Untuk tahun 2010 ni, semalam untuk pertama kali, aku terpaksa meMC kan diri. Ini gara-gara kesakitan perut yang ku alami sejak seminggu yang lepas. Tapi sakit yang semalam terlalu sakit sehingga aku tak mampu nak menggerakkan badan. Ditambah pula dengan sakit kepala yang datang menyerang kerana aku tidur dalam keadaan tertekan. Seawal pukul 6 pagi lagi aku dah terjaga dan cuba bangun untuk mandi, namun kepala terasa teramat berat dan berpusing-pusing manakala ada sesuatu yang seolah-olah mencengkam perut aku dari dalam setiap kali aku menggerakkan badan. Aku merehatkan diri sekejap dan cuba untuk bangun sekali lagi lebih kurang pukul 6.20 pagi. Namun keadaan masih sama, membuatkan aku mengambil keputusan untuk tidak ke opis.
Lepas perut n kepala dah ok, dan aku dah boleh bangun, aku pun g klinik kat TTJ dengan mak. Lepas doktor cek, doktor kata, mungkin otot-otot perut aku ada masalah sebab aku bukan gastrik. so dia bagi aku ubat suruh makan dan MC. kalau tak ok, datang lagi dan buat pemeriksaan rapi. selain tu, aku kena jaga makan... huhuhu...aku baru nak diet.
Sebenarnya aku risau jugak kalau aku diserang gastrik. Sebab lebih kurang bulan 12/2009 yang lepas aku pernah jugak diserang sakit perut macam ni tapi 3 kali ganda lagi sakit sebab sampai tahap berguling atas tilam + menangis-nangis sebut mak + sampai tebaring dalam bilik air sebab betul-betul tak boleh bangun dan aku seorang diri di dalam bilik di tingkat atas. Masa tu memang aku ingat aku nak mati dah. Mulut tak henti-henti sebut mak mengharapkan mak aku atau anak-anak buah aku masuk dalam bilik sebab aku betul-betul tak boleh nak bangun dan bercakap. Semua ni sebab aku tak makan beberapa hari...aku hilang selera makan + terlampau sedih disebabkan...mmm..lupakan je lah...
No comments:
Post a Comment