Friday, March 19, 2010

Biarkan Bulan Bicara Sendiri (Bhgn 1)

Bunyi derapan kaki yang memijak daun-daun kering membuatkan jantung Rihana berdegup kencang. Seluruh tubuhnya menggigil. Baju t-shirt hitam yang dipakainya lencun dibasahi peluh. Sudah hampir 2 jam dia bersembunyi dicelah akar pokok besar itu. Danial dan Karina hilang entah dimana. Adakah mereka selamat? Rihana berharap bunyi derapan kaki yang didengarnya tadi adalah rakan-rakannya. Dia cuba mengintai dari celah-celah akar besar itu. Badannya digerakkan perlahan-lahan, bimbang dapat dikesan. Keadaan yang gelap menyukarkan pandangan Rihana. Dari tempat dia bersembunyi dia dapat melihat susuk tubuh manusia yang sedang berjalan terhenjut-henjut. Sesekali terdengar erangan dari manusia tersebut seolah-olah berada dalam kesakitan. Dari suara erangan itu, nyatalah manusia didepannya adalah seorang lelaki. Hati Rihana sedikit lega mengetahui bukan dia seorang berada didalam hutan tebal ini.


Namun Rihana masih ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyiaannya. Dia bimbang akan diserang makhluk ganas itu lagi. Lagipun, dia masih tidak tahu siapa lelaki dihadapannya itu. Masih jelas dibenak fikirannya bagaimana makhluk itu menerkam sahabat baiknya Mikail lalu merobek tubuh lelaki itu dengan kejam hingga jelas kelihatan jantung yang masih berdegup lagi. Sekelip mata tubuh sahabatnya itu kaku dipenuhi darah pekat yang berbau hanyir. Rihana dan Karina menjerit ketakutan. Dengan sisa-sisa keberanian yang masih ada, mereka berlari sekuat mungkin. Rihana berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. Kakinya menggigil namun dia tetap meneruskan lariannya. Tidak sanggup dia membiarkan makhluk itu merobek daging tubuhnya pula. Entah berapa lama dia berlari, dia sendiri tidak tahu. Apabila sudah tidak tahan lagi, Rihana berhenti berlari. Kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia duduk bersandar pada pokok berhampirannya. Nafasnya tercungap-cungap. Dia menoleh ke belakang, namun Karina tidak kelihatan. Matanya liar mencari. Rihana berasa cemas. Entah sejak bila Karina tidak bersamanya, dia sendiri tidak tahu. Pantas sahaja Rihana melaung-laungkan nama Karina. Namun tiada jawapan.


Rihana takut bersendirian dihutan tebal itu. Dia menyalahkan dirinya kerana meninggalkan Karina dibelakang. Adakah Karina turut menjadi mangsa seperti Mikail? Bagaimana pula dengan Danial yang ketika kejadian ngeri itu sedang mandi di air terjun berhampiran. Rihana melaungkan nama Karina dan Danial. Tubuhnya terasa lemah. Dia bangun untuk berpatah balik mencari Karina dan Danial. Namun kakinya terlalu lemah untuk berdiri. Rihana menangis ketakutan. Dia tidak menyangka perkhemahan yang dirancang akan bertukar menjadi tragedi pada hari kedua mereka disini. Yang tahu selok belok hutan ini hanya Mikail, namun Mikail sudah kaku dibunuh makhluk ganas itu. Sedang dia menangis mengenangkan nasib diri dan sahabat-sahabatnya, terdengar lolongan serigala yang sangat menyeramkan sehingga menaikkan bulu roma. Tubuhnya menggigil. Dengan kudrat yang masih ada, Rihana segera bangun meneruskan lariannya. Sedang dia berlari, dia ternampak pokor besar yang mempunyai ruang pada akarnya yang besar, lalu Rihana mengambil keputusan untuk bersembunyi di situ memandangkan dia terlalu lemah untuk berlari dan kakinya turut cedera kerana terjatuh beberapa kali semasa melarikan diri tadi. Jam tangan pada pergelangan tangan kirinya menunjukan pukul 6.45 petang. Rihana terlalu penat. Dia masih ingat lagi, mereka baru sahaja selesai makan tengah hari ketika makhluk itu menyerang mereka dan kini hari semakin gelap. Rihana keletihan, dia tertidur dicelah pokok besar itu sehinggalah dia terjaga apabila mendengar derapan kaki berjalan tadi.


Lelaki misteri itu duduk bersandar pada pokok tidak jauh dari tempat Rihana bersembunyi. Dia kelihatan letih. Tanpa berfikir panjang, Rihana terus keluar dari celah pokok besar itu lalu berlahan-lahan menghampiri lelaki itu.

Bunyi langkah Rihana mengejutkan lelaki itu. Dia segera berpaling dan bangun cuba untuk mempertahankan diri. Rihana turut terkejut dengan reaksi lelaki misteri itu.


“Dani…” hanya itu yang keluar dari mulut Rihana. Dia segera berlari mendapatkan lelaki itu. Tubuh sasa Danial dipeluk erat. Danial turut memeluk Rihana, lega apabila orang yang dikasihinya masih hidup. Rihana menangis kelegaan kerana bertemu Danial didalam hutan ini. Apabila tersedar, Rihana melepaskan pelukan lalu meminta maaf atas keterlanjurannya. Kaki Danial yang cedera segera dibalut oleh Rihana.


“Karina mana?” soal Rihana. Mereka duduk dibawah pokok besar itu bersama. Danial mendiamkan diri. Riak wajahnya berubah. Keadaan itu membuatkan Rihana tak senang duduk.


“Dani…Karina mana? Ada jumpa Karina tak?” Rihana terus mengajukan soalan. Dia betul-betul bimbangkan keselamatan Karina. Sesekali dia menoleh kiri dan kanan, bimbang jika makhluk itu muncul sekali lagi.


“Karina dah takde. Tadi saya jumpa mayat dia semasa melarikan diri ke sini” jawab Danial serba salah. Rihana terkejut mendengar berita itu. Airmata mengalir laju. Karina adalah sahabat yang paling rapat dengannya. Mereka belajar di sekolah menengah dan IPTA yang sama. Cuma selepas tamat belajar, mereka bekerja disyarikat yang berbeza. Namun keakraban mereka masih seperti dulu. Lolongan serigala yang sayup-sayup kedengaran mematikan perbualan mereka. Rihana terus memeluk Danial erat. Danial cuba menenangkan gadis pujaannya. Walaupun Rihana pernah menolak cinta Danial, Danial masih tidak berputus asa untuk memenangi hati gadis itu. Baginya Rihana gadis istimewa. Mereka kaku disitu. Setahu Danial, jika bunyi lolongan serigala itu dekat, maknanya serigala itu berada jauh dari situ. Namun jika lolongan itu sayup, bermakna serigala tersebut berada hampir dengan mereka. Dahan kayu bersaiz sederhana yang berada digenggamannya dipegang erat. Walaupun takut, dia harus berhadapan dengan makhluk itu jika makhluk itu menyerang mereka. Dia tidak akan membiarkan makhluk itu mengapa-apakan Rihana.

Bagai mahu gugur jantungnya apabila kembali ke tapak perkhemahan dan melihat darah pekat dan cebisan daging merata-rata. Dia terlalu bimbangkan Rihana dan Karina, lebih-lebih lagi Rihana. Dengan harapan yang Rihana masih hiduplah, Danial cuba menjejaki mereka dan tidak menyangka bertemu mayat Karina dalam keadaan mengerikan dimana jantungnya telahpun hilang dan darah merata-rata. Harapannya hampir berkecai sehinggalah dia bertemu Rihana sebentar tadi.

Bunyi dengusan nafas binatang buas membuatkan Rihana semakin ketakutan. Mereka tidak membuat unggun api kerana bimbang menarik perhatian binatang-binatang buas dan makhluk yang menyerang dan membunuh sahabat-sahabat mereka tadi. Danial memberi isyarat supaya Rihana tidak bergerak. Dari celah-celah semak-samun kelihatan seekor makluk sebesar lembu jantan dewasa sedang berjalan perlahan-lahan ke arah tempat persembunyian Rihana dan Danial. Rihana semakin takut. Tubuhnya menggigil dan kaku. Danial sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia akan berhadapan dengan makhluk itu. Dia akan melindungi Rihana sedaya upayanya. Apabila makhluk itu semakin hampir, Danial segera keluar dari persembunyiannya. Mata makhluk itu yang merah, merenung Danial dengan tajam sekali.



bersambung la pulak. aku dah mengantuk...huhuhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin