Showing posts with label baby arissa. Show all posts
Showing posts with label baby arissa. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

satu hari di hari raya

tahun ni hari raya pertama buat arissa dan juga hari raya pertama aku sebagai emak. macam mak ayah yang lain jugak, hari raya mesti excited nak beli baju raya untuk anak. tapi baju raya sendiri mesti ada jugak ;-p.




Arissa di pagi raya
tahun ni kami bertiga buat baju daripada kain yang sama dan kompem la warna pun sama. tema tahun ni ialah biru ^_-. tema kami juga ialah jubah. encik capo buat jubah lelaki, arissa pun jubah jugak. sepatutnya aku pun jubah. tapi tsk...tsk...T_T...aku tak dapat buat jubah sebab tak cukup kain katenye. tau tak, aku hantar kain tempah baju raya ni 2 bulan sebelum puasa. tapi seminggu lagi nak raya baru orang tu nak jahit. nasib baik sempat siap, kalau tak, tak boria la kami sefamili.



gambar arissa di pagi raya pertama ni tak banyak. budak ni melasak sangat. kemain susah nak amik gambar. asal nak snap je dia dah bergerak. nampak bayang ajo la gambar. huhuhu.




korang perasan tak....aku dah kurus sket. yeayyyy...sempat turun 7 kg ajo. huhuhu



apa kes?
dah lama tak amik gambar sendiri macam ni. kalau tak dulu, hari-hari amik gambar sendiri adalah wajib untuk aku. huhuhu. disebabkan feeling kurus, terus snap gambar sendiri. lalalalala


ok la. selamat hari raya kepada semua ^_^

Sunday, August 28, 2011

kad raya dari wildcutecat n family

fuhhh...akhirnya siap jugak 2 kad raya untuk tahun ni.



dan




adik beradik n anak-anak buah ^_^

Thursday, August 11, 2011

meriahnya berbuka




tengah melasak nak keluar daripada kerusi ni. oooppss. telupe bawak totseat arissa, kena pakai kerusi baby kedai

semalam aku, encik capo dan arissa berbuka di Restoran Rakyat kat Rahang. bukan kami bertiga aje. ada 21 orang tak termasuk arissa sebab arissa sebab arissa tak pose. hihihi ^_^. family aku je dah 17 orang. selebihnya family encik capo. kan aku dah kate....family aku besar. tu pun tak semua adik beradik ada. kalau tak, 1 restoran tu penuh dengan family aku. huhuhhu.




ni aku punye makanan

kami makan buffet di Restoran Rakyat. Dewasa RM 23 seorang dan kanak-kanak RM 11 seorang. bagi aku, ok la harga tu. aku dan encik capo dah senaraikan restoran-restoran untuk dipilih masa berbuka. ada 3,4 restoran dan selepas membuat beberapa perbandingan, maka kami memilih Restoran Rakyat. lepas tu aku pun hantar invitation melalui sms kat adik beradik aku. dengar orang nak belanja, kemain cepat dorang reply sms. ahak. ahak. ^_^.




arissa dan mak aku. meja belakang tu kakak-kakak aku n anak2 buah perempuan

lepas kira bilangan yang nak join, encik capo pun call tuan empunya restoran dan buat tempahan. lepas balik keje, jemput arissa. bagi arissa makan dan mandikan dia, kiteorang pun siap-siap. 6.30 petang keluar rumah g atm dulu pastu terus pegi Restoran Rakyat. luas gak la keadaan dalam restoran tu. pilihan makanan pun banyak. tak lama lepas tu satu satu kereta yang kami kenali sampai. maknanya tetamu dah sampai la tu. tuan punya kedai dah reservedkan 3 meja untuk kami.




meja belakang tu abang aku, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki. dorang sendiri yang nak duduk sesama jantina.

dah nak dekat2 berbuka tu semua beratur la amik makanan. nasi campur ada. nasi goreng, mihun, laksa goreng, ayam panggang, kambing panggang, buah-buahan, keropok, jeruk, bubur, murtabak dan macam-macam lagi. memang meriah. sambil-sambil makan, sempat aku berbisnes dengan keluarkan kerongsang yang aku baru amik stok hari ahad lepas. ngeh ngeh ngeh. lepas tu suruh kaktih bawak kat opis die jual kat sana. aku jual murah aje kerongsang. tak sampai RM 10 pun. kalau pegi kedai, kerongsang yang sama macam aku punye tu, dorang akan jual RM 10 tapi aku jual RM 7 ajo. yang stok terkini yang baru aku amik hari tu orang lain jual RM 12 - RM 15. tapi den jual RM 8 ajo. murah kan. huhuhuh. sempat pulak promote kat sini.




ini family encik capo

hampir sejam duduk makan kat Restoran Rakyat, aku pun nak balik dah sebab arissa dah mengamuk nak tido dan jugak aku ada tempahan yang perlu aku bungkuskan untuk pos esoknye (hari ni). lepas bayar, semua orang pun balik senang hati sebab dapat makan free dan tak payah susah-susah masak untuk berbuka.


* tsk tsk T_T. kenapa gambar aku n encik capo langsung takde??? huhuhu

Monday, August 8, 2011

kalau lah aku tak bangun...

kalau lah aku tak bangun...mesti tak jadi macam ni. tsk tsk tsk T_T.

malam tadi kan, macam biasa la...uruskan bisnes online sambil melayan arissa yang memang tengah lasak. sesuai la dengan umur dia skang untuk lasak.  encik capo dah tetido keletihan seawal pukul 9 malam. huhuhu. sekejap aku kat pc sekejap datang kat arissa. kat rumah aku malas nak on netbook. on pc desktop. besar sket monitor. puas nak nengok. arissa pulak memang tak suka kalau letak dia dalam walker. kompem melalak kalau letak dalam walker. yang dia suka samada dukung dia 24 jam atau pun biar dia merangkak, memanjat sesuka hati. huhuhu.

semuanya berjalan dengan lancar. masa nak tukarkan pampers, sekali arissa teberak da.... masa nak cebokkan arissa terperasan ada orang nak buat tempahan kat facebook. aku setelkan arissa dulu. ape2 hal, arissa nombor 1. lepas tu baru Arissa's Choice. ^_^. lepas pakaikan arissa pampers, dia pun terbaring atas tilam sebelah ayah dia. aku pun bangun la nak pegi kat meja komputer yang jaraknya hanya 3 langkah dari tilam tempat arissa baring sambil tengok tv.

tup tup bila aku sampai kat pc tak sampai 3 saat, aku berpaling tengok-tengok arissa dah bukan atas tilam. dia dengan pantasnya dah sampai kat kabinet tv. time jugak terus dia....tsk tsk tsk...T_T. arissa jatuh. aku tak sempat nak buat ape. cepat-cepat aku amik dia dan dukung. masa tu memang dah menangis-nangis. aku peluk sambil gosok-gosok belakang arissa. sekali aku tengok bawah hidung dia ada darah. waaaaaaaaaa........aku cemas sangat tengok darah tu.




nampak tak darah yang dah kering bawah hidung arissa tu?

kesiannya anak aku. jatuh sampai berdarah. aku peluk lagi kuat dan pujuk-pujuk sambil baca selawat banyak-banyak kali untuk  membantu kurangkan sakit arissa. arissa menangis dan menangis. aku pun tak sampai hati tengok budak sekecik arissa tu sakit n berdarah plak tu. aku nak lap darah arissa tak bagi. dapat lap darah sket-sket pelahan-lahan. lukanya antara bawah hidung dan bibir atas. arissa menangis dan menangis. aku pun berdoa supaya semua sakit arissa tu dipindahkan kat aku. biar aku yang tanggung. sian dia kecik lagi. sambil berdoa macam tu aku baca selawat. lama-lama arissa pun diam dan tak nangis lagi. aku pun cepat-cepat minta maaf kat arissa sebab bangun tinggalkan dia walaupun hanya 3 langkah. tsk tsk tsk...sedih tau tengok arissa luka dan berdarah. T_T.




baru lepas nangis. bagi layan video clip gummy bear terus suke ^_^

lepas tu bagi arissa susu dan terus layan arissa je. encik capo yang dah terjaga sebab dengar arissa menangis, terus bagi arissa ipad bukak youtube layan  video clip peberet dia gummy bear song dan clip video hokey pokey dari baby tv. suka betul dia kalau dapat tengok video klip lagu-lagu tu.




kocik-kocik dah dapat pegang ipad.
arissa...jangan jatuh lagi okay. mak kepit ko ke hulu hilir nanti. tak pun lebih baik biar dia menangis dalam walker daripada biar dia merayap dan memanjat sesuka hati sampai jatuh lagi.




asalkan arissa happy, aku cukup senang hati.

Tuesday, August 2, 2011

selamat 7 bulan

semalam 2 hb Ogos 2011, Arissa genap 7 bulan ^_^. apa pencapaian arissa skang? Arissa sibuk berlatih berdiri sambil lepas tangan. tejatuh memang banyak kali. jatuh yang tak terhantuk, jatuh terhantuk, macam-macam style ado. pantang aku pandang tempat lain, atau buat keje lain, tau-tau dah melalak ajo. maknenye dah tegolek jatuh la tu. huhuuh. selain daripada tu berjalan memang dah pandai. memang dia dah laju melangkah. tapi kena pegang tangan dia dua-dua la. bejalan sendiri-sendiri tak pandai lagi.

selain daripada tu dah pandai takut. langsung tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang. nak ke dapo kejap ke, nak g bilik air ke. dia tengok aku atau encik capo takde aje, mula la melalak. melalak pastu menjerit skali. hadoi. mana kau blaja ni Arissa oi. bercakap bahasa yang aku paham dia tak tau lagi. pandai cakap bahasa dia je. pastu kalau buat susu pastu tunjuk je botol tu kat dia tapi tak bagi, kompem melalak lagi. melalak dan menangis tak sama ye. aku guna pekataan melalak sebab memang dia melalak kuat-kuat + menjerit teran suara lagi. hmmmm...budak kecik ni memang comel. ^_^

Sunday, July 31, 2011

ape ye tajuk entri ni...

sibuk betul aku sejak 2 menjak ni. dengan keje opis, dengan bisnes, dengan macam-macam lagi. takde masa nak update blog. (perasan tak, asalkan aku lambat update je intro mesti sama. hahahha). tapi memang betul u oll, aku sangat bizi. weekend langsung tak lekat kat rumah. konon-konon nak rehat tapi lepas tu kompem keluar. tapi biasanya atas urusan kedai online Arissa's Choice la. samada beli barang untuk restok barang yang dah abis dan beli barang baru, tak pun buat penghantaran kepada pelanggan sekitar seremban. Alhamdullillah, bisnes nampaknya makin cerah.

tapi yang paling laju ialah tudung dan kerongsang. memang kalau yang masuk blog Arissa's Choice takkan nampak entri untuk kerongsang. tudung pun tak hupdate-hupdate. tapi sebenarnya banyak tudung macam-macam design. aku yang malas nak pakaikan kat patung dan amik gambar. nak suh aku jadi model macam kak jemah, memang takkan ado la. malas nak pakai, bukak, pakai bukak. i tak rajin u oll. so tudung dan kerongsang dijual dari opis ke opis. tapi...bukan opis aku la. kakak-kakak aku yang tolong jualkan kat opis dorang. memang laju je dan ada permintaan lagi. tu yang weekend tak lekat kat rumah tu.

kenapa tak jual kat opis sendiri? hahahaha. kalau korang yang tak tau, aku ni berat mulut. dalam mulut ada emas. tambahan, aku adalah seorang yang pendiam tak tak ramah pengguna. sebab tu aku tak ramai kawan u oll. aku memang tak reti nak beborak dan bersosial. suruh la aku berubah macam mana pun. aku tetap aku. dari azali lagi macam nih. so, sebab tu memang takkan ado den nak berbisnes kat opis. buang tebiat kalau aku tetiba buat pengumuman kat tengah-tengah opis sambil melaungkan 'tudung! tudung!' 'kerongsang! kerongsang!' 'holabebe! holabebe!'. huhuhuu. runtuh bangunan opis ni kalau tetiba aku wat macam tu. kui kui kui.

so korang, rajin-rajin la masuk blog Arissa's Choice ye. sebenarnya banyak sangat stok barang baru yang tak update-update dalam  blog. nak update tapi kadang-kadang dah balik rumah, badan terlampau letih, tak larat nak buat apa. tau nak tido aje sambil mengharapkan arissa tido awal. tapi jarang sekali arissa tido awal. tsk tsk tsk T_T. aku kalau ke hulu hilir aku mesti nak bawak arissa. tak kiro la dia lasak ke atau meragam. kalau arissa takde, tak lengkap la hidup aku untuk hari tu. bosan dan sunyi. walaupun dia meragam dan lasak, tak pernah lagi terlintas dalam fikiran dan hati dia menyusahkan aku. malah aku rasa susah  kalau dia takde *_*. kecuali kalau g tengok wayang atau karoke memang terpaksa tinggal la sebab kompem tak boleh bawak arissa. tapi dah ada arissa ni aktiviti2 tersebut sangat la jarang berlaku ^_-.

macam-macam barang ada kat Arissa's Choice. nanti aku update di sini ye.

Tuesday, July 19, 2011

pengalaman jadi ketua pengawas

masa sekolah-sekolah dulu kan, aku teringin nak jadi pengawas. tapi tak kena pilih pun kat cikgu. mungkin aku pendiam sangat. tak sesuai jadi pengawas. huhuhu. aku dapat jadi pengawas perpustakaan je. jadilah. janji baju bukan kaler putih. ahak.
bila dah keje ni tetiba berpeluang jadi pengawas. bukan pengawas. tapi ketua pengawas. hehehe. jangan saspen ok. aku jadi ketua pengawas untuk exam ptd sabtu lepas. sementara orang lain sedang seronok bercuti di hari sabtu aku menjalankan tugas di sekolah yang berkenaan. exam ptd tersebut dibuat kat beberapa sekolah kat seremban ni. so aku dapat kat sekolah kat ampangan.

exam bermula pukul 9 pagi. tapi pukul 8.10 minit pagi aku dah sampai kat sekolah tu. sebagai seorang ketua, kena la datang awal. cewah cewah. tapi rupa-rupanye ada 2 orang pengawas iaitu penolong aku dah sampai lagi awal. dorang tengah sibuk-sibuk susun meja. sebagai seorang ketua yang diberi tanggungjawab, aku pun tanya la, meja ni tak bersusun lagi ke? sebab sepatutnya pihak sekolah yang kena sediakan dewan peperiksaan. kena susun meja dan kerusi, letak jam kat dewan, mic, papan putih dan sebagainya. penolong aku cakap, memang tak bersusun langsung. dengan bersepah-sepah tak bersapu. takde jam kat dinding.

calon-calon yang nak amik exam ada yang dah sampai dan duduk kat luar dewan. aku yang tekejut terus je pegi carik pak guard sekolah. kalau ikutkan perangai sebenar aku, memang jangan harap aku nak pegi carik pak guard tu. tapi disebabkan aku ialah ketua...maka aku kena la jalankan tugas. aku pun pegi la jalan kat pondok pak guard tu dan tanya dia. kenapa dewan tak kemas? kerusi meja tak cukup. calon amik periksa ada 100. tapi kerusi meja yang ada 70 lebih je. camno tu? pak guard tu pun cakap dia tak tau. pastu terus dia panggil ada sorang kakak tu. tak tau la aku dia cikgu sekolah atau siapa. kakak tu kate dia tak tau langsung ada exam nak pakai dewan. peliknya. setau aku pentadbiran aku mesti dah bagitau. pastu dia kata dia memang tak tau apa. kalau nak meja kerusi kena amik kat kelas, tapi kena amik sendiri la. pastu susun balik. adoi. bole plak cam tu.

so, aku pun suruh la penolong2 aku pegi susun meja kat kelas tak jauh dari dewan tu sebab dewan tak muat. dah nak pukul 9 pagi aku pun suruh calon2 exam masuk. cewah2. aku kena bercakap kat mic. depan ramai orang pulak tu!!!! gile. ikut perangai sebenar aku, memang aku akan lari kalau terpaksa bercakap depan ramai orang. tapi aku kena cuba. sebab tu aku apply jadi ketua pengawas ni. tujuan utama sebab aku nak melatih diri aku sendiri. bercakap dengan orang. cuba menguruskan situasi dan macam2 lagi. itu tujuan utama aku nak jadi ketua pengawas masa exam ptd ni. ini baru langkah permulaan untuk aku majukan diri sendiri dan juga memperbaiki diri.

so, setiap kali exam stat dan abis, aku la yang kena buat pengumuman, bagi arahan itu ini. tapi yang bestnya aku memang berkuasa hari tu. ahak ahak ahak. aku cakap jangan stat jawab dulu, semua orang ikut je. aku cakap cek kertas soalan, semua orang cek. hehehehe. aku cakap boleh stat jawab, semua serentak fokus. aku cakap masa dah abis, sila letak pensel, semua letak. hehe. teringat masa aku amik exam ptd dulu-dulu. macam tu la. tapi takde rezki jadi ptd. jadi p** la skang. keje aku bukan buat pengumuman je. aku kena semak senarai kehadiran. kena cek 5 kali sebab 5 kertas dorang kena jawab dari pukul 9 - 3.30 petang. aku ada 5 orang penolong iaitu yang jadi pengawas la. ada yang ok ada yang kerek. orang tengah jawab exam dorang g beborak kuat-kuat. tak ke mengganggu tu. mula-mula aku biar je. tapi sebab tak reti nak slow, terpaksa la aku tegur. mengganggu orang nak jawab exam. ada yang rajin wat keje, ada yang duduk tercongok tak buat apa-apa. nak dapat elaun free free tak buat keje la tu. huhuhuh.

time rehat aku tak keluar makan. kalau aku keluar makan, sape nak jaga kertas-kertas soalan yang ada kat dewan tu? so, sebagai seorang ketua, aku berkorban bagi penolong2 aku pegi keluar makan. aku stay kat dewan jaga kertas soalan. tapi aku tak keseorangan. encik capo dan arissa datang menjenguk sambil bawa bekal nasi lemak. hehehe. 

so, lepas ni aku tak mau jadi ketua pengawas lagik. penat. walaupun aku duduk je tapi penat sebab kena semak senarai kehadiran berkali-kali setiap sesi exam. nasib baik yang datang 49 je daripada 100. kalau tak berpinar-pinar mata aku nak semak 500 nama. huhuu. 500 sebab 5 kali sesi exam. setiap kali exam, kena amik senarai kehadiran dan kena semak. so lepas exam abis, aku la bertanggungjawab hantar kertas jawapan ke tempat yang diberitahu oleh urusetia. walaumacammana pun ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tapi...cukup la sekali. memang penat...

Monday, July 18, 2011

bergembira sekeluarga di melaka

tajuk entri dah macam budak darjah 3 daa....

kaktih n her husband


ni entri terperap 2 minggu lebih. aku sangat bizi sangat penat dan tak larat nak buat entri. bace blog orang je ada masa. alkisahnye family aku telah buat hari keluarga di melaka anjuran kaktih. tapi tak semua adik beradik ada. yang selected ajo yang pegi. dan kompem la aku memang selected punya.

dari kiri: lida, mak aku, arissa dan mimi. tengah tunggu ikan bakar siap

kami ke melaka pada 2 hb julai iaitu hari sabtu. semua bergerak sendiri-sendiri. kat hotel nanti jumpa. ada 4 keta yang terlibat. sebijik myvi merah, sebijik exora silver, sebijik waja hitam dan secute viva putih. lalalala. semua kereta adalah full okeh. macam aku selalu bagitau, family aku besar. bila berkumpul beramai-ramai memang sangat seronok dan meriah. plan asalnya kami menginap di hotel mahkota di melaka.  tapi tapi satu apartment yang ada 2 bilik ajo. tak muat nak menampung kami yang ramai. nak booking 2 hari sebelum 2 hb tu dah terlambat. dah penuh. begitu juga hotel holiday inn. apa tah semua orang sibuk nak pegi melaka time tu.

kakngah n family
tengah beli tiket nak naik menara taming sari

so, dapat booking 4 bilik di hotel city park. tak jauh dari hotel mahkota. separuh stay kat hotel mahkota separuh lagi hotel city park. sampai di melaka lebih kurang pukul 4 lebih petang. rehat-rehat kejap pastu pukul 6 lebih kami keluar makan ikan bakar diketuai oleh keta kaktih iaitu exora silver. so keta myvi, waja dan viva hanya membontoti keta exora sebab hanya keta tu yang tau mana arah tuju nak pegi. sampai kat tempat makan ikan bakar lebih kurang pukul 7 malam.

dari kiri: arip, shira n pijot
kami yang segerombolan ni pun memenuhkan meja kat kedai makan tu. semua urusan pemilihan makanan diserahkan kepada kaktih sebab dia yang belanja. pewittt. tapi servis kedai makan tu sangat tidak bagus. dah la lama nak tunggu air. pastu lauk dah sampai, nasik tak sampai-sampai. sudu lauk pun tak bagi. melecur-melecur tangan masing-masing amik lauk panas-panas.

part of my big big happy family
lepas semua dah kekenyangan, dan dah keletihan kami pun balik ke bilik hotel masing-masing. oh ya, bilik hotel pun kaktih yang sponsor. kelas kan adik beradik aku. lepas ni dengar-dengar adai pulak nak sponsor percutian family day yang seterusnya. wow...tak sabar. huhuhu. dah balik hotel, terus buat keje sket. kelas kan, pegi melaka pun bawak keje sekali.

me and arip a.k.a mohd azri ariff. budak yang nama dia selalu aku keyin bila testing sistem.

esoknya baru pegi jenjalan. lepas breakfast kat hotel, sambung tido balik. lepas check it out baru pegi jenjalan beramai-ramai kat melaka. kami pegi taming sari apa tah namanye, pastu jenjalan kat bazaar belakang tu pastu jenjalan kat dataran pahlawan. total semua ni amik masa 4 jam lebih. tak sedar langsung dah berjalan dan merayap sampai 4 jam kat melaka tu. shopping ada gak sket-sket.

aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin. huhuhuu

so terima kasih kepada kaktih yang telah sponsor family day kali ni. tengah tunggu tarikh family day seterusnya.

Monday, July 11, 2011

entri terlambat: selamat 6 bulan

ooopppsss. macam mano aku boleh lupa nak buat entri penting ni? bizi sangat skang. macam-macam yang nak buat dan fikir. ingat nak buat tapi tak sempat nak taip. huhuhu.

2 julai lepas arissa genap 6 bulan ^_-. so...bila dah 6 bulan, dah sampai masa untuk arissa makan. kietorang memang tunggu 6 bulan baru bagi makan. ada orang, baby umur 3,4 bulan dah stat bagi makan. tapi tidak pada arissa. tepat 6 bulan baru boleh makan makanan pejal. kalau aiskrim tu lain. memang umur 4 bulan aku dah bagi. tapi sket je la. bagi rasa je. huhuhuh.



arissa dah pandai ape ye skang? arissa dah pandai duduk sendiri, merangkak, berdiri bila pegang sofa, duduk melutut. sejak dah pandai merangkak ni memang nak merayap je keje dia. baru letak kat sebelah, dia dah merayap kat hujung tilam. memang tak tau duduk diam skang. pastu merangkak tak balance, jatuh. menangis. tu le kejenye. memang kiteorang tak tido atas katil. bentang tilam dan toto kat depan tv. letak atas tilam pun arissa jatuh nangis-nangis, bayangkan kalau letak atas katil. huhuhu. bahaya bahaya.



skang ni arissa sibuk practice berdiri sendiri pulak. rajin betul dia belatih. cepat bejalan nanti nih ^_^.

