Thursday, August 11, 2011

meriahnya berbuka




tengah melasak nak keluar daripada kerusi ni. oooppss. telupe bawak totseat arissa, kena pakai kerusi baby kedai

semalam aku, encik capo dan arissa berbuka di Restoran Rakyat kat Rahang. bukan kami bertiga aje. ada 21 orang tak termasuk arissa sebab arissa sebab arissa tak pose. hihihi ^_^. family aku je dah 17 orang. selebihnya family encik capo. kan aku dah kate....family aku besar. tu pun tak semua adik beradik ada. kalau tak, 1 restoran tu penuh dengan family aku. huhuhhu.




ni aku punye makanan

kami makan buffet di Restoran Rakyat. Dewasa RM 23 seorang dan kanak-kanak RM 11 seorang. bagi aku, ok la harga tu. aku dan encik capo dah senaraikan restoran-restoran untuk dipilih masa berbuka. ada 3,4 restoran dan selepas membuat beberapa perbandingan, maka kami memilih Restoran Rakyat. lepas tu aku pun hantar invitation melalui sms kat adik beradik aku. dengar orang nak belanja, kemain cepat dorang reply sms. ahak. ahak. ^_^.




arissa dan mak aku. meja belakang tu kakak-kakak aku n anak2 buah perempuan

lepas kira bilangan yang nak join, encik capo pun call tuan empunya restoran dan buat tempahan. lepas balik keje, jemput arissa. bagi arissa makan dan mandikan dia, kiteorang pun siap-siap. 6.30 petang keluar rumah g atm dulu pastu terus pegi Restoran Rakyat. luas gak la keadaan dalam restoran tu. pilihan makanan pun banyak. tak lama lepas tu satu satu kereta yang kami kenali sampai. maknanya tetamu dah sampai la tu. tuan punya kedai dah reservedkan 3 meja untuk kami.




meja belakang tu abang aku, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki. dorang sendiri yang nak duduk sesama jantina.

dah nak dekat2 berbuka tu semua beratur la amik makanan. nasi campur ada. nasi goreng, mihun, laksa goreng, ayam panggang, kambing panggang, buah-buahan, keropok, jeruk, bubur, murtabak dan macam-macam lagi. memang meriah. sambil-sambil makan, sempat aku berbisnes dengan keluarkan kerongsang yang aku baru amik stok hari ahad lepas. ngeh ngeh ngeh. lepas tu suruh kaktih bawak kat opis die jual kat sana. aku jual murah aje kerongsang. tak sampai RM 10 pun. kalau pegi kedai, kerongsang yang sama macam aku punye tu, dorang akan jual RM 10 tapi aku jual RM 7 ajo. yang stok terkini yang baru aku amik hari tu orang lain jual RM 12 - RM 15. tapi den jual RM 8 ajo. murah kan. huhuhuh. sempat pulak promote kat sini.




ini family encik capo

hampir sejam duduk makan kat Restoran Rakyat, aku pun nak balik dah sebab arissa dah mengamuk nak tido dan jugak aku ada tempahan yang perlu aku bungkuskan untuk pos esoknye (hari ni). lepas bayar, semua orang pun balik senang hati sebab dapat makan free dan tak payah susah-susah masak untuk berbuka.


* tsk tsk T_T. kenapa gambar aku n encik capo langsung takde??? huhuhu

1 comment:

LinkWithin