16 Januari 2009
aku sedang terbaring di atas katil, bersiap-siap untuk tidur. namun, fikiran aku tak pernah berhenti dari memikirkan dia. entah di mana dia berada. apa yang dia lakukan sekarang. entah dah makan ke belum? aku tahu dia ada masalah. aku cuba memahami dia. cuba berkongsi masalah dia dengan aku, tapi dia selalu berahsia. dia menolak kehadiran aku dikala dia sedang bermasalah. aku terlalu sedih bila dia melayan aku macam tu. sudah 5 hari dia menyepikan diri.
sedarkah dia, betapa tulus dan ikhlasnya cinta aku pada dia. tak pernah memandang rendah pada dia selama ni. aku tahu, dia tertekan kerana perbezaan kami. aku tak peduli...yang aku tahu aku terlalu sayang dan cintakan dia. walaupun keluarga dia tak merestui hubungan kami kerana perbezaan adat, aku masih setia bersama dia. aku mengaku sebaik saja dapat tahu keluarga dia menolak aku, aku terus tiada semangat untuk hidup lagi. segala yang kami lalui bagaikan musnah begitu sahaja. aku suarakan hasrat hati untuk mengundur diri dari hubungan kami. namun, dia sedaya upaya meyakinkan aku untuk memujuk keluarganya. aku tak mahu dia dipinggirkan keluarga kerana aku. namun...perasaan sayang yang mendalam membuatkan aku akur dengan pujukan dia.
kami cuba pulihkan hubungan kami seperti biasa. namun...sedikit demi sedikit dia mula berubah. janji-janji yang ditabur hilang entah di mana. sudah beberapa kali dia menghilangkan diri. langsung tak mahu jawab call dan sms. sudah la kami jauh. dia di utara dan aku di sini. memang jarang dapat jumpa. hanya sms dan telefon jadi teman setia. kali terakhir kami berjumpa pada hari raya bulan 9 2009.
perubahan dia semakin ketara seolah-olah aku tak pernah wujud dalam hidup dia. puas aku menghubungi dia namun sepi tanpa berita. bila dapat hubungi dia, dia meminta maaf dan menyesal kerana sakitkan hati aku. aku memang selalu memaafkan dia. biar ape pon yang dia lakukan pada aku, kemaafan sentiasa ada untuk dia. dia berjanji untuk berubah. namun perubahan hanya bertahan 2,3 hari. selepas itu, berulang lagi episod dia menghilangkan diri. dan seperti biasa aku akan mula mencari dia kerana risaukan keselamatan dia. lebih 10 kali benda yang sama berulang-ulang hingga lah saat aku menaip entri ini.
namun kali ini agak berbeza. dia terus menghilangkan diri dan memutuskan hubungan tanpa aku tahu puncanya. hanya 1 sms yang dia jawab untuk mengakhirkan hubungan kami. pedihnya hati aku hanya Allah je yang tahu. puas aku hubungi dia, namun langsung tak dijawab. kredit habis begitu saja, menghantar sms dan cuba telefon dia. tapi aku tak peduli tentang duit. untuk dia, aku sanggup berhabis berapa pun asalkan dapat mendengar suara dia. namun panggilan aku hanya masuk voice msg. sms2 langsung tak dijawab, namun aku tahu...dia baca sms aku. cuma kerasnya hati dia untuk membalasnya. Demi Allah, aku tak tahu apa kesalahan yang aku lakukan. sedaya upaya aku cuba perbaiki hubungan kami yang dimusnahkan oleh keluarga dia. namun, akhirnya musnah jugak.
aku sedar, mungkin dia terpaksa tinggalkan aku kerana desakan keluarga dia. tanpa berjumpa aku, tanpa mengenal aku terlebih dahulu...keluarga dia terus menghalang hubungan kami hanya kerana aku berasal dari Negeri Sembilan. ceteknya pemikiran mereka. sedangkan sepanjang hubungan aku dan dia, tak pernah aku meminta dia membelikan aku apa-apa. tak pernah aku meminta duit dia. malah aku berkeras untuk gilir-gilir membayar jika kami keluar makan atau menonton wayang. malah aku tanpa berkira memberi pinjam kereta aku untuk dia gunakan dan aku menanggung duit minyak kereta yang dia gunakan. siapa yang topupkan kredit dia? banyak lagi yang aku dah korbankan untuk dia, tak perlulah aku ceritakan sebab aku ikhlas. bukan aku nak mengungkit...cuma dibahagian manakah yang keluarga dia hendak tuduh orang N9 macam aku tamakkan harta.
setiap hari aku berpura-pura depan semua orang yang aku jumpa. aku cuba tersenyum, cuba menjadi happy di depan keluarga dan kawan-kawan kerana aku tak mahu orang tahu kesedihan dan keperitan hati yang aku tanggung. betapa tertekannya aku meneruskan kehidupan seharian aku dengan berpura-pura begini. aku selalu bersendirian menyembunyikan kesedihan di hati aku.
semalaman aku menangis sampai bengkak2 mata. namun aku masih berusaha menghubungi dia. entah pukul berapa aku lelap, aku pon tak pasti. namun aku berharap, bila aku terjaga nanti ada sms dari dia.
No comments:
Post a Comment