Friday, April 2, 2010

the hungry wild

pagi ni sampai pukul 1.30 petang, aku langsung tak makan apa-apa. niat hati pukul 10 tu nak g cafe beli makanan. tapi sebab aku bz buat keje, langsung mood nak makan tu hilang walaupun cacing dah bekeriut keriut dalam perut. huhuhu. pukul 1 lebih baru aku turun ke cafe seorang diri sebab perut dah mula sakit dan aku taknak menanggung sakit yang lebih pedih kalau aku biarkan perut aku kosong untuk setengah jam lagi.



sampai kat cafe tak tau nak makan ape, lauk dah tinggal kerat-kerat je. mula-mula ingat nak beli berger, tapi baru teringat roti burger yang kedai tu guna tak sedap. huhuhu. lepas tenung menu satu persatu, aku pun order la chicken chop + fresh orange sebab dia pakej. sementara tunggu chicken chop siap dimasak dan dibungkus, aku pun duduk seorang diri dimeja sambil termenung. lepas 15 minit, siap la chicken chop aku.

rasa lama sangat lif ni nak turun. perut aku dah la tak tahan lapar, lebih-lebih lagi dah terbau chicken chop ni. sampai je kat meja bilik, tanpa berlengah lagi aku pun terus je makan. tapi aduhai.... makan chicken chop guna sudu plastik amat la menyeksakan. dengan aku yang tengah kebulur, dengan potong daging chicken chop tak putus-putus sebab guna sudu plastik...buat aku geram je. dengan gigihnya aku berusaha jugak potong daging ayam tu...huhhuuh...

ni lah hasilnya atas usaha gigih aku yang tengah kebulur ni...


sampai patah sudu garpu aku kejekan. disebabkan aku takde stok sudu besi, last-last aku makan je chicken chop guna tangan. tak pernah dibuat aku makan chicken chop guna tangan. rasa macam seminggu tak jumpa makanan je aku makan. nasib baik la aku sorang je kat bilik dan orang lain pun ramai keluar time rehat hari jumaat ni.

chicken chop tu best terutama kuah black pepper dia. cuma ayamnya...alahai...comelnya...kecik sangat. tak kenyang makan.

3 comments:

  1. yunk, sudu n garpu ada atas meja abang la....nanti pandai2 amik sendiri ye syg...

    ReplyDelete
  2. tu la.. org ajak makan kol 10 x mo.. kan dah kelaparan.. ada jual chicken chop eh kat bawah.. kena try ni

    ReplyDelete
  3. capo: mana saya tau ada sudu kat meja awak. huhuu

    churalliya: bukan xnak makan la pn su. saya tengah busy wat keje masa pn su ajak tu. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin