Monday, April 12, 2010

impian hari esok


 hari ni dia mengajar kakitangan di pejabat suk tentang penggunaan email Desknow. esok giliran dia dengan aku plak mengajar. namun, aku sedang berusaha memohon agar aku hanya jadi pembantu saja tanpa perlu mengajar sebab dalam mulut aku ada emas, tak boleh bukak mulut bila ada ramai orang. huhuhu. setakat ni proposal aku tak diluluskan oleh dia. namun, ada lebih kurang 13 jam sebelum hari esok menjelang. mana lah tau dia luluskan last minit. huhuhu

lebih kurang pukul 10 pagi tadi, aku sempat menjenguk dia mengajar di bilik latihan ict sebab aku nak tahu suasana dan cara mengajar supaya aku tak terkena kejutan budaya esok. sebelum aku skodeng, aku menjamu selera dulu kat luar bilik sebab banyak makanan tak habis memandangkan tak semua peserta yang datang. lepas dia masuk ke kelas dan sambung mengajar, aku pun menskodeng dia dari cermin gelap di luar bilik latihan tu. nampak macam senang dan simple je...tapi disebabkan aku jenis darah gemuruh bila berada ditempat ramai orang, aku agak cuak membayangkan suasana pengajaran dan pembelajaran esok. semoga malam ni dia mimpi yang sweet je...manalah tau pagi-pagi esok terus dia kate

"sayang, hari ni awak tak yah la mengajar. awak duduk je sebelah saya, biar saya sorang mengajar sampai habis"

huhuhu. adakah esok impian aku jadi kenyataan?





3 comments:

  1. "sayang, esok sy malas la nak mengajar. sayaduduk je sebelah awak, biar awak sorang mengajar sampai habis"

    ReplyDelete
  2. ada lebih kurang 8 jam lagi...huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin