petang jumaat lepas, aku ada meeting. ingat tak aku ada buat entri mengamuk lepas meeting bulan lepas? kalau tak ingat, takpe...sebab citer dengan yang meeting jumaat lepas sama je. aku tak paham la dengan diorang ni. setiap kali datang meeting, setiap kali tu la orangnya lain-lain. bila orang yang datang meeting tu lain-lain, macam-macam la masalah yang timbul. aku malas nak buat entri maki hamun carut carut bulan pose ni. so aku buat entri senada je la ye.
macam dalam entri lepas aku ada kate, dorang semua ni tak berbincang sesama sendiri dulu ke bila buat keputusan nak buat sistem ni? meeting ni orang ni cakap macam ni. meeting lepas tu orang lain yang datang cakap macam ni pulak. meeting lagi satu orang lain lagi yang datang, dah lain pulak ceritenye. bosan la aku macam ni. ubah-ubah sistem macam aku takde keje lain. aku ada banyak sistem nak handle dan memang tak terkejar dek aku. aku malas nak mengutuk orang tapi aku nak cakap jugak macam bengong je dorang ni. dalam meeting berbalah-balah sesama sendiri. langsung tak tau respek kat orang lain. nasib baik bos aku ada sekali masa meeting tu. so aku tak perlu nak bercakap dengan orang yang tak berakal lagi.
meeting yang patut habis awal langsung abis lewat. aku sepatutnya balik pukul 4.30 petang. dan pukul 5 petang aku ada appointment lain yang lagi penting dari layan dorang dalam meeting tu. pukul 4.50 meeting tak abis lagi. so aku minta izin bos kuar masa tu jugak sebab ada appointment. disebabkan aku keluar lambat, maka aku sampai lambat di tempat appointment. jadi..setat pun lambat. bila setat pun lambat, abis pun lambat la. pukul 7 malam baru abis. terkejar-kejar aku nak balik jemput encik capo dan arissa kat rumah untuk berbuka kat rumah kakngah. nasib baik sempat sampai beberapa minit sebelum berbuka. fuhhh...
hmmm...jumpa orang macam ni, membuatkan aku rasa malas nak keje IT lagi. tujuan aku belajar IT dulu sebab aku nak keje dengan komputer je tanpa perlu jumpa user. tetiba...rerupenye keje IT pun kena jumpa user dan jumpa dan jumpa dan jumpa. huh!
Showing posts with label my whatever. Show all posts

Sunday, August 7, 2011
Tuesday, August 2, 2011
semua orang tak sama
pagi ni aku sakit perut sangat. tapi bukan sakit perut nak ke jamban ye. memang sakit rasa macam ditarik-tarik je isi perut aku ni. walapun sakit dan jalan lambat-lambat macam aiman (iklan yang selalu keluar kat radio beberapa tahun dulu), aku gigihkan juga pegi keje. padahal dah terseksa rasa nak membaringkan diri lalu menyapu minyak cap kapak je nih. rasa dah berpeluh-peluh kat dalam menahan sakit. bukan apo, kang aku amik mc kang jadi isu. skang ni sakit tak terdaya pun aku cuba jugak datang dan menyeksa diri sendiri. macam aku cakap tadi, jadi isu la sangat kat sini. sebab aku dah kena u all. susah jugak kalau ada orang yang tak reti nak faham yang badan semua orang tak sama.
kat A mungkin walaupun dia demam/pening/sakit perut dan sebagainya, dia larat lagi nak bangun wat keje dan sebagainya. kat B mungkin tak boleh bangun langsung. kata kunci memang sama. demam. atau sakit perut. atau pening kepala. atau sakit-sakit lain yang mungkin kat sesetengah orang nampak macam sakit yang sempoi. tapi kat orang yang badan dia akan kena impact yang teruk kalau kena sakit-sakit sempoi tu macam mana? cuba la letak diri tu kat tempat orang yang macam B nih. tak pun, cuba la faham jugak. susah kalau asik rasa diri sendiri je yang betul. la la la la la. samalah macam berfikir. kalau tunjukkan 1 gambar yang takde dialog dan suruh rekakan dialog. mesti dapat macam-macan dialog bila ditanya kat 2,3 orang. sebab cara berfikir setiap orang tak sama. sama jugak macam cap jari. semua orang punya cap jari tak sama. bahasa dalam dunia ni pun tak sama jugak. jenis darah, gen, citarasa semua tak sama. ini kan pulak la kalau sakit. lalalalalala lagik.
okeh la. nak menyambung sakit perut...
maaaaaak....sakit perut.....T_T
arissaaaaaaaaaa....mak sakit perut T_T

Labels:
my life,
my voice,
my whatever
Sunday, July 31, 2011
ape ye tajuk entri ni...
sibuk betul aku sejak 2 menjak ni. dengan keje opis, dengan bisnes, dengan macam-macam lagi. takde masa nak update blog. (perasan tak, asalkan aku lambat update je intro mesti sama. hahahha). tapi memang betul u oll, aku sangat bizi. weekend langsung tak lekat kat rumah. konon-konon nak rehat tapi lepas tu kompem keluar. tapi biasanya atas urusan kedai online Arissa's Choice la. samada beli barang untuk restok barang yang dah abis dan beli barang baru, tak pun buat penghantaran kepada pelanggan sekitar seremban. Alhamdullillah, bisnes nampaknya makin cerah.
tapi yang paling laju ialah tudung dan kerongsang. memang kalau yang masuk blog Arissa's Choice takkan nampak entri untuk kerongsang. tudung pun tak hupdate-hupdate. tapi sebenarnya banyak tudung macam-macam design. aku yang malas nak pakaikan kat patung dan amik gambar. nak suh aku jadi model macam kak jemah, memang takkan ado la. malas nak pakai, bukak, pakai bukak. i tak rajin u oll. so tudung dan kerongsang dijual dari opis ke opis. tapi...bukan opis aku la. kakak-kakak aku yang tolong jualkan kat opis dorang. memang laju je dan ada permintaan lagi. tu yang weekend tak lekat kat rumah tu.
kenapa tak jual kat opis sendiri? hahahaha. kalau korang yang tak tau, aku ni berat mulut. dalam mulut ada emas. tambahan, aku adalah seorang yang pendiam tak tak ramah pengguna. sebab tu aku tak ramai kawan u oll. aku memang tak reti nak beborak dan bersosial. suruh la aku berubah macam mana pun. aku tetap aku. dari azali lagi macam nih. so, sebab tu memang takkan ado den nak berbisnes kat opis. buang tebiat kalau aku tetiba buat pengumuman kat tengah-tengah opis sambil melaungkan 'tudung! tudung!' 'kerongsang! kerongsang!' 'holabebe! holabebe!'. huhuhuu. runtuh bangunan opis ni kalau tetiba aku wat macam tu. kui kui kui.
so korang, rajin-rajin la masuk blog Arissa's Choice ye. sebenarnya banyak sangat stok barang baru yang tak update-update dalam blog. nak update tapi kadang-kadang dah balik rumah, badan terlampau letih, tak larat nak buat apa. tau nak tido aje sambil mengharapkan arissa tido awal. tapi jarang sekali arissa tido awal. tsk tsk tsk T_T. aku kalau ke hulu hilir aku mesti nak bawak arissa. tak kiro la dia lasak ke atau meragam. kalau arissa takde, tak lengkap la hidup aku untuk hari tu. bosan dan sunyi. walaupun dia meragam dan lasak, tak pernah lagi terlintas dalam fikiran dan hati dia menyusahkan aku. malah aku rasa susah kalau dia takde *_*. kecuali kalau g tengok wayang atau karoke memang terpaksa tinggal la sebab kompem tak boleh bawak arissa. tapi dah ada arissa ni aktiviti2 tersebut sangat la jarang berlaku ^_-.
macam-macam barang ada kat Arissa's Choice. nanti aku update di sini ye.

baby arissa,
my kedai online,
my life,
my whatever
Thursday, July 21, 2011
jadi tahanan sementara di london
petang semalam, lepas balik keje, aku pegi london. semuanya bermula dengan contest yang kawan aku hani ajak join. disebabkan senang, aku pon join contest tu semalam (khamis). dalam pukul 6 lebih semalam, tetiba ada cina call. katanya aku dapat free treatment. tapi kena pegi london. london weight management kat jusco seremban 2. hihihi. aku pun sangat la teruja. dalam keadaan badan aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin, memang aku nak sangat cuba treatment kat tempat macam tu. so appointmentnya ialah hari ini pukul 7 malam.
tanpa pegi jemput arissa, aku dan encik capo menuju ke jusco lepas balik rumah tukar baju. pukul 7 aku terus la masuk london weight management tu. lepas bagi ic dan isi form aku disuruh duduk kejap. lepas tu aku dipanggil untuk timbang berat badan dan ukur tinggi. kemudian aku disuruh masuk dalam bilik lalu ditanya soalan pasal kesihatan dan penyakit. lepas tu cina tu tanya aku ada kad kredit atau atm kad tak? aku jawab la ada. memang aku dah jangka soalan tu. tapi tak sangka secepat itu ditanya. aku dah bersedia dari segi mental sebelum datang ke london ni. nanti aku explain. biar aku citer pengalaman dulu.
lepas tu pempuan cina tu keluar. tak lama lepas tu pempuan cina lain pula masuk. dia ialah consultant yang akan explain kat aku pasal perkhidmatan dorang dan macam-macam lagi la. korang bayangkan....hapir 1 jam 30 minit untuk aku dengar ceramah dia ajo. aku dah stat bosan. bila nak stat treatment ni. asik becakap je. tetiba sampai part untuk dia bagitau harga pakej untuk 20 sesi. harga asal ialah RM 19,000. ada la dia explain sesi-sesi tu. lepas tu dia kata disebabkan aku pertama kali register, aku hanya perlu bayar RM 7800 sahaja. mak oi.... boleh beli 3 bijik ipad tu. tapi aku takde la tekejut pun dengar hage tu. sebabnya aku memang takde niat nak amik pakej kat situ pun. aku datang untuk free tratment tu je.
pastu dia kate bayar pakai kad kredit 0 installment selama 24 bulan. sebulan kena bayar RM 325. pastu aku kata mahal. aku tipu a cakap husband aku mesti tak bagi punya sebab dia yang bayar. lepas tu dia cadangkan amik 10 sesi je dulu. so hage dah jadi RM 3 ribu lebih. aku kate mahal lagi. pempuan cina tu suh aku call encik capo datang situ nanti dia explain. aku pun tipu la kate husband aku dah balik. dia hantar aku je kat jusco ni. padahal encik capo ado jo kat dalam jusco tu. huhuhu. pastu dia kurang dan kurangkan hage. sehabis boleh dia nak aku amik jugak pakej tu. dia keluar masuk bilik tu tapi tak bagi aku keluar. dia pujuk dan pujuk aku sampai hage jadi RM 1 ribu lebih untuk 10 sesi. aku kata taknak jugak. dekat 10 kali aku kate tak nak, dia tetap pujuk aku, suh aku call encik capo pujuk dalam telepon. tak kuasa aku. sebab aku memang takde niat nak amik pakej pun.
lepas tu pempuan cina tu keluar kejap dari bilik untuk tanya bos dia bole tak bagi diskaun lagi rendah untuk aku? masa dia tutup pintu, aku terus keluar jugak. dia macam tekejut aku keluar. pastu aku kata aku taknak. ada 5 orang la kengkawan dia kat kaunter tu. semua pujuk aku. 5 lawan 1. aku tetap kata taknak. korang bayangkan, aku dah dekat pintu keluar tapi aku tak lepas keluar sebab dorang still pujuk aku. lepas dah 245 kali cakap taknak, baru dorang tak pujuk lagi dan suruh aku masuk dalam untuk treatment free tu. aku dah takde mood nak buat treatment, so aku kata tak nak. ingatkan dah bole lepas, rerupanya tak. dipujuk-pujuk lagi. sampai aku terpaksa berkeras kata taknak aku nak balik. lepas tu baru aku bole keluar dari kedai tu. masa tu terdengar la dorang mengumpat dalam bahasa dorang. yang pempuan cina consultant aku tu pun kemain lagi dia mengumpat tak puas hati. masa dalam bilik tu kemain manis mulut dan lidah. huhuuhuu. tak kisah la, janji aku bole keluar dari kedai tu. taubat aku taknak datang situ. macam tahanan betul.
so, sebelum aku datang london tu, aku dah siapkan diri aku dengan perkara-perkara dibawah ni:
1. jangan bawak kad kredit.
2. jangan bawak kat atm.
3. jangan bawak duit banyak2.
sebabnya beberapa tahun lepas aku pernah terbaca dalam forum pengalaman orang yang pegi london ni. dorang kate memang dah masuk susah sangat nak keluar. sehabis bole dorang akan pujuk untuk amik pakej yang dorang tawarkan. ada tu yang bawak kad kredit, tak pasal-pasal kena swipe sebab cina tu dah amik sendiri dalam beg dia ( ni aku baca orang tu citer la ye. macam mana cine tu amik, aku tak tau). kalau yang tak bawak duit tapi bawak atm kad, cina tu siap temankan sampai ke atm mesin untuk keluar duit. macam-macam lagi la yang aku baca. dah tak ingat sebab 3 tahun yang lepas aku baca. aku cuma ingat, jangan bawak kad kredit, jangan bawak kad atm dan duit banyak2.
tapi kalau korang memang betul2 nak join, takpe la bayar. ni kalau yang taknak tapi terpaksa sebab dipaksa dengan pujuk rayu. macam aku, aku cuma nak g free treatment ajo. bukan nak amik pakej. kalau 200 - 300 nak le aku. so, kesimpulannya, memang betul la macam yang aku baca kat forum. aku dah mengalaminye. nasib baik dah siap sedia dari awal. tapi penyudahnya, treatment tak buat, tengok wayang citer harry porter.

Wednesday, July 20, 2011
kemarahan yang terpendam
sekarang ni, sejak kejadian hampir sebulan lalu, emosi aku selalu tidak stabil. ingatkan boleh buat tak tau je atau buat bodo tapi peristiwa tu asik berulang-ulang dalam otak aku macam movie yang ditayangkan berulang-ulang kali. setiap kali teringat memang akan mengganggu fikiran aku walaupun diluar, mungkin nampak macam aku takde apa-apa. tapi dalam hati ni...Tuhan ajo yang tau.
bila teringat, mesti automatik aku akan rasa geram, marah dan tak puas hati sehingga saat ini. kadang-kadang bila sensorang dan aku teringat, secara tak sedar mulut aku akan terkumat kamit sendiri macam bercakap sensorang. sebabnya apa yang aku fikir dan cakap dalam hati secara tak sedar aku terungkapkan walaupun sekadar terkumat kamit. sebab aku betul-betul marah dan tak puas hati. arrrrggghhh betul-betul mengganggu fikiran. sila blah dari fikiran ini. aku benci sangat bila teringat apatah lagi teringat orang yang buat aku rasa macam nih.
disebabkan emosi aku yang tidak stabil bila teringat, maka dark side aku akan mula ambil alih diri ini. macam-macam benda aku fikir. tu yang sampai tak sedar mulut terkumat kamit meluahkan rasa marah yang terpendam. owh...aku patut amik cuti beberapa hari dan pegi melancong. tinggalkan benda-benda yang aku benci di opis skang. yup...apa yang buat emosi aku tidak stabil semuanya ada di opis termasuk la orangnya.
hati...sila tenangkan fikiran ini ok.
*_*

my opis,
my voice,
my whatever
entri panas hati tapi cool
hari ni aku panas hati lagi. kepada pakcik yang bawak keta perdana hitam no plat xxx xxxx, saya ada ucapan untuk pakcik. pakcik memang kurang ajar. dah kalau pakcik pun kurang ajar, entah macam mana anak-anak pakcik. mesti berganda-ganda kurang ajarnye. pakcik dah tua, insaf-insaf la. kesian pakcik. muda-muda dulu tak dapat nak kurang ajar, so tua-tua baru nak belajar biadab dan kurang ajar. tak sesuai dah pakcik oi. buruk na rupo eh. kalau saya kurang ajar balik, tu sebab pakcik kurang ajar dengan saya dulu. what u give, u get back la pakcik. bodo punya pakcik. haaaakkkkk tuihhh kat muka die. lalalalaalala.
Labels:
my voice,
my whatever
Monday, July 18, 2011
aku yang panas hati
petang ni aku betul-betul sakit hati. geram memang geram sangat. semua ni buat aku rasa nak menyesal keje jawatan skang. tapi belum menyesal lagi. rasa jek.
aku ada meeting petang tadi dengan user. present sistem yang aku dah bangunkan. ni meeting kali kedua yang aku hadir sejak aku amik alih sistem ni. meeting yang lepas, ada la user mintak beberapa perkara. benda yang dorang mintak tu jadi isu masa tu dan penting untuk dimasukkan dalam sistem. so aku pun buat la apa yang dorang nak. dah keje macam aku nih, kutip keperluan user dan jadikan dalam bentuk sistem. buat programming ni memang seronok tapi kalau dapat user macam @%$!*, dah jadi beban plak rasanya.
masa aku present sistem tadi yang buat aku bengang ialah...dorang ni tak pernah berbincang sesama sendiri ke sebelum mintak unit aku buat sistem ni? masa present tu la sorang cakap a, sorang cakap b, sorang cakap c, sorang cakap d. kau nak betelagah sesama sendiri depan aku buat ape? lepas tu tanya aku pulak pasal keje dorang. buat macam ni ke buat macam tu ke? wei???? aku ni bangunkan sistem je. apa keje kau buat mana aku tau.
paling aku sakit hati ialah...bila aku tunjuk kat dorang report yang dorang mintak aku buat masa meeting lepas. report tu aku buat sebijik macam dorang nak masa dalam meeting dulu. setiap field, setiap susunan, setiap tajuk. tapi kan!!!!!!!!!!!!!!!HAMPEH sangat! dia bole tak ingat dia ada suruh aku buat. siap kata aku tersilap buat. woi bongok. aku salin apa kau cakap. apa kau mintak. tu la yang aku tunjuk tu yang kau nak. nasib baik ada sorang yang datang meeting tu cakap memang ada disuruh buat masa meeting sebelum ni. aku dah banyak kali cakap, ni kan yang dimintak masa meeting lepas!!! lepas tu ada lagi yang dia mintak, lepas tu macam pelik bila aku dah buat. masa tu la kata tak sesuai la form n report tu. tak jadi lah. tukar report lain la. kepala hotak agaknye. ingat aku buat sistem ni tak guna masa n otak agaknye.ingat aku ada 1 je ke sistem nak handle? 8 sistem tau tak yang aku kena handle serentak!!!
lepas tu sorang sorang cakap nak macam ni nak macam tu. masa meeting tak nak datang. bila dah present baru nak tunjuk muka. masa tu la kau nak itu nak ini. masa meeting hari tu orang tu cakap a. meeting hari ni cakap b pulak. ni yang maleh keje dengan orang buta it ni. dah aku pulak macam dipersalahkan. aku buat sistem macam yang kau nak. kau nak a, aku buat a. kau nak b aku buat b. salah aku ke kalau korang yang tak berbincang sesama sendiri? masa tu la nak betelagah itu salah patut macam ni. yang tu kata patut macam tu bukan macam ni. so...jangan nak kata aku kurang ajar bila aku dah panas hati dalam meeting tadi. memang nada tengah marah tadi. lantak kau la. memang aku menjawab dengan hati yang panas.
buta it satu hal. boleh plak suruh aku yang keyin data dalam sistem. kepala hotak lagik tu. aku buat sistem ajo. yang nak pakai kau. kau la keyin sendiri. ni semua golongan orang dah separuh abad pemalas nak buat keje. tau nak melepak kat kedai mamak je. apa lah malang aku dibagi sistem ni dan jumpa user2 yang macam mangkuk ni??? ni yang buat aku nak g amik exam ptd nih. nak tukar profession. maleh nak layan user macam hampeh.

Sunday, July 10, 2011
mula berkata 'TIDAK'
entri ni bukan pasal TIDAK pada rokok ye. ni pasal diri aku sendiri. eh...bukan aku merokok tau.
bulan 8 ni opis aku jadi tuan rumah untuk satu event. so, kena la nak berpakaian seragam. bukan la baju seragam macam baju polis / tentera/ hospital. cuma kalau perempuan buat baju kurung dari kain yang sama. begitu juga lelaki. aku suka idea tu. memang nampak lawa je kalau 1 unit seragam baju. senang orang lain nak tau tu tuan rumah.
masalahnye bile 1 opis nak lawa...yang kena keluar duit...diri sendiri. nak ke tak nak ke...kena jugak berpakaian sama. kena jugak bayar duit kain. masalahnye bagi aku...kalau benda yang kite dipaksa untuk pakai dan bayar tetapi kena keluarkan duit sendiri, harganye kena la berpatutan. kalau bawah RM50, aku rela lagi. ni RM80-RM90. bagi aku tu mahal untuk sesuatu yang aku dipaksa untuk bayar. duit kelab kan ado. kenapa tak separuh bayar duit kelab, separuh lagi diri sendiri bayar? apa guna aku bayar duit kelab kalau kegunaannye hanya untuk jamuan. nak buat jamuan pun kadang-kadang kena bayar RM5 lagik. *_*
kalau disebabkan bayar separuh untuk harga kain tu guna duit kelab menyebabkan orang yang tak bayar duit kelab pun mendapat faedah, macam mana dengan jamuan? orang yang tak bayar pun makan jugak. so apa faedah atau kebaikan aku dan orang-orang lain yang bayar duit kelab??? setau aku, kat sini, orang-orang yang tak bayar duit kelab ni dapat sama macam yang orang bayar duit kelab. macam tak adil pun ado. tak telus. tahun depan aku malas nak bayar duit kelab bole? sebab kompem aku pun boleh makan jamuan dan dapat faedah sama macam orang yang bayar duit kelab.
so masa survey pendapat staff, aku salah seorang yang tanda pada column 'TIDAK SETUJU'. 3 orang ajo yang tak setuju daripda 37 orang. yang lain semua setuju. masa tu dah agak dah, dan aku pun dah cakap kat orang yang buat survey tu:
'ni ramai yang setuju ni, kalau saya tanda tak setuju pun tetap kena bayar jugak kan?'
masa ditanya kenapa tak setuju, aku jawab je mahal. mesti ada yang mengutuk kat belakang. gaji RM XXXX pun tak mampu? beli henset Xperia Arc mampu pulak (wahahaha. nak jugak mention henset baru). beli mainan arissa RM XXX mampu pulak. memang la...semua tu sebab aku suka. sebab aku nak. so aku sanggup keluarkan duit untuk benda-benda macam tu. ni untuk bayar sesuatu yang aku taknak tapi terpaksa, aku jawab je mahal. aku tak salahkan mekchu and the gang yang bersusah payah pegi kedai pilih kain tau. cuma aku tak puas hati kenapa tak guna duit kelab separuh untuk bayar duit kain tersebut. sekali lagi nak highlight...untuk apa bayar duit kelab???
mmmmm...saje je luahkan perasaan. kalau simpan dalam hati je lama-lama menanah pulak. so better luahkan walau hanya dengan buat entri.
lalalalalala. #TDDMKA (nak jugak. huhuhuhu)

Sunday, July 3, 2011
patut ke tak patut?
lama tak update entri untuk entri personal. ada je citer nak dikongsikan tapi sibuk sejak akhir-akhir ni. kih kih kih. sibuk main game kat hp. beli lagi hp os android. banyak sangat game best2 sampai setiap hari balik keje memang main game je kejenye. hp pun kena cas hari-hari. huhuhu.
ada story mory sket nak kongsi kat entri ni. beberapa hari lepas kawan aku call. sejak masing-masing dah berkeluarga ni memang dah jarang jumpa. selalu sms dan kadang2 call. so hari tu member aku ni call nak luahkan perasaan marah dan geram dia. aku yang pendengar setia ni pun dengar la. member aku ni baru elok sakit. so disebabkan dia sakit terpaksa la dia amik mc. sebab memang tak larat nak ke opis. 2 hari dia mc. bila dah baik, dia pun pegi la keje. datang-datang keje terus kena panggil kat bos dia.
bos dia tak puas hati dia mc 2 hari. dia kata kawan aku ni menipu je sakit. bodoh betul kan bos kawan aku tu. dah tentu la ada surat mc dari klinik dia pegi tu. lepas tu bos dia kata kalau orang pregnant dia paham la selalu amik mc ni. ni kawan aku tak pregnant. so kesimpulannya skang kalau tak pregnant tak boleh mc la ek. maknanye sape tak pregnant amik mc, maknanye die menipu sakit. so kesian la sape yang dah monopos dan yang belum kawin lagi. yang dah kawin tapi tak pregnant2 pun kesian jugak. sebabnya kalau sakit amik mc, maknanya dorang menipu. kalau yang lelaki pulak macam mano? hapa la punya bos. macam ni punya orang pun ada ka?
pastu bos dia siap bandingkan diri dia dengan kawan aku tu. bos dia kata kalau dia sakit, dia datang gak keje, takde pun amik mc. aik... dah engkau sakit nak datang keje jugak tu kau punya pasal lah. orang lain sakit nak rehat kat rumah, so lantak la. lagi pun memang ada kemudahan untuk cuti sakit. guna la. agaknya kalau dia nak teberak kat tengah jalan, orang lain pun kena terberak tengah jalan. sebabnya, dia buat macam tu. orang lain kena la ikut cara dia. bodoh betul (kata kawan aku tu). pastu bos dia asik membangga diri dengan diri sendiri je. konon la dia pekerja terbaik jarang amik mc. sakit-sakit pun datang keje. dia la suami terbaik kat dunia ni. dia a bapak terbaik kat dunia nih. pandai mengurus masa, keluarga dan lain-lain. pukul 7 pagi dah tepacak kat opis walaupun belum time opis. anak baru sorang boleh la berlagak macam tu.
kawan aku pun kate la, bos dia tu memang pilih kasih punya orang. awal-awal dia masuk keje dulu dah nampak. jenis kaki bodek pun ada jugak. kawan aku kate dia hari-hari balik keje lewat kadang-kadang pukul 9 malam kadang-kadang pukul 10 malam. tapi bos dia tak pernah nak puji. tapi kalau staff kesayangan dia yang pandai bodek dia balik keje lewat pukul 7 malam, bukan main bangga dia. satu opis dicanang-canangnye. kawan aku memang tengah marah betul masa dia call aku tu. so aku buat entri pun ikut cara dia citer kat aku la jugak. huuhuhu.
pastu bos dia bising-bising lak sebab ada beberapa hari dia datang lambat. padahal bukan tiap2 bulan dia lewat dan bukan hari-hari. ada la sebabnya dia lambat. tu pun dah jadi isu besar. padahal kalau staff-staff kesayangan dia datang lambat takde pulak dia nak bising-bising. kawan aku cakap lagi, dulu-dulu bila dia awal datang keje, 6.30 pagi dah terpacak kat opis, tak pernah pulak dapat pujian dari bos dia. datang lewat 2,3 hari dah bising. kawan aku nih bukan jenis kaki bodek. tu pasal dia asik kena jek.
aku nasihatkan dia cuba la bodek-bodek sket bos kau tu. marah betul dia bila aku cakap macam tu. last-last aku cakap, sabar je la. doakan la bos dia naik pangkat. takpun doa kan diri sendiri naik pangkat. kalau dia naik pangkat, bole la dia blah dari situ. kalau bos dia yang naik pangkat, bos dia yang blah dari situ. ok ke nasihat aku nih? aku bukan reti bagi nasihat-nasihat nih. lagipun teruk gak bos dia kan. kalau aku dapat bos macam tu ntah macam mana la agaknye. *_*.
tapi tak kot....bos aku kan baik-baik semuanya. #TDDMKA.

friends,
my entri tersirat,
my whatever
Tuesday, May 10, 2011
apa kes menyalak-nyalak
* english day aku dan encik capo takde kate entri kat blog pun mesti english kan. so, aku taip dalam bm la ek. sonang nak cerito dan sonang korang nak paham. huhuhu.
apa korang rasa kalau dengar anjing menyalak. maksud aku menyalak-nyalak. asik menyalak-nyalak. tak kira la siang ke malam. kalau aku, terasa mengganggu gak kalau menyalak tak henti-henti. kalau malam-malam terdengar anjing menyalak, mula la nak terbayangkan yang seram-seram. huhuhu.
tapi kalau siang-siang, rasa nak baling dengan batu pun ada. tapi tak pernah la buat lagi. tak baik mencederakan binatang kalau binatang tu tak mengganas dengan kite kan. tapi kalau dah memekak je keje, lama-lama hilang sabar gak kan. kalau kucing mengiau-ngiau je boleh la dukung atau belai-belai kepala dia. tapi kalau anjing? dah tentu la najis. takkan nak pegang plak. rasa nak hempuk je kot kalau boleh. kui kui kui.
agaknye kalau tinggal kat kawasan takde anjing dan tak dengar anjing menyalak-nyalak, mesti tenteram kan. kalau menyalak untuk bagi amaran apa-apa takpe g. ni memang dasar nak memekak je. huhuhu.
tetiba lak nak buat entri pasal anjing memekak *_*

Monday, May 2, 2011
mungkin itu puncanya
hari ni (3 Mei 2011) aku mc. sebabnya aku demam. pelik tetiba demam. mungkinkah semalam hujan lebat lalu aku demam? tapi aku takde berhujan pun. sehari suntuk tak keluar rumah. ataupun adakah punca aku demam ada kaitan dengan mimpi malam tadi. suspen je kan.
ni semua encik kelawar la punya pasal. tak penah-penah aku mimpi kelawar tetiba malam tadi muncul dalam mimpi aku. tapi encik kelawar lain yang dalam mimpi aku ni sebab warna krim. encik kelawar yang masuk rumah aku hari tu warna coklat kehitaman. dalam mimpi tersebut encik kelawar kaler krim ni asik mengekori aku jek. dah la aku geli dengan kelawar. dia asik terbang mengekori aku. mana aku pegi dia ada. dalam mimpi tersebut aku lari ke rumah mak aku. tapi entah rumah mana tah, tak penah aku pergi rumah yang dalam mimpi aku ni. masa tu encik kelawar kaler krim tu marah-marah kat aku.
katanye aku dah buang barang dia. gulp! barang apa yang dia cakap, aku pun tak tahu. lepas tu dalam keadaan marah encik kelawar krim terus terbang kat kepala aku. terjerit-jerit aku lari kat mak aku. geli tau bila dia kena kat kepala aku. walaupun dalam mimpi, aku masih terasa kegelian dan takut sangat. (masa tu mana tau tengah mimpi. rasa macam real je.) masa encik kelawar krim tu patah balik, aku terus lari masuk keta dan drive lelaju. tapi encik kelawar krim dapat kejar dan hinggap kat side mirror sebelah driver. dalam keta tu aku sensorang je.
takut sangat tengah drive nak tengok side mirror, encik kelawar tengah tenung aku tajam. dah macam muka burung hantu plak encik kelawar masa tu. aku terus je drive lelaju walaupun terpaksa tengok encik kelawar yang bertenggek kat side mirror tu. dia asik marah aku buang barang dia je. pastu tetiba aku terjaga. suspen masa terjaga tu. terasa lagi ketakutan melihat muka encik kelawar yang macam burung hantu tengah tenung aku dengan marahnye. bila terjaga terus tengok jam. pukul 2.30 pagi. terus aku takleh tido. terbayang-bayang mimpi aku. tapi dalam pukul 4 pagi tu aku dah tetido balik dah.
apa ye motif mimpi aku tu? ada kaitan dengan dunia realiti aku ke? skang ni aku tengah pikir ada ke aku terbuang benda-benda yang bukan aku punya? memang la semalam aku ada mengemas rumah. tapi rasanya aku buang benda-benda yang dah jadi sampah je. tu pun barang-barang yang aku dan encik capo beli. takde pulak aku mengutip benda-benda pelik dan bawak balik. owh..apakah makna mimpi tu? takutnye bila terbayang muka encik kelawar krim yang marah sangat dengan aku dalam mimpi tu. harap-harap semua ni mainan tido je.
pagi ni bangun-bangun tido terus demam. mungkinkah mimpi aku malam tadi punca aku demam?mmmm...mungkin kebetulan je....memang dah nak demam kot...huhuhu *_*

Sunday, April 24, 2011
... dalam bubbles
ehem ehem. perasan tak aku dah tukar header baru dan background baru? 2 hari 2 malam aku mendesign. belajar buat bubbles guna photoshop. google google tutorial. cuba, tak berjaya. google tutorial lain pulak. cuba dan cuba dan cuba lagi akhirnya aku berjaya siapkan pukul 3 pagi hari sabtu lepas. dah berjaya buat bubbles, nak mendesign plak. try letak tu, letak ni. tak puas hati, buat balik. try plak letak macam tu macam ni, pun tak puas hati. last-last letak bubbles je banyak2.
aku ni tak reti nak mendesign. takde bakat. tapi bila ada idea, sehabis daya aku akan cuba buat macam yang aku nak. idea nak buat bubbles ni timbul masa aku dalam pantang lagi. tapi baru terlaksana hari sabtu lepas. apa pun enjoy la ye header dan background blog aku yang berwajah baru nih.

Sunday, April 17, 2011
surat untuk encik kelawar
kepada encik kelawar,
terima kasih kerana datang menjengah kami sekeluarga pagi-pagi buta tadi. namun, kami tak pasti apakah tujuan encik kelawar datang. kami rasa kami tiada buat apa-apa majlis yang menjemput encik kelawar ke rumah kami. bukanlah kami mahu mempersoalkan kedatangan encik kelawar, cuma kami mahukan kepastian. bukanlah kami tidak suka, tetapi rasanya tidak sesuai encik kelawar datang ke rumah kami. encik kelawar datang pun tanpa memberi salam. itu dah dikira menceroboh. mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.
disebabkan encik kelawar, kami berada dalam ketakutan? kami tidak cukup tido, resah gelisah dan menyebabkan rutin harian kami terganggu. disebabkan encik kelawar, saya terjaga pukul 4 pagi kerana terdengar bunyi-bunyian yang pelik tidak jauh dari tempat kami tido. disebabkan encik kelawar jantung saya berdegup laju sambil tertanya-tanya makhluk apakah yang baru melanggar tingkap dan jatuh berhampiran rak majalah. disebabkan encik kelawar sayan menjerit kerana terperanjat dan ketakutan kerana encik kelawar tiba-tiba terbang selepas berjaya keluar dari dalam rak majalah.
tahukah encik kelawar yang encik kelawar telah membahayakan arissa, saya dan encik capo? encik kelawar telah terbang rendah apabila melalui arissa yang sedang lena tido sejak balik dari kampung semalam? disebabkan itu, saya sebagai emak yang mempunyai ciri-ciri melindungi, telah cepat-cepat menyelubungkan diri bersama arissa dibawah selimut tebal sambil menjerit mengejutkan encik capo. hal ini telah menyebabkan arissa berpeluh-peluh kerana kepanasan walaupun dia langsung tak sedar apa yang berlaku.
encik kelawar telah terbang tidak tentu arah dalam rumah menyebabkan saya takut untuk tido. saya terbayangkan encik kelawar tiba-tiba hinggap pada saya atau arissa. saya sangat ngeri memikirkan hal itu. encik kelawar binatang yang bahaya. macam mana kalau encik kelawar tiba-tiba menyerang kami sekeluarga? disebabkan encik kelawar, saya takut nak bangun masak di dapor. walaupun saya tak tahu ke mana encik kelawar telah terbang, tapi saya tahu encik kelawar masih berada dalam rumah kami.
encik kelawarlah punca saya dan encik capo lewat ke pejabat hari ni. sebabnya, saya takut nak bangun memasak walaupun loceng pada henpon saya dah berbunyi seawal pukul 6 pagi. saya takut encik kelawar akan teman saya memasak di dapo. disebabkan takut kepada encik kelawar, saya pura-pura tidak mendengar bunyi alarm dan buat-buat tido sambil peluk arissa. sedar-sedar sahaja dah pukul 7.15 pagi. kelam kabut saya bangun tido menuju ke bilik air. namun begitu mata saya masih meliar mencari di mana encik kelawar bersembunyi. selepas mandi dan bersiap-siap, saya memberanikan diri mencari encik kelawar sambil berdoa encik kelawar dah keluar mengikut jalan yang sama encik kelawar masuk. naluri saya berat mengatakan encik kelawar ada di sudut dinding berhampiran meja makan. walaupun saya tidak nampak encik kelawar disitu, saya terus merenung disitu dan akhirnya telahan saya benar apabila terlihat encik kelawar sedang menyelubungkan diri dengan sayap di atas kotak. walaupun encik kelawar cuba menyamarkan diri dengan bersembunyi di bahagian kotak yang berwarna hitam sama macam warna badan encik kelawar, namun saya masih boleh nampak encik kelawar.
saya takut nak halau encik kelawar. saya takut encik kelawar marah lalu menyerang saya sekeluarga. saya tak mahu menjadi batwoman, saya tak mahu arissa jadi batgirl dan saya tak mahu encik capo jadi batman. jadi saya dan encik capo membiarkan saja encik kelawar tido disitu. saya langsung tak cerita kepada arissa tentang encik kelawar sebab risau arissa takut pula. ketika saya di dapo membasuh botol susu arissa mata saya tak lepas-lepas memandang encik kelawar sebab takut kalau tiba-tiba encik kelawar dah terbang ke singki pula. saya rasa encik kelawar dah tido tapi saya tetap takut. saya juga geli dengan encik kelawar.
tahukah encik kelawar yang saya mengantuk sangat kat opis hari ni sebab tak cukup tido? encik kelawar, saya merayu kepada encik kelawar supaya sebelum kami balik keje petang karang, encik kelawar silalah keluar dari rumah kami. saya benarkan encik kelawar tumpang tido beberapa jam tapi tolonglah keluar sebelum pukul 6 petang ni. sekiranya encik kelawar masih ada di rumah kami semasa kami balik nanti, diharap encik kelawar tidak mengapa-apakan kami. pulanglah ke tempat asalmu encik kelawar. pasti keluarga dan rakan-rakan sedang mencarimu. mereka pasti merindui encik kelawar yang tidak pulang-pulang ke rumah. semoga encik kelawar memahami perasaan saya yang risaukan keselamatan keluarga saya. pulanglaj ke rumahmu encik kelawar. pulanglah....sesungguhnya kita tidak sesuai tinggal serumah...
yang benar,
wildcutecat *_*

my love,
my whatever
Monday, March 22, 2010
Suara Dikala Senja
Jam didinding menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Akira yang masih belajar di darjah 4, duduk di ruang tamu sendirian, menonton rancangan kartun kegemarannya. Mama dan papanya sedang melayan tetamu di ruang tamu hadapan manakala kakaknya Atira sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Akira yang sedang leka menonton televisyen dikejutkan apabila terdengar namanya dipanggil dari arah luar rumah berulang-ulang kali. Suara yang memanggil seakan-akan suara kanak-kanak. Segera Akira menjenguk ke luar, namun tiada siapa yang berada di luar rumah. Seperti kebingungan, Akira duduk semula di sofa dan menyambung menonton tv. Tidak lama kemudian, dia terdengar namanya dipanggil lagi. Akira menjenguk kembali ke luar rumah. Dia membuka pintu lalu keluar mencari arah datangnya suara itu.
Apabila dia keluar, suara yang memanggil namanya tiba-tiba tidak kedengaran lagi. Akira semakin pelik. Dia meninjau-ninjau disekitar rumah namun tiada siapa yang kelihatan. Baru sahaja dia melangkahkan kaki hendak masuk ke rumah semula, suara kanak-kanak yang memanggil namanya kedengaran semula.
'Akira...Akira. Akira...Akira...' sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak itu memanggil-manggil nama Akira. Akira segera berpaling lalu cuba mencari arah suara tersebut. Suara itu terus memanggil nama Akira. Tiba-tiba Akira teringat kawan sekolahnya Mulan. Bibir Akira mula mengukir senyuman kerana menyangka Mulan pulang ke rumah neneknya yang berhampiran dengan rumah Akira dan mahu mengajak Akira bermain. Segera Akira membuka pagar rumahnya lalu menuruni tebing di tepi jalan untuk mencari Mulan. Akira meninjau-ninjau di bawah tebing dan belukar berhampiran, namun tiada siapa disitu. Suara itu juga tidak kedengaran lagi. Kaki Akira terus melangkah menuruni tebing dan hampir ke jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Akira sendiri tidak sedar yang dia sudah sampai ke jalan raya sehinggalah suara Aaron abangnya yang menjerit memanggil namanya menyedarkannya. Akira yang terkejut segera berlari naik ke atas. Mujur ketika itu, tiada kenderaan yang lalu. Kalau tidak, entah apa akan jadi pada Akira.
Aaron memarahi Akira lalu Akira berterus terang bahawa dia terdengar ada suara kanak-kanak yang memanggil namanya sebentar tadi. Aaron segera menyuruh Akira masuk kerana hari hampir maghrib dan Aaron turut mengatakan bahawa tiada kanak-kanak mahu bermain dibelukar senjakala begini. Akira masih tidak berpuas hati lalu menelefon Mulan dan bertanya jika Mulan ada pulang ke kampung dan memanggilnya tadi. Jawapan Mulan tiba-tiba membuat bulu roma Akira meremang. Mulan langsung tidak pulang ke kampung. Akira mula terasa seram. Masih terngiang-ngiang suara kanak-kanak itu yang memanggil namanya senja tadi. Entah apa tujuan suara itu memanggilnya, Akira sendiri tidak tahu. Mujur juga hanya suara yang kedengaran dan bukan fizikal empunya suara itu. Namun, jika Aaron tidak menyedarkannya tadi, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku pada Akira.
* * * Akira is wildcutecat

Anak Patung Misteri
Avril terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingnya. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati tempat dimana dia berada sekarang. Rambutnya kusut masai. Seluruh tubuhnya terasa sakit seperti terjatuh dari tempat tinggi. Bagaimana dia boleh sampai ke tempat misteri ini, dia pun tak pasti. baju gaun tidur yang dipakainya habis comot dan kotor. Avril cuba berdiri walaupun kakinya masih terasa sakit. Matanya meliar melihat sekeliling. Sunyi. Hanya diterangi cahaya lampu yang malap. Dia berada ditempat yang asing sekali...bersendirian. Dia berdiri dilaluan yang berbentuk bulatan. Ditengah-tengah bulatan itu pula tumbuhnya sepohon pokok yang sangat tinggi, manakala disekeliling pokok itu terdapat gaung yang sangat dalam. Tiada pintu atau laluan keluar yang lain. Hanya dinding yang sangat tinggi berada di kelilingnya.
Dalam keadaan yang termangu itu, Avril melangkah menyusuri laluan bersimen yang berbentuk bulatan itu. Sudah beberapa kali dia berpusing-pusing ditempat yang sama. Avril semakin keliru dan takut. Dia menjerit meminta tolong sambil terus melangkah mengelilingi bulatan itu. Tiba-tiba, dia ternampak anak patung berbentuk manusia sedang duduk membelakangkannya di atas pokok di tengah-tengah bulatan tersebut. Avril mengambil sebatang galah yang sangat panjang yang berada berhampiran dengan pokok tinggi itu lalu memberanikan diri menjolok anak patung yang dilihatnya.. Sebaik sahaja galah tersebut menyentuh
anak patung tersebut, dengan pantas anak patung itu terus bergerak lalu berpaling kepada Avril dengan wajah yang menakutkan.
Avril menjerit ketakutan. Galah yang dipegangnya terlepas dari tangan. Tiba-tiba muncul 2 lagi anak patung yang serupa dengan yang dijoloknya tadi. ketiga-tiga anak patung itu memandang Avril dengan wajah yang bengis dan menakutkan dari atas pokok. Kaki Avril seperti terpaku di situ. Wajahnya pucat lesi. Anak-anak patung itu terus turun dari pokok tinggi tersebut sambil mata tidak lepas dari merenung Avril. Avril cuba melarikan diri. Namun langkahnya terasa berat sekali. Ketiga-tiga anak patung itu sudah berada di atas laluan betul-betul dihadapannya. Dengan kudrat yang ada, Avril cuba berlari menyelamatkan diri. Puas dia menjerit meminta tolong, namun tiada siapa yang datang. Anak-anak patung tersebut terus mengejar, semakin lama semakin hampir. Entah berapa pusingan dia berlari, Avril sendiri tidak pasti. Langsung tiada tanda pintu atau lubang untuk keluar dari tempat misteri itu.
Sedang dia berlari, tiba-tiba akar pokok tinggi ditengah-tengah bulatan itu bergerak lalu mencengkam kaki Avril. Serta merta dia jatuh berdebuk di atas laluan bersimen itu. lutut dan tapak tangannya berdarah. Anak-anak patung itu semakin menghampiri. Avril yang tidak mampu lagi untuk bergerak, hanya mampu memandang anak-anak patung itu menghampirinya dengan wajah yang bengis tanpa sebarang suara.
Avril menutup kedua-dua matanya sebaik sahaja tangan anak patung itu cuba mencapai tubuhnya.
Avril tersentak dari tidurnya dan terus terjaga. Dia beristigfar beberapa kali. Tubuhnya dibasahi peluh. Kakinya menggeletar. Dia bermimpi rupanya. Namun, mengapa jantungnya berdegup dengan kencang dan mengapa kakinya terasa lenguh dan sakit? Avril meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Apabila dia memandang ke hadapan, dia terkejut melihat anak patung dihadapannya sedang memandangnya sambil menayangkan giginya. Avril terkejut dan terkaku ditempat tidurnya. Dia menggosok-gosok matanya. Apabila mata dibuka, anak patung tersebut sudah ghaib dari pandangan. Avril termangu-mangu. Tiba-tiba tubuhnya menggigil lalu segera dia berselubung dibawah selimut sementara menunggu hari siang.
* * * Avril is wildcutecat

Sunday, February 21, 2010
hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga
----------------------------------
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Thursday, February 18, 2010
sama tapi tak serupa
beza penerimaan ayat yang sama maksud tapi cara penyampaian yang berbeza.
AYAT 1
Aku suka kat kau.
takde perasaan sangat sebab macam pelik je guna kau aku. tak romantik langsung.
AYAT 2
Saya suka awak.
agak malu-malu dan berbunga. rasa macam terbang setengah meter dari tanah. hati pon berdebar-debar sket, pipi macam pakai blusher. bibir senyum je sepanjang masa.
* hanya sesuai untuk lelaki kepada perempuan. tak sesuai untuk lelaki kepada lelaki seperti Hisham dan Imran. peace ^_^

Wednesday, February 17, 2010
Tercipta Untukku
alunan lagu-lagu di corong radio memecah kesunyian malam. sesekali terdengar suara Hisham menyanyi mengikut rentak lagu di radio dengan gayanya yang tersendiri. Adriana ketawa terhibur dengan telatah tunangnya itu. Sesekali mereka berbual tentang perkara yang berlaku siang tadi. Bunyi sms masuk di hp Hisham mengalih perhatian mereka. Hisham menjawab sms sambil memandu kereta honda hitam miliknya. Ringan sahaja mulut Adriana bertanya siapa gerangan yang mengirimkan sms tersebut. Bukan nak menyibuk, sekadar mahu tahu sahaja. Hisham menjawab soalan Adriana, mengatakan Imran, kawan baiknya yang sms mengajak lepak malam ni. Adriana sekadar mengangguk kepala tanda faham. dia memang mengenali Imran. sudah beberapa kali berjumpa dan kadang-kadang double date dengan Imran dan pasangannya menonton wayang di jusco.
sms demi sms bertalu masuk ke hp Hisham membuatkan Adriana mula tak senang hati.
'takkan lelaki sms lelaki panjang macam ni?' desis hati Adriana. Sesekali mata menjeling ke arah skrin hp Hisham.
Tiba-tiba dia ternampak ayat sms yang mengandungi perkataan 'saya' 'awak'. hati mula merasa resah. terus dia bertanya sekali lagi siapa yang sms? kalau Imran, kenapa guna saya awak? sebab setahunya bila berjumpa Hisham dan Imran menggunakan aku kau saja.
Hisham tetap memberi jawapan yang sama, Imran yang sms. Adriana ingin percaya, tapi entah kenapa hati jadi tak tenang. Hisham terus pulang ke rumah selepas menghantar Adriana pulang. Sesampai di rumah, hati Adriana masih resah. kenangan-kenangan lalu mula menghantui fikiran. namun dia cuba menepis. Hisham lelaki baik, tak mungkin dia menipu Adriana. Selepas mandi, Adriana terasa segar. Dia duduk di hujung katil sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Perasaannya tiba-tiba terganggu memikirkan betulkah Imran yang sms atau perempuan lain. dia tak mahu Hisham berbohong. Ringan sahaja tangannya mencapai hp didalam beg tangan lalu mengirimkan sms kepada Hisham bertanyakan sekali lagi betulkah Imran yang sms. hatinya betul-betul tak senang. bukan niat mahu curiga tetapi inginkan kepastian supaya dia tidak berfikir bukan-bukan yang boleh merosakkan hubungan mereka berdua.
mungkin Hisham sudah penat menjawab soalan Adriana, Imran yang sms, kali ni dia menjawab yang dia keluar dengan orang lain. Adriana sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Hisham.
OK. itu saja yang Adriana jawab. dia hanya nak tahu. kalau betul Hisham keluar dengan orang lain iaitu perempuan lain, Adriana tak boleh nak buat apa-apa. dia hanya mahu tahu. tu saja.
Adriana terus mengambil baju yang nak dipakai esok lalu diletakkan atas iron board. Dia mula menyibukkan diri tak mahu berfikir lagi. perasaan ni kalau dilayan hanya akan mengundang sedih dan airmata. Tiba-tiba hp berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin. Adriana menjawab panggilan tersebut. Pemanggil mula berdrama dengannya. Tak lama kemudia baru dia dapat mengenali suara pemanggil tersebut. Imran. kawan baik Hisham yang telefon. Imran menjelaskan sms-sms 'saya''awak' dia dengan Hisham tadi. Adriana rasa nak tergelak pon ada. Tapi tak dinafikan perasaannya rasa lega. panggilan diputuskan selepas berpuas hati dengan penjelasan Imran.
cemburukah dia? curigakah dia? kenapa perasaan ni perlu wujud? dia tak berniat pon untuk merasa curiga dengan Hisham, tetapi pengalaman beberapa kali ditipu membuatkan dia perlu berhati-hati. Dia percayakan Hisham, tak terlintas pon dihatinya yang Hisham akan menipunya. tapi entahlah...perasaannya benar-benar terganggu.
apabila semuanya sudah jelas, dia dah Hisham sms seperti biasa. Kemudian Adriana terlelap. Bunyi telefon mengejutkan dia dari lena. Hisham yang telefon kerana Adriana senyap sahaja. kemudian Hisham menyuruh Adriana sambung tidur kerana tak mahu mengganggu. Apabila panggilan diputuskan, Adriana membaca sms yang Hisham hantar semasa dia terlelap tadi. Dia menjawab sms Hisham. kemudian Hisham membalas dan sms tersebut tiba-tiba membuat hati Adriana menjadi sebak. tanpa dapat ditahan-tahan, airmatanya terus mengalir keluar.
Sukar nak gambarkan perasaan Adriana ketika itu. Dia benar-benar terharu dengan kata-kat Hisham. kalau orang lain baca, ayat tu biasa sahaja. tak ada yang istimewa pun. tapi bagi Adriana, kata-kata itu begitu mendalam maksudnya. terus sahaja wajah Hisham terbayang dimatanya. tergambar keikhlasan lelaki itu terhadap dia. terasa runtuhnya tembok 'independence' yang dibina oleh Adriana selama ini untuk dirinya. Apabila terkenangkan layanan-layanan yang diterima selama ini dari bekas-bekas kekasihnya berbanding yang diterima dari Hisham, bertambah laju deraian airmatanya. Adriana tidak mahu kehilangan lelaki ini. Bagi Adriana, Hisham 1 dalam sejuta. Betapa bertuahnya Adriana apabila ditengah-tengah perjalanan hidupnya yang penuh onak dan duri ini, dia ditakdirkan bertemu dengan Hisham. Adriana memohon kepada Allah, semoga Hisham tercipta hanya untuk dirinya dan semoga Hisham tidak akan berubah hati. sesungguhnya, Adriana sangat mencintai lelaki ini sepenuh hatinya.

Monday, February 15, 2010
Andai Itu Takdirnya
Silauan lampu kereta dari arah bertentangan membuatkan pemanduan Adriana terganggu. Sudahlah cermin matanya tertinggal di rumah, kata-kata dari Hisham, tunangnya sebentar tadi betul-betul membuatkan fikirannya sedikit terganggu. Tidak seperti kebiasaan, malam ini, Adriana memandu perlahan sekitar 50-60km/j sahaja. Adriana akui, dia sedkit terasa dengan kata-kata Hisham tadi. Bukan dia tak mahu bergaul dengan kawan-kawan Hisham atau kenalan-kenalan lain semasa keluar bersama, namun dia tak biasa bergaul dengan orang yang tak dikenalinya atau baru saja dikenali.
Dari awal-awal lagi Adriana dah beritahu yang dia seorang pendiam dan tidak peramah. Bercakap hanya bila ada keperluan atau ada topik yang menarik perhatiannya. Namun, bukanlah selamanya dia akan menjadi begitu. Lama kelamaan apabila sudah serasi, semuanya akan berubah. Tapi Hisham seperti tak mahu faham. Adriana adalah Adriana dan tidak boleh menjadi orang lain. Dia hanya akan kelihatan bodoh jika cuba menjadi orang lain yang bukan dirinya. Biarlah perubahannya nanti seiring atau selari dengan peredaran masa dan berlaku atas kehendak dirinya dan bukan atas desakan orang lain.
Sampai dihadapan rumah, Adriana tidak terus turun dari kereta. Dia duduk termenung sambil ditemani alunan lagu-lagu dari stesen Muzik FM. Airmata mula bergenang. Entah kenapa hati terasa sebak. Selepas hampir 5 minit termenung dalam kereta, Adriana turun dari kereta dan masuk ke rumah. Semua penghuni rumah sudah lama dibuai mimpi. Dia masuk ke dalam bilik, terus mengambil handphone yang disimpan dalam beg sandangnya. Mula menaip sms mengatakan dia sudah sampai dirumah. Sms dihantar pada nombor Hisham. Mereka berbalas sms, namun sms-sms dari Hisham adakala mengguris perasaan perempuannya. Berbagai persoalan bermain diminda. Mengapakah Hisham seperti tidak boleh menerima dirinya seadanya. Kenapa perlu mengubah dia menjadi orang lain? Tanpa disedari, airmata menitis lagi. Cincin dijari ditenung lama. Baru saja merasa kebahagiaan, kini badai bagaikan ingin melanda.
Adriana akui, Hisham seorang yang baik. Peramah, happy go lucky dan disukai ramai. Berbanding dengan dirinya, terasa perbezaan dia dan Hisham bagai langit dengan bumi. Kadang-kadang, terfikir juga olehnya dia tak sesuai dengan Hisham. Lelaki seperti Hisham, sesuai dengan perempuan yang banyak cakap jugak...supaya Hisham tak merasa sunyi apabila Adriana mendiamkan diri. Hisham sepatutnya mencari pasangan yang pandai berjenaka, happy go lucky dan pandai menghiburkan seperti dirinya juga. Adriana merasakan dirinya begitu kerdil disisi Hisham. Siapalah dia untuk bersama Hisham. Dia mula merasakan dia tak mampu untuk bahagiakan Hisham. Lagipun Hisham selalu berjenaka tentang mahu berkahwin dua, tiga atau empat. Adriana selalu berkecil hati bila Hisham menyebut tentang perkara itu. Namun malam ini, Adriana mula sedar...jika dia tak mampu bahgiakan Hisham...jika Hisham tak bahagia dengannya, dia akan merelakan gurauan Hisham itu. Andai itu takdirnya, biarlah dia mengundur diri...lagipun dia sedar siapa dirinya. Titisan airmata semakin laju bila mengenangkan seandainya hari itu hadir. Dengan titisan airmata yang masih bersisa, Adriana terlelap dikatilnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)