selepas berbuka aku pun mulalah sibuk mengeluarkan bahan-bahan dan peralatan yang dah dibeli siang tu. turut membantu aku buat kuih ialah encik capo grande dan adik dia.
![]() |
| antara bahan-bahan yang digunakan |
![]() |
| aku yang sedang menggaul mentega, gula halus dan tepung |
| capo grande yang sedang sibuk menyagat. |
| hasil sagatan |
![]() | |
| atas: biskut yang menunggu masa nak dibakar. bawah: biskut yang dah siap untuk dimakan |
lepas kemas balik barang-barang yang digunakan, aku pun tak berlengah lagi terus masuk tido. betul-betul letih dan sakit pinggang. tu baru sikit aku buat. ntah macam mana letihnya mak aku yang buat kuih raya beratus-ratus hari-hari sorang-sorang. buat untuk jual lagi. kemas rumah. lepas tu nak masak untuk berbuka pulak. kuatnya tenaga mak aku yang dah berumur 67 tahun tu berbanding aku yang muda ni. barulah aku sedar pengorbanan mak aku selama ni demi kepuasan anak-anak dia. huhuhuu. sayang mak sangat.
| antara hasil kuih sarang semut yang kami buat |
so dibawah ni, aku sertakan resepi untuk buat biskut sarang semut. silakan mencuba ye.
Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda
Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda
Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.
4. Guna pemarut cheese dan parutkan adunan.
5. Parut hingga habis semua adunan.
6. Taburkan chocolate rice. Hias biskut. Bakar dalam jangka masa 15-20 minit.


