Tuesday, January 12, 2010

suatu ketika dulu...

pagi semalam, masuk je opis terus bukak facebook. pagi2 kat sini, intenet laju sket. skali tengok ada friend request. aku klik a nak tengok sape. owh...agak terkejut gak la tengok sape yang add. my ex ( sep 2006 - Okt 2007- aku pon xsure btl ke tak bulan tu sbb dah lupe). memang a dulu dia penah add (lepas dh putus) dan aku approve mase tu. tapi bila fikir2 balik...baik delete je dari friend list sbb aku dah tak nak ada apa dengan dia lagi. dah lama gak la aku delete. tu yang tekezut dia add balik and ada la dia bagi mesej kat situ. ingatkan dia dah tak kisah pasal aku macam dia buat dulu2.

 dulu aku memang sengsara sangat. tak dinafikan masa tu aku mmg sayang gile kat dia. dia buat or layan aku camne pon aku tetap bersabar and setia sampai la dia menghilangkan diri tanpa sepatah kata. hahaha. mase kejadian tu mmg aku sakit jiwa sangat. tak makan sampai aku selalu sakit and muntah2. semuanya aku tanggung sendiri dan rahsiakan dari kawan-kawan dan famili. lagipon aku duk damansara dulu sensorang kat rumah. jadi tak susah aku nak menangis tiap2 malam lepas balik keje. bila kat opis aku wat selamba pura2 macam takde ape2. bila orang tegur nape mata bengkak? aku kate je tak cukup tido. hehe. aku ingat lagi mase tu...sengsaranya aku. bagi aku, kalau dah tak suka, atau dah bosan, atau dah ada pempuan lain...aku tak kisah. tapi ape salahnya terus terang. daripada dia terus tak jawab msg, tak jawab call...hilangkan diri macam tu jek. dan bila die jawab...macam2 hinaan yang aku dapat dari dia. aku tak tahu pon apa salah aku. memang aku tak dapat nak lupa dia dulu. macam2 benda bodoh aku buat. rasa tak sanggup nak hidup lagi. dan yang paling bodoh sekali, aku tetap cuba contact dia walaupon tahu dia memang dah tak hingin kat aku nih. hmmmm.... rasa bodoh sangat. cinta ni mmg buat aku jadi bodoh la.

ish...nape la aku kenang lagi kisah ni. ni semua pasal dia la ni. aku mmg dah lupa 100% kat dia. tak penah nak terfikir pon pasal dia lagi. tiba-tiba dia muncul balik. dia minta maaf kat aku selepas 2 tahun. hahaha. klaka kan? tapi takpe la. aku pon bukan jenis suka berdendam. bila aku dah dapat terima hakikat...semua perasaan pon hilang...skang ni jadi neutral. dia kata nak jadi kawan baik aku skang. tak kisah la. kalau dia betul2 dah sedar kesilapan dia dulu, bagus lah. tapi kalau dia tak minta maaf pon aku mmg dah tak kisah sebab dah lama kisah aku dan dia berakhir walaupun aku amik masa 1 tahun untuk lupakan dia dan kembali hidup normal. lagipon mmg tak terjangkau kat fikiran aku yang dia akan muncul skang dan minta maaf kat aku. aku pon tak sangka, bila kenangkan kisah ni dan macammana deritanya hati aku dulu, aku akan tergelak skang sedangkan dulu hari2 menangis sepanjang setahun tu.

sepanjang dia tinggalkan aku, ramai a nak ngurat,...tapi serius cakap a masa tu. pintu hati aku betul2 tertutup. aku minta maaf sangat pada sesiapa yang aku tolak cintanya masa tu. hati aku hancur sangat masa tu. lagipon aku betul2 mengharap dia kembali kat aku. tapi...semua tinggal harapan.

 sehinggala suatu hari...21/12/2008...seseorang muncul dalam hidup aku dan pintu hati aku terbuka untuk terima dia hanya dalam tempoh 1 hari berkenalan. mmg la tak relevan baru kenal sehari dah jadi kekasih, tapi keikhlasan dia masa tu yang buat aku terharu sangat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin