mengajar cara-cara menggunakan webmail desknow |
menu pagi tadi |
bukan aku tak nak mengajar, tapi aku tak pernah mengajar dan tak tahu langsung macam mana nak mengajar orang ramai. setakat ajar anak buah buat keje sekolah ok la lagi. huhuhu. lagipun, aku ni kan pemalu orangnya. nak bercakap dengan orang aku tak kenal pun mulut aku berat sangat sebab malu, ini kan pulak nak mengajar orang. ku sangka bekerja dengan tunang sendiri boleh la dapat excuse tak payah mengajar. ingatkan dengan hanya membuat muka comel dan bersuara manja dapat mengexcusekan aku. namun semuanya meleset. walaupun dia tergoda dengan muka comel yang aku buat, namun tidak berjaya buat dia mengexcusekan aku.
nak tak nak, kena la jugak aku mengajar. bergilir-gilir dengan dia ikut module. mula-mula nak bukak mulut tu memang giler berat la. cuba la bayang kan wildcutecat yang pemalu sangat ni berdiri kat depan orang dan mengajar???? tak pernah dibuat aku. huhuhu. puas otak aku berfikir ape nak cakap walaupun semuanya dah ada dalam nota yang aku pegang. tiba-tiba je aku rasa tak reti membaca apatah lagi berkata. walaupun kaki aku tak menggigil, namun aku tetap nerves. nak pulak semua mata memandang aku bila aku tengah bercakap dan explain.
tapi lama-lama ok la aku rasa. boleh la aku bercakap walaupun kadang-kadang aku rasa ayat yang aku sebut tu aku dah sebut sebelum tu. lantak lah...janji peserta yang hadir tu paham. huhuhu.
dia lain lah, dah banyak kali mengajar. takde hal kat dia. tapi aku ni ha. aku ni pemalu la walaupun kadang-kadang tak tahu malu. pemalu dan tak tahu malu tu tak sama ok. bila sampai modul yang aku sendiri tak berapa tahu, aku pass la kat dia. tapi rasanya ok la kot. lain kali, mungkin aku boleh perbaiki mana yang tak ok.
No comments:
Post a Comment