Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

mungkinkah

* lokasi: rumah lelaki 16.5.2010 (ahad)

note:- walaupun dah lambat, tetap kena upload atas permintaan ramai. maaflah lambat upload, gambar dapat selepas 2 bulan kahwin. huhuhu.

* * * ni lagu yang aku nyanyi masa 1st time karoke dengan encik capo grande and d gang pertengahan januari 2010 yang lalu di PD. masa ni memang lagu ni ditujukan untuk dia. tapi cakap dalam hati je lah. masa ni tengah sembunyi-sembunyi hati dan curi-curi pandang je tapi akhirnya...tengok je gambar-gambar di bawah. huhuhu * * *

seperti ada yang tak kena di saat melihat ke arahmu
saat kau berpaling dan tersenyum dunia jadi luar biasa
maafkan andainya ku mengganggu ku bukan membaca fikiranmu
ku hanya ingin mengenalimu dan tahu ku menyukai kamu
mungkinkah ku teman biasa seawalnya kita berjumpa
mungkinkah kau tidak terasa perbezaannya
mungkin bila tiba saatnya kita akan tetap bersama
mungkin kita kan jatuh cinta mungkinkah












diam-diam jatuh cinta

 * di rumah perempuan 15.5.2010 (sabtu)

note:- walaupun dah lambat, tetap kena upload atas permintaan ramai. maaflah lambat upload, gambar dapat selepas 2 bulan kahwin. huhuhu.


* * * ni lagu yang aku nyanyi masa 1st time karoke dengan encik capo grande and d gang pertengahan januari 2010 yang lalu di PD. masa ni memang lagu ni ditujukan untuk dia. tapi cakap dalam hati je lah. masa ni tengah sembunyi-sembunyi hati dan curi-curi pandang je tapi akhirnya...tengok je gambar-gambar di bawah. huhuhu * * *

diam-diam.. berpandangan...mata bertentang mata..
malu-malu.. aku malu..kau buat begitu..jeling-jeling.. 
kau menjeling senyumanmu menggoda.. lama-lama.. dalam diam aku jatuh cinta..
beginikah rasanya sakit asmara..
siang malam gelisah..ingin bersama..ku tunggu, ku menanti kata cintamu..
biar senang dihati ku disampingmu
jangan-jangan kau berpura sembunyikan hatimu..bukan-bukan
ku tak tahu debar didadamu..
kita saling sama cinta tetapi malu-malu... diam-diam jadi rindu rinduku padamu
dulu malu tapi mahu kini baruku tahu diam-diam jatuh cinta
bersama akhirnya...











Friday, May 7, 2010

badan akak cantik tu dah...

baru jap tadi aku call mak andam aku untuk wedding aku nanti.


aku: hello, kak. ni diba ni adik kak ita.
mak andam: ha..ye ye.
aku: nak tanya la, bila boleh fitting baju ye. sebab takut baju tak muat la. badan saya dah naik sangat ni. makan je keje saya. (sambil tersipu-sipu malu. kedengaran suara mak andam ketawa. huhu).



mak andam: ha tu la. hari tu ternampak kat karoke. memang nampak badan dah naik. anak akak pun kata
"mak, mak. badan akak cantik tu dah naik la"

aku: hehehe. saya tak benti makan kak. lapa je. esok ye saya datang kedai, ukur baju balik.


waaaaaaaaaaaaa...............apa gunanya cantik tapi gemuk??? nyesalnya tak kontrol makan. orang dekat-dekat nak kawin jaga badan, tapi aku g melantak je hari-hari. gemuk la aku dalam gambar nanti. bukan dalam gambar je, realitinya pon sama. huhhu

skang ni pon tengah tak benti makan. tadi makan bubur marybrown. tak sempat hadam, aku makan corn in cup pulak. ni dah makan jelly cup besar pulak. lepas ni coklat kit kat. mmmm...ape lagi ye aku beli kat pacific tadi. huhuhu

Thursday, May 6, 2010

peta kad jemputan wildcutecat


terdapat tambahan peta pada kad jemputan aku di mana aku terlupa nak letak direction dari tol untuk yang datang dari arah KL / Melaka / Johor atau mana-mana yang perlu masuk tol untuk sampai ke seremban. so, kat sini aku upload kad jemputan bersama peta tambahan tersebut. cara nak baca peta (pada sesiapa yang perlu melalui tol) ialah:


1. tengok direction pada peta tambahan dulu iaitu dari masuk tol senawang. tengok sign board betul-betul ye kat  hiway tu. exit kat TOL SENAWANG tau BUKAN tol seremban atau port dickson. tapi kalau memang terer jalan-jalan kat seremban ni dan nak exit kat tol seremban/ labu atau seremban/port dickson boleh la berbuat demikian.

2. pastu kat bahagian yang aku tulis 'ikut peta pada kad jemputan' terus tengok peta kad kad jemputan lah maksudnye. huhuhu. tu maknanya dah masuk kawasan dekat2 rumah pengantin dan boleh ikut peta pada kad. kat peta tu aku tunjuk dua arah. mana-mana arah ikut pun mesti akan sampai punya.

3. insyaallah, sepanjang perjalanan tu nanti akan ada papan tanda tunjuk arah ke rumah pengantin. tapi tengok  nama pengantinnya betul-betul. jangan ikut arah rumah pengantin lain lak. huhuhu.

4. rasanya aku dah hantar kad pada semua kawan-kawan aku yang reply msg aku mintak alamat. ada yang aku dah bagi by hand. dan disebabkan kad tidak mencukupi, ada yang aku invite kat facebook. ada ke yang tertinggal? huhu


klik pada gambar untuk paparan lebih besar


 peta dari tol senawang:

klik pada gambar untuk paparan lebih besar

LinkWithin