Sunday, August 7, 2011

meeting yang tak berkesudahan

petang jumaat lepas, aku ada meeting. ingat tak aku ada buat entri mengamuk lepas meeting bulan lepas? kalau tak ingat, takpe...sebab citer dengan yang meeting jumaat lepas sama je. aku tak paham la dengan diorang ni. setiap kali datang meeting, setiap kali tu la orangnya lain-lain. bila orang yang datang meeting tu lain-lain, macam-macam la masalah yang timbul. aku malas nak buat entri maki hamun carut carut bulan pose ni. so aku buat entri senada je la ye.

macam dalam entri lepas aku ada kate, dorang semua ni tak berbincang sesama sendiri dulu ke bila buat keputusan nak buat sistem ni? meeting ni orang ni cakap macam ni. meeting lepas tu orang lain yang datang cakap macam ni pulak. meeting lagi satu orang lain lagi yang datang, dah lain pulak ceritenye. bosan la aku macam ni. ubah-ubah sistem macam aku takde keje lain. aku ada banyak sistem nak handle dan memang tak terkejar dek aku. aku malas nak mengutuk orang tapi aku nak cakap jugak macam bengong je dorang ni. dalam meeting berbalah-balah sesama sendiri. langsung tak tau respek kat orang lain. nasib baik bos aku ada sekali masa meeting tu. so aku tak perlu nak bercakap dengan orang yang tak berakal lagi.

meeting yang patut habis awal langsung abis lewat. aku sepatutnya balik pukul 4.30 petang. dan pukul  5 petang aku ada appointment lain yang lagi penting dari layan dorang dalam meeting tu. pukul 4.50 meeting tak abis lagi. so aku minta izin bos kuar masa tu jugak sebab ada appointment. disebabkan aku keluar lambat, maka aku sampai lambat di tempat appointment. jadi..setat pun lambat. bila setat pun lambat, abis pun lambat la. pukul 7 malam baru abis. terkejar-kejar aku nak balik jemput encik capo dan arissa kat rumah untuk berbuka kat rumah kakngah. nasib baik sempat sampai beberapa minit sebelum berbuka. fuhhh...

hmmm...jumpa orang macam ni, membuatkan aku rasa malas nak keje IT lagi. tujuan aku belajar IT dulu sebab aku nak keje dengan komputer je tanpa perlu jumpa user. tetiba...rerupenye keje IT pun kena jumpa user dan jumpa dan jumpa dan jumpa. huh!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin