Sunday, August 21, 2011

disebabkan itu...

hari ni hari isnin. hari ini aku mc. sebab aku tak sihat. demam dan kepala berpusing-pusing langsung tak boleh nak angkat kepala. dapat gerakkan tangan kejut encik capo pegi keje aje. walaupun mungkin ada yang takkan percaya aku betul-betul tak sihat, lantak lah.


semuanya mungkin terjadi sebab semalam....

untuk pengetahuan, sejak beberapa minggu ni aku memang takde rehat yang cukup. weekend memang tak rehat kat rumah. balik mesti dah malam. patu penat sangat. tapi penat macam mana pun tak boleh nak tido selagi arissa tak tido. tapi kadang-kadang sebab terlampau penat terlelap jugak. so, encik capo kena la tengok-tengokkan arissa yang tak mau tido sebab aku dah surrender dulu. *_*.

semalam ingatkan boleh rehat di hari ahad. sekali kakngah call ada masalah dengan baju raya yang aku tempah. nak kena pegi rumah tukang jahit tu hari ni jugak. mestila aku nak baju raya aku dan arissa siap. kakngah datang rumah aku dan mimi. pastu kami (aku, kakngah, mimi, arissa) pun terus pegi rumah tukang jahit tu. encik capo tak ikut. semalam panas adalah tersangat terik. lepas setel, aku singgah di pacific sebab nak beli susu arissa yang dah abis.

lepas dah  balik rumah, badan tersangat penat. nak tido tak boleh selagi arissa tak tido. lepas arissa tido, aku pun lelap sekali dalam pukul 3 petang gitu. petang ni abang aku nak datang rumah sebab wife dia nak beli tudung. skang ni nak beli tudung takyah g kedai lain. beli kat arissa's choice je. tapi takde kedai la. datang kat rumah aje. dalam pukul 5 petang tu aku kompemkan dengan abg aku nak datang pukul berapa dan nak berbuka kat rumah aku kah? disebab kan itu, terus buat majlis berbuka puasa kat rumah aku. last minit punya decision. bayangkan da;am tempoh 2 jam nak siapkan makanan dengan tenaga yang tinggal sekerat je ni, memang tak laray. encik capo cadangkan buat pot luck. semua jemputan bawak makanan dan rumah kami pun sediakan makanan jugak. agak kelam kelibut mengemas rumah, dan siapkan persiapan.

dah pukul 6 lebih tu tetamu pun sampai. ramai tau. ada 28 orang termasuk arissa ^_-. semua ni family aku dan encik capo. dan macam biasalah, 3/4 daripada jemputan adalah daripada family aku ^_^.

lepas tetamu balik lebih kurang dekat pukul 12 malam, aku pun iron baju untuk pegi opis esoknya. badan memang dah letih-letih. hidung pun tersumbat tetiba dan badan tetiba panas. arissa pulak dekat pukul 1 pagi baru nak lelap padahal pukul 12 tu aku dah tumbang dah cuma tak dapat nak lelap.

disebabkan semua diatas, aku pun tidak sihat hari ini. dicampur juga aku yang tak cukup rehat sejak akhir-akhir ni. walaupun begitu, sangat seronok berbuka ramai-ramai disamping sempat menjual tudung dan keronsang ^_^. hihihhihi.

aku lupa nak amik gambar tetamu-tetamu yang datang berbuka. sebagai tuan rumah, aku sangat la bizi disamping menjaga arissa yang lasak tak boleh blah skang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin