayur takde, maka memang kosong betul la megi gorengnye. hari ni kan khamis. hari vegetable. huhuhu.



aku telupa sebenarnya hari ni ada perhimpunan bersama dato' ss. stat pukul 8 pagi. so sepatutnya kena keluar awal la daripada biasa. tapi sebab aku telupe, maka kami ke opis macam time biasa iaitu lebih dari pukul 8 pagi. masuk dewan theatrette pun dah lewat maka duduk la kami kat seat belakang skali iaitu seat peberet kalau dengar taklimat / ceramah. (kami tu aku dan encik capo la ye. kami kan 1 jawatan, 1 opis, 1 tingkat, 1 bangunan, 1 pentadbiran, 1 keta, 1 rumah, 1 tilam, 1 bantal. huhuhuh).

tengah menonton tayangan video pasal air masa perhimpunan tu, tetiba kami diminta jadi pelakon untuk video korporat sukns. mulanya kami menolak. segan lah. pastu kami dipujuk lagi, maka kami pun setuju. bukanlah kami berdua je. ada lagi orang lain. masa tu excited pun ada, segan pun ada. tetiba neves padahal watak tak seberapa pun. bukan berlakon drama atau iklan. jauh lagi la pilem. video korporat je. tapi segan, neves macam belakon pilem gamaknye. hahaha.

tengah praktis dialog nih.
nasib baik la aku dressing cun sket hari ni. serba pink, tudung pun berpin sana sini. kalo tak, kadang2 aku malas nak pin tudung kat kiri kanan bahu. watak aku ialah seorang pelanggan yang sedang berkomunikasi dengan staff kaunter informasi. konon-konon staff kaunter tu macam bagi penerangan la kat aku untuk isi borang. hahaha. neves tau bila pengarah dah kata action. automatik kaki menggigil. mata asik nak pandang kamera je tapi kontrol. hahaha. staf tu pun pelakon gak tau. dia bukan staf kaunter pun. dialog pun main belasah je. kamera fokus punye la lama, kiri kanan depan. tapi nanti masa dah sunting, kompem 1,2 saat je muncul. pastu tah tah nampak tudung je tak nampak muka. huhuhu.


watak encik capo lak keluar masuk pintu. nak amik video bejalan tu pun ntah berapa kali cut. ingatkan sekejap je shoot video skali dekat 2 jam u olls. cut action, cut action. gitu la kekdahnye. akhirnye setel gak. tapi serius...neves gile belakon walaupun watak tak seberapa. menggigil kaki. pastu nak senyum je keje. haha. walaupun tau, muka mungkin tak nampak masa video ni dah disunting nanti, tapi tetap seronok. at least ada pengalaman. huuhuhu.

action....
gambar kocik ajo. ni pun encik capo amikkan lepas scene dia abis. aku lak tak leh nak amik gambar encik capo masa dia tengah action sebab aku kena standby. neves seves, neves. menggigil kaki aku dalam semua gambar di atas.

Tuesday, April 19, 2011

pelangi dihati

hahaha. tajuk tak boleh blah. pagi tadi masa nak g keje hujan renyai-renyai. lepas hantar arissa, on the way nak ke opis, aku nampak pelangi. cantik sangat. dah lama rasanya tak nampak pelangi. sempat snap beberapa kepinng gambar.




bila nampak pelangi, tak berani nak tunjuk dengan jari. just bagitau arah pelangi tu je. bukannya apa, masa kecik-kecik dulu orang selalu cakap kalau tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti tangan kudung. huhuhu. kalau nak tunjuk gak, guna ibu jari je. *_*. pastu katanya, ada puteri kayangan kat pelangi tu. sebab tu tak leh tunjuk sebab puteri tu tak suka. entah betul entah tak, aku tak tahu la. tapi sebab aku dah terbiasa dari kecik takut nak tunjuk dengan jari bila nampak pelangi, so sampai skang terikut-ikut.


Tuesday, July 6, 2010

aku ke bengkel

baru saje balik dari bengkel kereta dasar keselamatan ict kerajaan negeri sembilan petang tadi. bengkel yang berlangsung selama 2 hari sejak semalam di hotel sri malaysia, port dickson dihadiri oleh pegawai-pegawai yang dijemput oleh urusetia. entah apa nak cerita pasal bengkel ni ye. biasa a, perbincangan kumpulan. makan. bincang balik. makan. bincang. makan. rehat. makan. bincang. esoknya iaitu hari ni pun sama macam semalam cuma sebab hari ni hari last, adalah pembentangan berkumpulan sket diselang seli dengan makan dan minum.


tak tau nak citer apa cuma kaki aku sakit yang amat-amat sepanjang 2 hari bengkel ni. ditambah dengan ulang alik ke toilet nak terkencing je kejenye. selain daripada tu rasa nak demam je sebab aircond sejuk sangat. oh ya, bengkel ni turut disertai oleh encik capo grande sebab dah tentulah dia satu opis dengan aku. sama jawatan sama gred cuma bidang keje je tak sama. tu saja untuk entri bengkel ni. takde yang menarik. huhu

Tuesday, May 25, 2010

demam, tutor dan dia

semalam last day aku mengajar. hari kedua tak seneves hari pertama. tiba-tiba rasa seronok walaupun terasa tak sabar nak abis. ye lah, 2 hari mengajar dari pukul 9 pg sampai 4.30 petang. kompem aku tak duduk kat opis sepanjang 2 hari tu dan kompem langsung tak dapat buat keje yang tertangguh sebelum cuti kahwin hari tu. yang bestnya bile mengajar kursus ni dapat makan free 3 kali sehari. pagi, tengah hari dan minum petang. hehe. betambah montel la aku yang memang dah sedia montel ni. tapi tak sangka lak lepas abis mengajar semalam aku kena sampaikan sijil kat semua peserta kat depan. huhuhu. segan pun ada. macam kelakar pun ada. hehehe.
ape pun, pengalaman ni sangat la berharga. tapi lepas ni kalau kena mengajar balik, kompem la aku neves balik. huhuhu.



hari ni dan esok, ada mengajar jugak. tapi bukan aku yang mengajar. kali ni viruspadu yang mengajar, aku pulak jadi tutor. yang 2 hari lepas, aku mengajar, viruspadu jadi tutor. tapi hari ni aku rasa tak best sebab demam dari malam tadi. tak tau a nape tiba-tiba rasa tak sedap badan, hidung tersumbat pastu terus demam. hmmm...nak cakap time kasih kat capogrande sebab bersungguh-sungguh jaga aku yang sakit malam tadi. g beli ubat untuk aku. huhu. pastu sebab aku terlalu mengantuk tak larat sebab tak sedap badan, terus tetido tanpa makan ubat. terus dia kejut aku, siap sediakan ubat. aku cuma perlu minum je ubat tu atas katil. huhuhu. terharunya.  ni 1st time aku tak sihat sejak dah kawin.

bila nak sambung tido balik, dia rasa badan aku panas, terus dia g amikkan air sapu-sapu kat kepala, muka dan badan walaupun aku dah kata tak payah. huhuhu. pastu aku terus tetido best sangat ada orang usap-usap kepala. hehe. terasa nak manja macam kucing lak. meeeowww...

skang, dalam kelas tengah jadi tutor. sempat lagi aku update blog. huhuhu. tugas tutor tak seberat tugas mengajar. so, boleh rilek2 sket. bila ada org perlu bantuan sebab tak paham baru aku ajar. tapi memang tak selesa dalam bilik ni sebab aku demam. aircond kuat...sejuk sangat walaupun aku pakai kot. pastu dia sempat lagi pakaikan aku kain yang lilit2 kat leher tu supaya dapat serap haba. entah apa nama kain tu aku pon tak tau. tapi biasa nampak orang pakai kalau musim salji atau musim sejuk. huhuhu. mekasih ye sayang.

Monday, May 24, 2010

i'm back

setelah lebih 2 minggu menyepikan diri, akhirnya hari ini aku muncul kembali. bukan sengaja atau merajuk, tapi paham-paham je lah, kesibukan yang aku alami demi menguruskan majlis perkahwinan aku dengan capo grande. so bermulanya saat ini, aku menaip entri sebagai isteri kepada capo grande. huhuhu. rasa janggal yang teramat. isteri???suami??? aku perlu biasakan diri dengan status baru ku ini.



entri aku hari ni bukanlah nak cerita pasal majlis kami yang berlangsung minggu lepas. tetapi pasal hari pertama aku memulakan tugas di UPTM setelah 2 minggu bercuti. citer pasal majlis kahwin aku, aku citer entri lain memandangkan gambar pon aku tak dapat tengok lagi. huhuuhu.

masuk-masuk je opis hari ni, terus kena mengajar kat bilik latihan ict selama 4 hari mulai hari ni sampai khamis. bukan aku seorang, tapi dengan viruspadu skali. huhu. neves jangan cakap lah. dah la ramai. ntah berapa kali aku keluar masuk tandas, tak dapat nak kira lagi. tiba-tiba je sakit perut bila dah masuk dalam kelas. ntah la. aku memang neves lebih-lebih lagi kalau kena mengajar. bayangkan la, bercakap depan ramai orang, nak mengajar lagi. stat-stat je aku dah menggelabah. puas dah aku cover gigilan kaki aku, tapi entah tercover entah tidak. lepas 15 minit, aku mintak jasa baik viruspadu@kak jemah untuk sambung a.k.a cover kejap kelas sampai neves aku stabil.

wah..aku tengok kak jemah ngajar steady je. tak neves pon macam aku. huhuu. sambil-sambil kak jemah ngajar, aku bace2 nota untuk sambung balik lepas ni. lepas rasa dah ok neves aku. aku pon sambung ngajar balik sampai a skang. rasa ok sket kot. awal2 tadi je aku menggelabah sangat. kelas abis pukul 4.30 petang. esok sambung lagi. huhuhu.

Thursday, April 22, 2010

wild mendengar ceramah

baru je habis perhimpunan beserta dengar ceramah tentang produktiviti pukul 10.15 tadi.

tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri kerana buat pertama kali aku langsung

tidak merasa mengantuk semasa mendengar ucapan dan ceramah.


walaupun aku tidor pukul 4.30 pagi, pagi tadi, namun aku masih mampu bertahan

mendengar ceramah tersebut sampai habis tanpa menyimpan niat untuk keluar

awal dari dewan tersebut.

nak kata penceramah tu best, takde la sangat. tapi sebab aku nak dengar

isi ceramah tu membuatkan aku langsung tak mengantuk. sekali sekala cuba

menarik minat diri sendiri untuk dengar ceramah pun ok jugak. takde la teruk

sangat dengar ceramah ni. huhuhu. cuma jangan tanya aku balik isi ceramah tu

sebab aku tak berapa ingat. yang aku tau pasal produktiviti.

Tuesday, April 20, 2010

movie

malam tadi (20 April 2010) pukul 9 malam, aku pergi tengok wayang kat mbo. movie yang ditonton malam tadi ialah When In Rome.




ok a citer ni. best. kelakar, romantik, sedih, happy...semua ada.  kalau nak tau jalan citer movie ni, pergilah menonton di wayang  berhampiran sebab aku malas nak menaip sinopsis. huhuhu.

hari sabtu lepas, aku tengok movie date night. pun best gak. kelakar dan saspen. nak tau lebih lanjut...tengok a kat wayang ye...

Tuesday, April 13, 2010

aku mengajar vs aku belajar mengajar

mengajar cara-cara menggunakan webmail desknow
akhirnya sampai jua hari ini iaitu 14.4.2010 dimana dalam entri semalam, aku ada bagitau yang hari ni aku dan dia kena mengajar cara-cara nak menggunakan webmail baru kerajaan negeri sembilan iaitu Desknow. kelas stat pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tgh hari. semalam aku telah menghantar permohonan kepada dia supaya aku tak perlu mengajar tetapi hanya membantu apa yang tak patut je. namun, permohonan aku telah ditolak mentah-mentah oleh dia. sehingga la pukul 9 pagi tadi aku masih membuat rayuan secara tak bertulis, namun rayuan tidak diterima.


menu pagi tadi



bukan aku tak nak mengajar, tapi aku tak pernah mengajar dan tak tahu langsung macam mana nak mengajar orang ramai. setakat ajar anak buah buat keje sekolah ok la lagi. huhuhu. lagipun, aku ni kan pemalu orangnya. nak bercakap dengan orang aku tak kenal pun mulut aku berat sangat sebab malu, ini kan pulak nak mengajar orang. ku sangka bekerja dengan tunang sendiri boleh la dapat excuse tak payah mengajar. ingatkan dengan hanya membuat muka comel dan bersuara manja dapat mengexcusekan aku. namun semuanya meleset. walaupun dia tergoda dengan muka comel yang aku buat, namun tidak berjaya buat dia mengexcusekan aku.


nak tak nak, kena la jugak aku mengajar. bergilir-gilir dengan dia ikut module. mula-mula nak bukak mulut tu memang giler berat la. cuba la bayang kan wildcutecat yang pemalu sangat ni berdiri kat depan orang dan mengajar???? tak pernah dibuat aku. huhuhu. puas otak aku berfikir ape nak cakap walaupun semuanya dah ada dalam nota yang aku pegang. tiba-tiba je aku rasa tak reti membaca apatah lagi berkata. walaupun kaki aku tak menggigil, namun aku tetap nerves. nak pulak semua mata memandang aku bila aku tengah bercakap dan explain.


tapi lama-lama ok la aku rasa. boleh la aku bercakap walaupun kadang-kadang aku rasa ayat yang aku sebut tu aku dah sebut sebelum tu. lantak lah...janji peserta yang hadir tu paham. huhuhu.
dia lain lah, dah banyak kali mengajar. takde hal kat dia. tapi aku ni ha. aku ni pemalu la walaupun kadang-kadang tak tahu malu. pemalu dan tak tahu malu tu tak sama ok. bila sampai modul yang aku sendiri tak berapa tahu, aku pass la kat dia. tapi rasanya ok la kot. lain kali, mungkin aku boleh perbaiki mana yang tak ok.

Monday, April 12, 2010

kerana dia...aku di hari seminar ict

baru je dapat gambar yang disnap masa menghadiri seminar ict pada 5 April 2010 (Isnin)

yang lepas yang diadakan di hotel royal bintang, seremban.

walaupun diriku dilanda demam, namun ku gagahi juga diri ini untuk menghadiri seminar

tersebut kerana si dia yang dekat dimata dekat dihati. huhuhu.

kerana dia juga lah, aku dapat bergambar di hari seminar tu. cuba bayangkan kalau aku

tak pergi seminar tu, mesti dalam gambar-gambar dibawah, aku takde.

memandangkan dah seminggu seminar ni berlalu, ingatan pada

suasana seminar tu pun dah suam-suam milo suam, aku letak gambar je la tanpa sebarang

cerita. huhuhu







* aku konpius....adakah seminar ict ni dihadiri oleh kami berdua saje? huhuhu

Sunday, April 11, 2010

kemenangan mu kemenangan ku juga...

aku happy. sangat happy dan memang aku harap-harap sangat benda ni terjadi.

sebelum tahu keputusan memang aku berdebar walaupun aku bukan amik tahu sangat pasal ni.

tapi disebabkan 'pihak lawannya', maka aku mengharap sangat kemenangan ni.

bila aku balik rumah malam hari sabtu 10 April lepas, dan lida terus bagitau berita gembira ni,

rasa senyuman aku sampai ke telinga.

aku happy team bola NEGERI SEMBILAN MENANG lawan pasukan dari kedah.

huhuu. walaupun sipi-sipi je aku tak kisah, janji menang. kalau NS kalah dengan negeri lain ok lagi.

aku tak kisah sangat...tapi jangan kalah dengan negeri tu. huhuhu.

TAHNIAH pasukan NEGERI SEMBILAN. korang membuatkan aku mampu tersenyum

sinis dengan penuh kepuasan hati. terima kasih kerana bermain bersungguh-sungguh dan

mencapai kemenangan ni kerana ia turut

melambangkan salah satu 'kemenangan' aku juga.

Thursday, April 8, 2010

aku yang ke taklimat di hari lahirku


semalam, 8 April 2010 aku telah menjemput diriku sendiri ke taklimat technology update anjuran 3com ltd asia (malaysia). aku menjemput diri aku sendiri sebab aku salah seorang team yang organize taklimat ni bagi pihak UPTM dan tugas aku adalah membuat senarai jemputan,buat surat jemputan, menerima maklumbalas jemputan dan berurusan dengan 3com berkenaan perjalanan taklimat ni. segala perancangan telah dibuat seawal bulan Mac 2010 lagi.



seawal pukul 8.15 pagi aku dan my love telah sampai serentak ke Hotel Klana Resort memandangkan kami datang 1 kereta. disebabkan pihak 3com belum menampakkan diri, kami pun sempat berposing di sekitar lobi hotel.


wajah remaja di usia 28 tahun. huhuu












lebih kurang pukul 8.45 pagi, kami mengisi perut yang lapar dengan sarapan pagi yang disediakan iaitu kuih samosa dan popia yang saiznye tersangat la comel. pukul 9 pagi, taklimat pertama dimulakan. pukul 10 pagi, berhenti rehat untuk minum pagi pulak dimana menunya ialah mihun goreng dan kuih muih. kemudian taklimat disambung semula dan disinilah adegan surprise 1 dan surprise 2 terjadi.

ikut jadual yang diberi, taklimat sesi pagi akan tamat pada pukul 12.45 tengah hari. tapi mungkin kerana semua maklumat sudah dibentangkan, taklimat habis awal iaitu pukul 11 lebih pagi dan lunch. makan mihun pukul 10 tadi pun tak hadam lagi, nak kena isi makanan lunch pulak. ikutkan ada je pilihan. kalau kenyang tak yah la makan kan. tapi...huhuuh...mane tahan tengok makanan banyak-banyak dan sedap-sedap tu. so, aku pun makan la hidangan buffet kat hotel tu. makan ikut nafsu...bukan ikut keperluan. huhuu

aiskrim tak boleh tinggal ok...


pukul 2 petang, taklimat sesi petang pulak. masa ni la mata aku betul-betul tak tahan mengantuk. dan tak saba supaya taklimat ni cepat habis. so, untuk menghilangkan rasa ngantuk, aku pun berposing jap.





berguna semua maklumat yang disampaikan dalam taklimat semalam. malangnya disebabkan beberapa incident dan kemengantukan yang melanda sebab terlebih makan, beberapa maklumat tidak masuk dalam kepala aku. pukul 3.30 petang, benti rehat untuk minum petang pulak.

amik sket je sebab dah hongeh tapi nak gak melantak...


lepas minum petang, penganjur telah buat kuiz dan sape jawab dapat la hadiah. tapi hanya orang yang dapat sampul yang dilekatkan bawah kerusi sahaja yang boleh jawab soalan dan aku salah seorang jemputan bertuah yang ada sampul bawah kerusi aku. malangnya aku tak boleh nak jawab soalan kerana seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, ada beberapa adegan yang berlaku menyebabkan aku tak dapat tumpukan perhatian sangat. aku telah diajukan soalan tanpa kerelaan aku kerana ada tangan sampingan telah menolong mengangkat tangan aku tanpa aku sedari menyebabkan penceramah tu mengajukan soalan kuiz pada aku. (hal ini menyebabkan aku sedikit hangin sekejap..huhuhu). disebab aku tak dapat jawab (sebab aku betul-betul tak tahu jawapan dia), aku hanya dapat baucer je.



selepas tamat kuiz, kami bergambar beramai-ramai dan sebelum balik, pihak 3com telah hadiahkan payung yang sangat nice. kebetulan abis je taklimat hujan turun dengan lebatnya. memang langkah kanan 3com bagi payung pada kami semua. lepas dah tamat, aku dan my love pon masuk kereta dan terus ke destinasi seterusnya....

LinkWithin