Thursday, June 23, 2011

macam ni baru betul

hari ni aku mc lagi. tambah tolak darab bahagi, 2 hari aku mc. baru je balik dari klinik. bukan pegi klinik semalam. rasanya nak reject klinik semalam. sebabnye??? huhuhu. bila kite sakit, kite pegi klinik, kite mesti la nak doktor cek dan bagitau apa penyakit kite kan. doktor semalam, langsung tak cek aku. aku cakap aku sakit perut, demam, pening dan rasa nak muntah-muntah. tapi dia langsung tak cek. tak cek tekanan darah, tak cek degupan jantung, dan sebagainye.

dia asik becakap je. memang a mula-mula dia bercakap pasal kesihatan dan pemakanan. tu kira nasihat la kan. pastu dia ulang-ulang 4,5 kali soalan tanye aku sakit apa. geram jugak aku semalam sebenarnye. dah la tak cek, asik mengulang-ngulang soalan je. pastu ubat yang sepatutnya bagi dia tak bagi. hampeh tul klinik tu. hari ni aku masih tak sihat lagik. ikutkan boleh je pegi klinik semalam tambah mc satu hari lagi sebab tak sihat lagi. tapi aku tak mau pegi klinik semalam.

hari ni pegi klinik penawar kat ampangan. bila cakap je sakit apa, terus doktor cek mata dan tekanan darah. rerupanye tekanan darah aku rendah. tu pasal aku mengalami simptom-simptom yang aku sebut. so, doktor suruh aku makan banyak siput sea food macam kerang dan yang sewaktu dengannye untuk tambah darah balik. selain daripada tu kena cukup tido (bab ni memang payah sket sebab aku kena ikut jadual tido arissa). doktor pun bagi mc dan ubat yang sesuai. macam ni baru la betul punya doktor. bayar mahal pun tak pe janji dia cek. ni kalau aku tengah pregnant tekanan darah rendah ni maun kena tahan wad nih.

ubat pun aku dah makan. cuma nak tido tu payah la kot sebab arissa tengah segar bugar main nih. huhuu. harap-harap esok boleh ke opis. kalau tak, buruk rekod aku banyak mik mc. huhhuuhu.


arissa.....jom tido sayang...mak ngantuk nih. *_*


* oh ya, sorry ya menghampakan korang yang ingat aku pregnant. huhuhu. aku tak pregnant. arissa baru 5 bulan lebih ^_-. cepat beno nak dapat adiknye. huhuhu

Tuesday, June 14, 2011

dah pandai berkawan-kawan

arissa skang dah 5 bulan 13 hari. suka sangat main pemenan skang. dan lagi satu dah pandai nak berkawan-kawan. gambar-gambar kat bawah ni masa arissa dan tasha (sepupu arissa) main passing-passing bola (bola ke? huhuhu). kemain suka dan girang dorang main. tejerit-jerit sambil tangan memasing nak pegang bola tu.


arissa: ni kite punye.
tasha: kite pun nak main jugak.

arissa: tak boleh. tasha: ooo tak bagi ek. kite amik jugak!

arissa:  main la. kite gurau je.
muka tengah girang main bola.
^_^

Wednesday, June 8, 2011

makan-makan lagi

masih ingat entri wish besday untuk mak aku hari selasa semalam?

arissa dan wan pilah die

petang selasa, lepas balik keje, aku singgah di kedai kek baker's cottage untuk beli kek besday. alang-alang dah ada kfc kat situ, aku pun terus je beli 1 barrel yang ada 21 ketul ayam. kompem la amik semua spicy.

kek eskrim strawberry

jom makan
dah beli kek dan kfc, arissa pun dah ada kat pangkuan aku, maka kami pun menuju ke rumah kakngah. mesti cepat sebab aku beli kek eskrim. orang kedai kek tu kate blh tahan 1 jam tak masuk peti ais. so kami pun bergegas ke rumah kakngah.

acara potong kek diiringi nyayian lagu besday oleh anak2 buah aku
sementara tu, kami berpossing dulu. hari ni selasa...kena pakai baju korporat daa...

sampai-sampai je kaktih n family dah ada. anak-anak bancik pun ada kecuali bancik sebab bebudak tu memang lepak rumah mama@makngah dieorang stat cuti sekolah hari tu. kakngah n anak2 kompem la ada sebab buat makan2 kat rumah kakngah. lida ada, dan paling penting, besday girl pun ada. hihihi.

semua tengah kusyuk makan kfc
budak kecik ni pun nak makan kfc??? mengicak kat maktih die la tu

so, semua dah ada, acara potong kek pun bermula sambil diiringi nyanyian happy besday oleh cucu-cucu mak aku. sebenarnye mak aku tak tau pun nak buat sambutan besday beliau hari ni. macam biasa la, tetiap tahun mmg sambut besday mak aku, tapi memang tak penah bagitau mak aku pun. tau-tau adik bradik bekumpul, ada makanan dan kek. camtu la tetiap tahun. huhuhu.

semua tengah kusyuk makan
dari kiri: arip, mak aku, arissa, adif dan helmi. 3 bujang sepah lat ta li lat. huhuu

ikutkan mak aku, tak kuasa nak potong2 kek dan menyanyi2 bagai nih. tapi dah anak2 dan cucunye nak buat cenggitu, teruskan je la. lepas potong kek, makan2 pun stat. antara menu yang ada ialah kfc, roti john, cikedis dan air gas.

3 generasi. uwan, anak, cucu. huhuhu
oh ya, mak aku berusia 68 tahun skang. masih kuat dan sihat lagi. cuma sakit2 kaki dan lutut tu biasa lah. semoga Allah panjangkan umur emak aku dan berikan kesihatan yang baik kepada mak aku. Amin. teringat kenangan dengan mak aku masa tinggal bersama zaman2 bujang dulu ^_^. so, happy besday mak. ucapan dah bagi masa entri lepas. hehehe. so, masa ni jugak aku bagi hadiah besday untuk mak aku, kakngah, kaktih dan mimi. untuk lida, tunggu dulu ye.

arissa dah stat merengek-rengek nak tido.

lepas dah abis makanan, dan arissa pun dah mula merengek-rengek nak tido, aku sekeluarga pun minta diri dan pulang. arissa pun dah telelap dalam keta. peliknye sampai2 rumah je mata dia segar bugar. tak mau tido sampai la pukul 12 tgh malam. huhuhu.

ni hadiah besday untuk mak, kakngah, kaktih dan mimi. untuk aku pun mesti la ada. ni telekung untuk travel. aku beli online. cantikkan colourful.

Tuesday, June 7, 2011

semuanya untuk arissa


ehem ehem. nampak gambar kat atas tak? tu semua soft educational toy yang aku beli online untuk arissa. baru je sampai pagi tadi dihantar oleh skynet. tergoda tengok soft toys ni, pastu terus je order dan bayar online. tak berlengah lagik. sepatutnya toys ni sampai minggu lepas, tapi oleh kerana masalah teknikal, hari ni baru dapat.

arissa yang dikelilingi soft educational toys. tak tau mana satu nak pegang dulu. hahaha.
pemenan ni bukan pemenan biasa tau. lembut sangat dan sedap dipegang. lagi satu kebaikannya ialah, selain untuk main, ia untuk education juga.

shape alphabet dot dot dot..
arissa boleh tanggalkan dan lekatkan ikut warna. boleh belajar bentuk, warna dan ABC juga.
selain daripada tu, ada pemenan ni untuk ransangan deria pendengaran baby. contohnya pemenan kat bawah ni.

bila tekan burung tu die boleh berbunyik. tekan telinga gajah dan lain-lainpun ada bunyi tapi berbeza-beza la.

ABC train
boleh dicabut-cabut dan disusun ikut ABC
selain daripada tu ada bantal buku cerita. pillow storybook. boleh guna untuk tido, boleh juga baca buku citer.

sekarang bantal...
sekarang buku citer...taraaaa..

buku citer bentuk kain u all. helaian2 tu pun kain. ada 10 mukasurat. memang cantik sangat.

last sekali..ada notebook 3d zebra. yang ni aku tak beli. ni free gift dari tuan punya kedai sebab penghantaran lambat. so, arissa dapat 1 lagi soft toys. yahooo... hehehe

skang muka zebra...

skang jadi buku kecik. taraaaa...huhuhu
so, aku tak beli pemenan bukan-bukan kan untuk arissa. semuanya untuk education. so arissa, mak ayah kau dah habiskan beratus duit beli pemenan ni, sila main sambil belajar okeh. jangan belajar sambil main. huhuhu.

semua pemenan nak dimasuk dalam mulut. huhuhu

LinkWithin