Thursday, April 8, 2010

aku yang ke taklimat di hari lahirku


semalam, 8 April 2010 aku telah menjemput diriku sendiri ke taklimat technology update anjuran 3com ltd asia (malaysia). aku menjemput diri aku sendiri sebab aku salah seorang team yang organize taklimat ni bagi pihak UPTM dan tugas aku adalah membuat senarai jemputan,buat surat jemputan, menerima maklumbalas jemputan dan berurusan dengan 3com berkenaan perjalanan taklimat ni. segala perancangan telah dibuat seawal bulan Mac 2010 lagi.



seawal pukul 8.15 pagi aku dan my love telah sampai serentak ke Hotel Klana Resort memandangkan kami datang 1 kereta. disebabkan pihak 3com belum menampakkan diri, kami pun sempat berposing di sekitar lobi hotel.


wajah remaja di usia 28 tahun. huhuu












lebih kurang pukul 8.45 pagi, kami mengisi perut yang lapar dengan sarapan pagi yang disediakan iaitu kuih samosa dan popia yang saiznye tersangat la comel. pukul 9 pagi, taklimat pertama dimulakan. pukul 10 pagi, berhenti rehat untuk minum pagi pulak dimana menunya ialah mihun goreng dan kuih muih. kemudian taklimat disambung semula dan disinilah adegan surprise 1 dan surprise 2 terjadi.

ikut jadual yang diberi, taklimat sesi pagi akan tamat pada pukul 12.45 tengah hari. tapi mungkin kerana semua maklumat sudah dibentangkan, taklimat habis awal iaitu pukul 11 lebih pagi dan lunch. makan mihun pukul 10 tadi pun tak hadam lagi, nak kena isi makanan lunch pulak. ikutkan ada je pilihan. kalau kenyang tak yah la makan kan. tapi...huhuuh...mane tahan tengok makanan banyak-banyak dan sedap-sedap tu. so, aku pun makan la hidangan buffet kat hotel tu. makan ikut nafsu...bukan ikut keperluan. huhuu

aiskrim tak boleh tinggal ok...


pukul 2 petang, taklimat sesi petang pulak. masa ni la mata aku betul-betul tak tahan mengantuk. dan tak saba supaya taklimat ni cepat habis. so, untuk menghilangkan rasa ngantuk, aku pun berposing jap.





berguna semua maklumat yang disampaikan dalam taklimat semalam. malangnya disebabkan beberapa incident dan kemengantukan yang melanda sebab terlebih makan, beberapa maklumat tidak masuk dalam kepala aku. pukul 3.30 petang, benti rehat untuk minum petang pulak.

amik sket je sebab dah hongeh tapi nak gak melantak...


lepas minum petang, penganjur telah buat kuiz dan sape jawab dapat la hadiah. tapi hanya orang yang dapat sampul yang dilekatkan bawah kerusi sahaja yang boleh jawab soalan dan aku salah seorang jemputan bertuah yang ada sampul bawah kerusi aku. malangnya aku tak boleh nak jawab soalan kerana seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, ada beberapa adegan yang berlaku menyebabkan aku tak dapat tumpukan perhatian sangat. aku telah diajukan soalan tanpa kerelaan aku kerana ada tangan sampingan telah menolong mengangkat tangan aku tanpa aku sedari menyebabkan penceramah tu mengajukan soalan kuiz pada aku. (hal ini menyebabkan aku sedikit hangin sekejap..huhuhu). disebab aku tak dapat jawab (sebab aku betul-betul tak tahu jawapan dia), aku hanya dapat baucer je.



selepas tamat kuiz, kami bergambar beramai-ramai dan sebelum balik, pihak 3com telah hadiahkan payung yang sangat nice. kebetulan abis je taklimat hujan turun dengan lebatnya. memang langkah kanan 3com bagi payung pada kami semua. lepas dah tamat, aku dan my love pon masuk kereta dan terus ke destinasi seterusnya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin