Showing posts with label My Birthday. Show all posts
Showing posts with label My Birthday. Show all posts

Monday, April 11, 2011

kek belated besday

cian kite. masa besday tak de sape belikan kek pun. puas a duk tunggu sampai 11.59 malam, tak de nampak batang hidung kek pun. takde pun adik beradik datang rumah anta kek. huhuhu. dalam hati teringin nak makan chocolate indulgence, tapi taknak beli pakai duit sendiri. tiap2 tahun asik beli kek untuk diri sendiri je. bosan a.

antara arissa, kek chocolate indulgence dan chocolate milkshake, sape aku pilih? muahaahhaa


so, disebabkan tekak dah tak tertahan keinginan nak makan kek chocolate indulgence secret recipe, maka keesokannya aku pun request kat encik capo. tak kisah la kalau aku kena bayar sendiri pun, janji aku dapat makan itu chocolate indulgence. sikit pun jadi la. dah macam mengidam plak. hahahaha.

aku pilih semua a. huhuhu
maka, hari sabtu malam hari tu kami pun menuju ke secret recipe dataran senawang. aku order sepotong kek chocolate indulgence dan chocolate milkshake. giler sedap kek chocolate indulgence nih sampai terkinyam kinyam ^_^.  lepas dapat makan itu kek idaman, wajah pun jadi berseri-seri dan senyum pun semanis kek chocolate indulgence. hehehe.

arissa yang tetido tunggu mak die abis melantak kek.
tq kepada encik capo yang belanja makan kek kat secret recipe

Sunday, April 10, 2011

besday source code

8 april 2011


malam besday, lepas balik keje, encik capo ajak tengok wayang cite source code. so, kami pun balik rumah terus tanpa amik arissa. aku pun iron baju & tudung manakala encik capo sempat memasak nasi goreng. lepas makan nasi goreng, kami pun menuju ke mbo. beli tiket dan pop corn pastu terus masuk panggung.


terserempak dengan justin biber depan mbo
menarik gak a citer ni. mengisahkan seorang tentera yang ada misi untuk kembali 8 minit lebih awal sebelum sebuah keretapi meletup. so, masa dia kembali ni dia masuk dalam badan sorang lelaki yang juga penumpang dalam keretapi tu. so, dia kena kenali siapa pengebom yang letupkan keretapi tu. dia cuma ada masa 8 minit je. kalau gagal, dia kena kembali balik ke 8 minit sebelum keretapi tu meletup. berulang-ulang sampai la dia berjaya kesan pengebom tu. best gak a citer ni. tak rugi tengok.

posing je nih, tak urut pun. huhuhu
lepas abis wayang, jenjalan sekejap kat mbo pastu terus amik arissa. yang pasti kena sampai rumah sebelum pukul 10 malam sebab nak tengok maharaja lawak.

Thursday, April 7, 2011

happy besday to wife encik capo dan mak arissa

 8 April

hari ni 29 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di dunia ni. terima kasih pada mak aku yang bersusah payah mengandungkan aku dan beranakkan aku. bila aku dah menempuhi sendiri pengalaman mengandung dan beranak ni, secara tak langsung aku lebih memahami situasi mak aku dulu.

my familia
hepi besday to me...umur dah meningkat. semoga rezeki bertambah-tambah hendaknya dan kebahagiaan sentiasa menyelubungi diri ini. bestnya besday aku tahun ni sebab aku dah kawin, dan juga ada sorang budak tome yang sentiasa aku sayangi dan rindu....arissa. mungkinkah besday tahun depan aku akan ada 2 budak tome? hahahaha.


encik capo grande dengan advancenya telah menghadiahkan aku set minyak wangi. aku cakap advance sebab hadiah ni dibeli masa kami pergi Sogo sabtu lepas. kalau harapkan aku memang jangan harap aku nak beli ini perfume. mahal nak mampos. RM3++.00. tak tahu la kalau bagi orang lain hage tu murah lak. terima kasih sayangku. xyah a beli hadiah mahal2. bagi je keta honda civic type r pun dah memadai bagi aku. ahak.


seperti tahun yang lepas, opis aku telah menghadiahkan kad ucapan besday yang penuh bermakna ni. terima kasih UPTM ^_^.

kad yang ditandatangani oleh staff UPTM

komen tak boleh blah...
paling tak sangka 'kumpulan Balas Raja Lawak' turut meninggalkan komen pada kad besday aku. sungguh terharu sekali dengan ucapan beliau. huhuuhu. kalau tak jelas aku taip semula ucapan tersebut:

"Semoga suamimu hensem selalu - BALAS RAJA LAWAK"

apa kena mengena besday aku dan ucapan di atas???

hanya orang terdekat yang tahu siapakah klon kumpulan BALAS di opis aku ni. hahahha.

sampai sini saja entri besday aku kali ni... terima kasih semua yang memberi ucapan besday melalui sms, face to face dan sebagainya.

nak bace entri besday tahun lepas? klik sini, sini dan sini.

Friday, April 9, 2010

aku selepas besday...

hari ni pergi opis dengan hati yang ceria dan berbunga. dah dapat bunga fererro roche, henbeg, kad besday dan kasut 2 pasang, kalau tak happy jugak tak tau lah nak kate ape. huhuhuhu. aku pakai jubah yang baru je beli beberapa hari lepas kat peace collection carefour. berkenan sangat 1st time nampak. tapi sebenarnya, my love yang berkenan sangat dengan jubah ni. termasuk jubah ni, aku dah ada 6 koleksi jubah. semuanya gara-gara dia yang suka belikan aku jubah sebab katanya aku comel sangat pakai jubah.
yeke? kalau tak pakai jubah tak comel ek? huhuu.
selain tu jugak, aku juga ke opis dengan memakai kasut baru yang aku beli semalam.


sampai-sampai opis je pagi tadi terus snap gambar.


selain dari pakai baju baru dan kasut baru, serta rantai baru...ada sesuatu yang baru kat atas meja aku yang buat meja aku berseri-seri mulai hari ni. ada kipas kecik yang baru beli semalam kat kedai komputer dalam terminal one....dan yang paling spesel...ada bunga atas meja aku. bunga hidup ok. huhuhu. ni la bunga yang my love bagi aku malam besday aku hari tu. rasa sayang sangat nak bukak dari jambangan yang dah dibuat cantik sangat. tapi nanti layu pulak bunganya kalau tak masukkan dalam air. ni la hasilnya... separuh dari bunga ni ada kat dalam bilik aku kat rumah.

 * tak pernah-pernah aku ada bunga sendiri macam ni. thanks sayang...(untuk kesekian kalinya)
berseri-serikan meja aku sejak ada bunga ni...

Thursday, April 8, 2010

My Best Birthday Ever: Thanks Sayang Part 3

thanks sayang...love u so  much

My Best Birthday Ever: Thanks Sayang Part 2

Hari ni 8 April 2010. hari yang penuh surprise dihari lahir aku yang ke 28 tahun. untuk pengetahuan, aku menyambut besday pada tahun ni di Hotel Klana Resort, Seremban. grand gile wat kat hotel kan? huhuhu.
sebenarnya kebetulan aku menghadiri taklimat technology update anjuran 3com ltd asia (malaysia) kat hotel tu. dan seramai 23 orang kawan-kawan seUPTM turut dijemput ke taklimat yang sama. taklimat bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. so, terang lagi bersuluh aku langsung tak masuk opis.



selain surprise aku dapat sejambak bunga coklat ferero rocher dari my love dan kad besday dari UPTM, aku turut mendapat satu lagi surprise. ni la surprise untuk aku lagi satu dari my love lagi (sila lihat gambar)

cantikkan? thanks sayang....

cara dia bagi henbeg ni bukan macam biasa. macam biasa tu contohnya macam ni:

my love: saya ada hadiah untuk awak. jeng jeng jeng....(sambil bagi henbeg).
aku: (senyum malu-malu)...wah...mekasih sayang...

tapi..cara dia bagi henbeg tu surprise la...luarbiasa. siap upah viruspadu untuk jadi assistant dia.

masa taklimat pagi tu aku ada keluar kejap pergi toilet disamping titiskan ubat selsema dalam hidung sebab aku masih tak sihat sepenuhnya hasil dari demam selsema yang aku hidapi sejak isnin 5 April 2010 yang lepas. rupa-rupanya sepanjang ketiadaan aku selama lebih kurang 5 minit tu, my love dan viruspadu dengan gigihnya telah mentransfer barang-barang dalam henbeg aku ke dalam henbeg baru yang dia nak hadiahkan kat aku.

bila aku dah masuk dalam bilik taklimat tu lepas balik dari toilet, aku pun nak amik henbeg yang aku letak kat bawah sebab nak simpan ubat. tiba-tiba aku tak jumpa henbeg aku tapi ada henbeg hitam yang tidak aku kenali kat tempat aku letak henbeg aku tadi.

aku: mana henbeg saya? (tanya ku sambil mencari-cari kat bawah meja).
my love: entah. tadi letak kat mana? (dengan muka ala-ala tak bersalah).
aku: kat bawah ni lah tadi. (jawabku cemas). ni beg sape? (tanya ku - merujuk kepada henbeg hitam dibawah meja).
my love: entah. cuba la bukak tengok sape punya.
aku: (dalam hati "gilo apo nak bukak-bukak henbeg orang"). tak nak la. ada ke nak bukak-bukak orang punye beg.
my love: amik je la. cek sape punya.
aku: tak nak la. beg saya mana?
my love: cuba bukak dulu tengok sape punya beg. (katanye berkeras).

aku pun amik la henbeg hitam bawah meja tu lalu bukak zip henbeg tu dengan perasaan bersalah. bila dah bukak...aku pun terkesima sekejap.
'macam kenal je barang-barang dalam beg ni'...huhuhu

aku: ni barang saya lah....cane boleh ada dalam ni?
my love: (senyum-senyum kambing konon-konon nak cover).
 (baru aku perasan yang henbeg hitam tu aku macam pernah nampak kat parkson seremban parade dan aku sangat berkenan dengan beg tu tapi harganya mahal gilo...tak mampu den boli).
aku: ni beg yang kite tengok hari tu kan?
my love: (senyum je)

aku: awak beli ke untuk saya? (tanya ku dalam keadaan terkejut. siyes..beg tu mahal. tak sangka dia g beli).
my love: a'ah la...(xsure dia jawab mcm ni ke x? huhuhu).
aku: sape yang tranfer barang-barang dalam beg ni?
my love: zaimah...(viruspadu).
aku pun menoleh belakang dan tengok viruspadu senyum-senyum.
aku: mekasih kak zaimah (kataku sambil senyum simpul).
viruspadu: same-same (sambil senyum-senyum gak).

aku: mekasih sayang. i love u..(sambil berbisik. tak cukup berbisik, siap tulis note kat my love).

waaa.....tak sangka my love bagi aku hadiah henbeg ni. mekasih sangat sayang. tapi....mahal sangat la. terharunya aku. nak nangis...tapi tak leh sebab kat dalam bilik dengar taklimat. adegan di atas menyebabkan aku langsung tak dengar apa penceramah tu cakap. huhuhu.

tak cukup cakap thanks dan note dalam bilik taklimat, masa lunch aku cakap lagi thanks... aku tak sangka. tak terfikir pun dia akan beli untuk aku.

mekasih sangat sayang. sayang awak sangat. tapi bukan sebab apa awak beli untuk saya, tapi sebab keikhlasan hati dan kasih sayang awak pada saya sejak kite kenal. saya hargai sangat....



My Best Birthday Ever: Thanks UPTM

Aku sangat terharu hari ni (8 April 2010). mula-mula pagi tu kat Bilik Sri Merbau Hotel Klana Resort, Seremban kawan-kawan satu opis wish birthday kat aku beramai-ramai. lepas tu aku terima pulak kad birthday yang ditandatangani oleh kawan-kawan seUPTM. Ntah bila masa dorang sign kad tu beramai-ramai, aku pun tak tahu. thanks sangat-sangat pada semua. aku betul-betul terharu. semua ni 1st time untuk aku. 1st time dalam hidup aku, lebih dari 8 orang wish besday kat aku. untuk pengetahuan....aku ni low profile orangnya. tak glamer... orang pun tak perasan aku ni wujud. huhuhuu








My Best Birthday Ever: Thanks Sayang

Memandangkan semalam aku tak masuk opis, hari ni baru aku berkesempatan nak menulis. Semalam 8 April 2010 adalah hari lahir aku yang ke 28 tahun. walaupun dah masuk 28 tahun, ada lagi orang yang ingat aku baru abis SPM. huhuhu.



Malam 7hb, lebih kurang pukul 10 lebih, aku keluar dengan my love. tak tahu nak g mana, lepak McD sambil minum chocolate shake dan dia strawberry shake. duduk je sambil beborak. dia pun nampak cam letih dan macam ngantuk je. so aku ajak balik. tapi dia tak nak. 1 jam lebih duk kat Mcd je. tetibe dia bukak topik pasal besday aku esok. dia kate, dia terlupa besday aku esok dan langsung tak beli apa-apa hadiah. sebab tu dia ajak aku keluar malam ni nak teman aku dimalam menjelangnya besday aku. aku pun jawab la aku tak kisah pun. besday aku sama je macam hari-hari yang biasa.

dalam pukul 11 lebih tu, dia ajak pusing-pusing dalam keta sementara tunggu kul 12 malam. aku suh dia balik je sebab dia nampak mengantuk dan letih. lagipun, aku tak kisah esok besday aku ke tak...aku tetap menjalani hidup macam biasa. tapi dia berkeras gak nak teman aku malam tu. aku hargai sangat...cuma taknak dia susahkan diri sebab aku.

dah pukul 12 malam tu, dia pun hantar aku balik sambil minta maaf sebab tak beli apa-apa untuk aku dan sebab lupa besday aku. aku pun mengulang ayat aku tadi yang aku betul-betul tak kisah. sebelum aku keluar keta, tiba-tiba dia kate nak tengok barang apa dalam kotak kat seat belakang keta dia yang dia claim awalnya kotak tu ayah dia punya. huhuhu. aku pun takde la amik port sangat barang apa dalam kotak ayah dia tu. mungkin kopi kot sebab sebelum-sebelum tu isi kotak tu kopi.

tiba-tiba aku nampak dia keluarkan sesuatu yang buat aku tiba-tiba jadi malu. terus dia bagi aku sejambak bunga yang diselitkan juga coklat fererro rocher. aku betul-betul surprise sebab aku memang tak sangka. lagipun, aku tak pernah dapat bunga. lebih-lebih lagi orang buat surprise macam ni. rasa terharu sangat. lepas masuk bilik, tiba-tiba je airmata aku keluar. nak pulak bila baca kad yang ada kat bunga tu. aku duk peluk je jambangan bunga tu. nak makan coklat ferero rocher tu rasa sayang plak. pastu terus call dia cakap thanks dan tanya bila dia beli sebab sepanjang siang tu aku sentiasa ada dengan dia. aku hargai sangat usaha dia. thanks pada churalliya yang turut terlibat.



terus terang, aku takde la suka bunga sangat. tapi sesekali ada jugak la berangan dapat bunga dari kekasih hati (sejak sekolah lagi dah berangan macam ni). thanks to u sayang jadikan anganan saya satu kenyataan. bukan pasal bunga ni je, banyak lagi yang dia dah jadikan impian saya kenyataan.




sebelum nak tido, aku asik tengok je bunga tu. rasa sayang sangat. dan pada orang yang hadiahkan bunga tu memang aku sayang sangat-sangat. thanks sayang for everything. i love u so much...



huhuhu. kelihatan beberapa coklat telah tiada...

LinkWithin