Showing posts with label online stuff. Show all posts
Showing posts with label online stuff. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

tak mengantuk di opis lagi

aku selalu letih-letih dan mengantuk kat opis. kalau malam tu tido lewat, maka akan lebih mengantuk dan kurang bertenaga la aku di opis. nak tido tapi tak boleh tido la sebab kat opis kan. kalau arissa tido awal, awal la aku tido. kalau tak lewat la tunggu sampai arissa tido kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru arissa nak tido.  selain tu pulak aku selalu bizi. kadang-kadang keje opis aku bawak balik rumah. menguruskan kedai online lagik, buat keje-keje lain lagi. memang penat.

aku tertarik nak cuba halagel minyak habbatus sauda yang kawan aku hani jual kat kedai online die. ni kawan baik aku masa keje kat damansara dulu. rindu kenangan pegi lunch sesama masa bujang-bujang dulu ^_^. sama-sama dapat baby selang sebulan ajo. hehehe.

banyak khasiat habbatus sauda ni, sebab tu aku tertarik nak cuba. boleh refer kat blog die ye. so, apa kesan lepas aku makan habbatus sauda ni? mula-mula takde effect. tapi lepas 2 minggu baru terasa perbezaannye. aku tak mengantuk kat opis lagi dan tak sepenat macam dulu.kiranya hari-hari pegi keje tu bertenaga la walaupun malam tu tido lewat. selain tu juga, habbatus sauda ni jugak sesuai untuk penjagaan kesihatan. harap-harap lepas ni jarang la aku demam dan pening kepala ^_-. hani, sila bagi diskaun kalau stok aku dah habis. hik hik hik.


so korang, kalau nak beli habbatus sauda ni, boleh klik sini.

hari ni terlupa nak makan habbatus sauda. agak-agak aku mengantuk tak kat opis hari ni? huhuhu.

Tuesday, June 7, 2011

semuanya untuk arissa


ehem ehem. nampak gambar kat atas tak? tu semua soft educational toy yang aku beli online untuk arissa. baru je sampai pagi tadi dihantar oleh skynet. tergoda tengok soft toys ni, pastu terus je order dan bayar online. tak berlengah lagik. sepatutnya toys ni sampai minggu lepas, tapi oleh kerana masalah teknikal, hari ni baru dapat.

arissa yang dikelilingi soft educational toys. tak tau mana satu nak pegang dulu. hahaha.
pemenan ni bukan pemenan biasa tau. lembut sangat dan sedap dipegang. lagi satu kebaikannya ialah, selain untuk main, ia untuk education juga.

shape alphabet dot dot dot..
arissa boleh tanggalkan dan lekatkan ikut warna. boleh belajar bentuk, warna dan ABC juga.
selain daripada tu, ada pemenan ni untuk ransangan deria pendengaran baby. contohnya pemenan kat bawah ni.

bila tekan burung tu die boleh berbunyik. tekan telinga gajah dan lain-lainpun ada bunyi tapi berbeza-beza la.

ABC train
boleh dicabut-cabut dan disusun ikut ABC
selain daripada tu ada bantal buku cerita. pillow storybook. boleh guna untuk tido, boleh juga baca buku citer.

sekarang bantal...
sekarang buku citer...taraaaa..

buku citer bentuk kain u all. helaian2 tu pun kain. ada 10 mukasurat. memang cantik sangat.

last sekali..ada notebook 3d zebra. yang ni aku tak beli. ni free gift dari tuan punya kedai sebab penghantaran lambat. so, arissa dapat 1 lagi soft toys. yahooo... hehehe

skang muka zebra...

skang jadi buku kecik. taraaaa...huhuhu
so, aku tak beli pemenan bukan-bukan kan untuk arissa. semuanya untuk education. so arissa, mak ayah kau dah habiskan beratus duit beli pemenan ni, sila main sambil belajar okeh. jangan belajar sambil main. huhuhu.

semua pemenan nak dimasuk dalam mulut. huhuhu

Monday, June 6, 2011

happy besday mak

hari ni 7 Jun 2011. hari lahir mak aku yang tersayang.


happy besday mak. semoga panjang umur dan sihat selalu. cayang mak. mmmmuaahhh.

ni hadiah untuk mak aku. baru je sampai pagi tadi. hik hik hik.




Friday, May 6, 2011

minat online shop plak

skang ni aku suka jenguk-jenguk kedai online. macam-macam ada. ada jugak aku beli barang secara online. senang. terbaru aku ada beli sesuatu barang yang misteri la skang. tak boleh cakap lagi barang apa. nanti bila tiba masanya aku akan buat entri barang tersebut. huhuhu. barang ni sampai hari khamis (semalam). sampai rumah tak sabar-sabar nak try. banya gak benda aku terpengaruh nak beli kat kedai-kedai online ni. terutamanya baju la. tapi sayang sejuta kali sayang. baju aku tak berani nak beli online sebab takut tak muat. paham-paham je la berat aku belum turun banyak lagi. so, tak boleh nak beli sebarang baju tanpa cuba kat fitting room. kalo tak rugi la aku tak bole pakai.

Sunday, February 27, 2011

menunggu tilam

tak sabarnya nak tunggu esok. tilam baru arissa sampai. minggu lepas tertengok gambar tilam untuk baby kat facebook. mula-mula wat tak tau je. tapi pastu asik tengok je 2,3 hari. rasa berkenan pulak sebab comel tilam+bantal+bantal peluknya. penyudahnya terus mesej orang yang jual tu untuk order. insyaallah esok sampai. 1st time beli barang online sejak keje gomen. masa keje swasta dulu ada a 2,3 kali beli. tapi beli produk kecantikan a.

dah sampai barangnya nanti, aku letak gambar.

LinkWithin