Tuesday, August 2, 2011

selamat 7 bulan

semalam 2 hb Ogos 2011, Arissa genap 7 bulan ^_^. apa pencapaian arissa skang? Arissa sibuk berlatih berdiri sambil lepas tangan. tejatuh memang banyak kali. jatuh yang tak terhantuk, jatuh terhantuk, macam-macam style ado. pantang aku pandang tempat lain, atau buat keje lain, tau-tau dah melalak ajo. maknenye dah tegolek jatuh la tu. huhuuh. selain daripada tu berjalan memang dah pandai. memang dia dah laju melangkah. tapi kena pegang tangan dia dua-dua la. bejalan sendiri-sendiri tak pandai lagi.

selain daripada tu dah pandai takut. langsung tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang. nak ke dapo kejap ke, nak g bilik air ke. dia tengok aku atau encik capo takde aje, mula la melalak. melalak pastu menjerit skali. hadoi. mana kau blaja ni Arissa oi. bercakap bahasa yang aku paham dia tak tau lagi. pandai cakap bahasa dia je. pastu kalau buat susu pastu tunjuk je botol tu kat dia tapi tak bagi, kompem melalak lagi. melalak dan menangis tak sama ye. aku guna pekataan melalak sebab memang dia melalak kuat-kuat + menjerit teran suara lagi. hmmmm...budak kecik ni memang comel. ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin