Tuesday, August 16, 2011

buat lawak depan pintu

entah kenapa, hari ni kelam kabut betul untuk aku. pagi ni encik capo tak ke opis. demam. so aku seorang aje yang pergi opis. lepas bersiap-siap, aku pun dah bersedia untuk keluar dari rumah. amik henbeg, sandang beg laptop, amik kunci kereta dan kunci rumah. semua barang dah ada aku pun keluar dari rumah dan kunci pintu n grill. lepas tu terus turun tangga nak pegi kat keta. sampai tingkat 1, baru aku teringat henset telupa nak amik.

so aku pun naik balik. bukak balik mangga pintu grill seterusnya bukak kunci pintu dalam pulak. aku pun masuk dan amik henset yang aku letak kat tepi tilam. lepas tu keluar rumah balik dan buat macam tadi la jugak. kunci pintu dan mangga grill turun kat tingkat bawah. sampai bawah baru aku teringat yang keta aku paking kat belakang keta encik capo. sebab kiteorang paking kat entrance utama. huhuhu. kalau nak keluar aku kena reverse keta ikut bentuk laluan tu iaitu bentuk C. bayangkan aku nak reverse keta agak payah sebab jalan melengkung bentuk C. nak ke depan tak boleh sebab keta encik capo hadang. aku tak reti bawak keta manual nak alihkan keta encik capo. so, aku dengan konpiden pun reverse a keta di laluan melengkung tersebut. dan cuba teka aku berjaya ke tak? huhuhuu....kompem la aku berjaya. kamon la...ni wildcutecat la... lalalaa.

perjalanan diteruskan ke opis yang tak sampai 5 minit patutnya dah sampai. tapi disebabkan kena lalu depan sekolah, perjalanan dah jadi 10 minit. mana taknye, semua mak bapak nak benti keta turunkan anak depan pagar jugak. menghadang laluan dan buat jalan jadi sesak. ptuihhhh! sampai opis baru perasan beg laptop takde. wawawawa. aku dah teringgal beg tu masa patah balik amik henset tadi. aduiyai...benci betul. sebab segala-galanya ada dalam netbook tu. keje dan bukan keje pun ada.

masa ni baru pukul 7.19 pagi. aku masuk opis, punch in dulu pastu terus jumpa bos bagitau encik capo mc. lepas tu minta permission nak balik rumah amik beg netbook yang teringgal. lepas dapat kebenaran aku pun terus pegi kat keta dan drive balik rumah. sambil drive sambil mengomel keta depan drive lembap macam siput. sampai kawasan rumah, aku pun naik tangga sambil pikir maca-macam. sampai kat depan pintu grill, terus tekan kunci keta aku punya button yang kale hijau tu sambil arahkan ke pintu grill. tekan-tekan takde effect.

'apesal tak bole bukak pintu ni?' aku cakap dalam hati.

sekali baru perasan yang aku guna kunci keta untuk bukak pintu rumah. wahahahaha. puas aku tekan punat hijau kat kunci keta tu nak bukak pintu grill. ahak ahak ahak. nasib baik takde orang nampak aku berdiri depan pintu rumah sambil menghalakan kunci keta kat pintu rumah. huhuuuh. lepas dah tau tesalah kunci aku pun gunakan kunci yang betul nak bukak pintu. terus masuk rumah amik beg yang tertinggal dan drive semula ke opis.

ok itu aje....^_-

1 comment:

  1. hahahaha.. kalau pintu tu terbukak sendiri mesti kagum sbb en.capo dah tukar pintu otomatik tak sampai 20 minit..

    ReplyDelete

LinkWithin