hari ahad yang lepas aku berjalan-jalan dengan lida dan beberapa orang anak buah aku. antara yang terlibat:
1. aku - kompem la driver dan banker
2. lida
3. akim
4. duan
5. adif
6. nurin
seperti entri yang sebelum ni, hari ahad sepatutnya hari aku menghantar mak aku mengajak untuk fasa kedua. tapi, seperti hari sabtu juga kakngah memberi pilihan kepada aku samada nak hantar mak pergi mengajak, atau hantar akim balik asrama kat rembau. mulanya aku exciteed nak hantar mak pergi mengajak. tapi lepas pikir rancangan aku untuk cari barang hantaran yang masih tak cukup lagi, aku pun setuju untuk hantar akim balik rembau dan kakngah hantar mak pergi mengajak.
aku dah susun plan untuk hari ahad tu. lepas lunch pergi watson seremban parade sebab aku nak beli mekap simpi siti, nak beli beberapa barang untuk si akim tu dan juga jenjalan abiskan duit jap. sampai je kat seremban parade, aku membelok ke kiri untuk paking kat tingkat atas. untuk pengetahuan, ni lah 1st time aku memberanikan diri paking kete kat atas bangunan SP tu. sebelum ni aku biasa paking kat bawah je. tapi, disebabkan aku dah biasa pergi SP dengan dia dan dia selalu paking kat atas, aku pun rasa konfiden je nak paking kat atas. tapi aku lupa...dia yang selalu drive kalau g mana-manan termasuk paking kat atas bangunan tu. so, aku pun terus je naik mengikut jalan untuk ke atas.
gilo menggigil kaki aku sepanjang drive untuk sampai ke paking tingkat atas bangunan SP tu. sape yang biasa pegi SP mesti tau cane keadaan nak naik ke atas tu. dah la tinggi gile pastu berpusing-pusing ntah berapa round. so, sepanjang aku drive tu mulut aku tak henti jerit
' takutnye...takutnye...woi..tingginye bile nak sampai ni' ditambah dengan kaki aku yang menggigil-gigil tekan minyak. nasib baik la keta aku auto. kalau keta manual...ntah-ntah mati enjin tengah laluan tinggi tu.
dah sampai je kat jalan yang rata, baru aku lega namun kaki aku masih menggigil. semua dalam keta aku tau gelakkan aku je. korang ingat kelakar ek drive keta kat jalan berpusing-pusing dan tinggi camtu? huhuhu. dah masuk seremban parade pun kaki aku tak abis menggigil lagi. turun je eskalator terus nampak pusat karoke. disebabkan gigilan kaki aku masih tak berhenti, aku pun ajak ahli-ahli rombongan untuk berkaroke. lepas 2 jam berkaroke sampai sakit tekak, destinasi diteruskan ke watson. sampai-sampai watson, tengok kebanyakan mekap simpli siti yang aku nak dah habis. so, aku beli je mekap jenama lain untuk hantaran aku.
lepas dah bejam-jam berlegar-legar dalam watson dan guardian...semua ahli rombongan serentak kate lapar.
adoi la hai. aku dengar budak-budak cakap lapar, aku kesian la pulak. terus bawak g makan kat santap corner. lepas semua dah kenyang, perjalanan diteruskan untuk menghantar akim balik ke rembau. lebih kurang dekat-dekat pukul 9 malam baru aku sampai rumah. pastu dia sms ajak jumpa sebab dia baru balik dari kampung. lepas jenjalan, dia hantar aku balik. namun perjalanan aku tak habis setakat itu sahaja sebab rumah tempat aku tinggal jauh lagi. rumah kakak aku tu rumah persinggahan je. lepas mak and 3 anak buah aku dah masuk keta, aku teruskan perjalanan untuk balik ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 10 malam lebih sket. penat memang penat. non stop aktiviti dari hari sabtu. cuti hujung minggu yang langsung tak de rehat.
No comments:
Post a Comment