hari khamis 22/01/2010 adalah hari terakhir aku mencari dia. aku dah penat. penat sangat. dah tak tertanggung kat hati aku lagi. hari tu, aku dah buat keputusan untuk lepaskan dia pergi selamanya. bebaskan dia dari janji-janji dia yang dia mungkiri. bukan sebab aku dah benci, bukan sebab aku dah tak sayang lagi...tapi...aku dah putus asa.
aku dah terlalu penat sangat hati aku disakiti bukan sekali dua, tapi berpuluh-puluh kali. aku dah penat menangis. aku dah penat hari-hari tertekan fikir pasal dia. biarlah... kat mana pon dia berada, semoga dia sihat dan gembira. aku tahu dia gembira tanpa aku. mungkin selama ni aku beban je pada dia. biarlah...bukan sekali aku lalui benda macam ni.
bila aku dah pujuk hati aku untuk lepaskan dia dari hati aku...aku rasa ringan sangat beban yang aku tanggung selama ni.
last sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada dia sebab tinggalkan aku. dia bagi aku peluang untuk jumpa orang yang lebih baik dari dia.
No comments:
Post a Comment