10 soalan tentang diri aku
1. Anda sedang berjalan dengan seseorang di dalam sebuah hutan yang sunyi. Siapakah yang sedang berjalan dengan anda?
diri sendiri
2. Anda sedang berjalan seorang diri di dalam sebuah hutan dan anda ternampak seekor haiwan. Apakah haiwan yang anda nampak?
unicorn
3. Jika anda boleh berinteraksi dengan haiwan itu, apakah soalan-soalan yang akan ditanya?
boleh bawak saya berjalan2 ke dunia kamu?
4. Anda berjalan semakin jauh ke dalam hutan yang sunyi itu dan tiba-tiba anda terlihat sebuah rumah yang cantik yang menjadi idaman hati anda. Ceritakan tentang rumah itu dari segi saiznya.
Rumah banglo 2 tingkat sederhana besar.
5. Adakah rumah idaman hati anda itu dikelilingi dengan pagar?
ya. pagar berwarna hitam.
6. Anda pun masuk ke rumah itu dan ternampak sebuah meja makan. Cuba anda ceritakan apa yang anda lihat di atas dan di sekeliling meja makan itu.
kosong
7. Kemudian anda keluar dari rumah itu melalui pintu belakang. Di atas rumput kelihatan sebuah cawan. Ianya diperbuat daripada apa?
kaca
8. Apakah reaksi anda dan apa pula yang anda lakukan dengan cawan itu?
ntah
9. Kerana sudah bosan, anda pun bergerak ke hujung kawasan rumah itu di mana anda telah bertemu dengan air. Dari manakah datangnya (asalnya) air itu?
kolam pancuran
10. Bagaimanakah caranya anda akan melangkah untuk meredah air itu (jika perlu diredah)?
berjalan ditepi kolam pancuran tu je.
Analisis dari jawapan-jawapan soalan di atas:
1. Si dia yang sedang berjalan dengan anda itu adalah di antara orang yang paling penting dan paling anda percayai dalam hidup hingga setakat ini. ya...tak dinafikan
2. Saiz haiwan yang anda nampak itu adalah berkaitan dengan persepsi anda tentang masalah-masalah yang sedang anda hadapi dalam hidup. mungkin la...
3. Proses interaksi anda dengan haiwan itu sebenarnya melambangkan cara anda sedang menangani masalah-masalah yang anda hadapi (contohnya amat agresif, selalu pasif atau tidak ambil hirau, dll). entah lah
4. Saiz rumah idaman anda itu adalah berkaitan dengan kemahuan anda untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang anda hadapi. mungkin la
5. Jika anda tidak ‘memagari’ rumah anda itu, bermakna anda seorang individu yang berpersonaliti terbuka dan anda menerima kritikan dan pendapat orang lain dalam hidup. Jika rumah itu ‘dipagar’, ianya bermakna personaliti anda agak tertutup dan anda suka berahsia lebih-lebih lagi tentang masalah, dilema atau konflik yang terpaksa anda hadapi. itulah aku...
6. Jika jawapan anda untuk soalan ini tidak berkaitan dengan makanan dan minuman, bunga-bungaan dan barang perhiasan atau tentang manusia serta individu lain – Ini bermakna dalam hidup, anda seorang yang lebih cenderung untuk murung dan rungsing. ini pun aku...
7. Cawan yang anda jumpai itu adalah berkaitan dengan hubungan anda dan individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama. Jadi, jika cawan yang anda jumpai itu diperbuat dari plastik dan bukannya besi – Ini bermakna perhubungan anda dan individu itu kurang kukuh dan mudah retak, dan sebaliknya (berpandukan dari apa cawan itu diperbuat). tak semestinya lah...cawan kaca kan cantik...
8. Reaksi dan tindakan anda ke atas cawan itu sangat berkaitan dengan attitude anda terhadap individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama. tak betul pun
9. Jika air itu datang dari dalam sebuah baldi ianya bermakna kemahuan (spirit) anda dalam hidup adalah kecil, tapi jika air itu datangnya dari sebuah lautan bermakna anda mempunyai kemahuan yang kuat untuk hidup dan menikmati kehidupan yang sebenar. Anda harus membuat perbandingan dari contoh ini.
kemahuan aku sederhana la kot...
10. Dan yang terakhir, jika anda langsung tidak basah ketika melintasi air yang anda jumpa, ini bermakna kemahuan seksual tidak penting dalam hidup anda. Jika anda basah kuyup pula, ahem, bermakna anda hidup untuk seks dek nafsu yang sentiasa membara!
mungkin la...
No comments:
Post a Comment