benci betul dengan orang tak reti drive keta tapi nak drive jugak. entah macam mano dorang ni boleh dapat lesen agaknye. parking failed sampai langgar keta orang, ape ke hal? sakit hati sangat. sebabnya aku takde di tempat kejadian.
alkisahnya begini....
hari sabtu ialah hari pegi mengambil stok Arissa's Choice di KL. so lepas parking keta, aku, encik capo dan arissa pun pegi la masuk ke dalam bangunan tersebut untuk membeli apa yang patut. sampai sana pukul 11 lebih pagi. jalan punya jalan, dah takde ape nak beli kami pun nak balik la. masa tu lebih kurang pukul 3 lebih petang. sampai je keta, aku pun terus la masuk duduk kat seat sebelah driver. tetiba encik capo tanya kat aku, keta aku kena langgar ke?
sebab bila bukak pintu tetiba ada bunyi ' kreeettttt'. aku pun cemas la. sebab pantang betul aku keta aku dicederakan oleh orang lain. aku je boleh cederakan keta sendiri sebab aku yang bayar tiap-tiap bulan kat bank. aku yang yang keluar duit untuk servis dan jugak isi minyak. so kalau aku yang cederakan tak pe. dan kompem la aku yang kena keluarkan duit sendiri untuk repair atas kecuaian sendiri. TAPI..........!!!!!!!
orang yang tak tau jantina dan paras rupanya yang dah cederakan keta aku! mungkin muka macam alien tu pasal dia cabut lari. dah langgar keta orang cabut begitu aje. semoga Allah bagi balasan yang setimpal. sampai mati kau akan ingat kau pernah langgar keta viva putih di dot dot dot pada hari sabtu 13/8/2011 antara pukul 11.30 pagi - 3 petang lebih lepas tu cabut lari macam $14L.
aku geram sangat sangat sebab bahagian driver tu kemek sket dan bumper depan aku tercabut dan terangkat sket. sudah lari dari kedudukan asal. sapa tak sakit hati tengok keta jadi macam tu dan orang bodo tak reti keluar parking atau masuk paking tu dah lesap? benci benci benci! ni kali kedua keta aku kena langgar kat tempat paking. masa 1st dulu tergores dan becalar. pun aku tak tau sape. aku yang kena keluar duit cat balik. wtf!
malam tu berbuka rumah bangcik kat pinggiran senawang. kebetulan abang aku lagi sorang iaitu adai ada lak. so aku mintak tolong dia bawak keta aku kat kedai kawan dia. sebab kawan adai ni ada kedai repair-repair keta n cat keta. masa yang 1st kena langgar dulu aku hantar kat kedai kawan adai ni je. murah lak tu sebab kawan abang aku. huhuhuhu. masa tu aku memang memaki di dalam hati, setiap sen duit aku yang keluar untuk repair balik keta aku ni akan dibalas dengan apa aje balasan yang sesuai.
semalam adai hantar keta aku kat rumah. dia dan kawan dia yang repairkan. aku tanya berapa RM, dia tak jawab. maknanya free la tu. ^_^. lalalalalala.....
aku taknak memarah. tak kira la bulan pose ke tak. sebab bila aku marah aku akan jadi jahat sangat. sebab tu aku tak suka marah n suka diam aje dan cuba buat tak tau bila orang sakitkan hati aku. sebab bila aku marah....tuhan ajo yang tau macam mana berapi-apinya hati aku.
* disebabkan aku terlalu marah...aku lupa nak snap gambar keta aku yang cedera *_*
sama dengan akak, kalau akak tgh marah, akak akan diam je. kalau takkkk... boleh bernanah telinga orang dgr ayat2 yang keluar mulut akak, hahahaha...
ReplyDeletekita serupaaaaaaaa
kannnnn....kalau ikutkan rasa marah memang macam2 nk cakap. huhuhu.
ReplyDelete