Sunday, January 31, 2010

merah silver putih

sabtu 30/01/2010, waja silver, myvi merah dan viva putih telah merancang untuk berkonvoi bersama-sama menuju ke Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. sesampai di tol senawang, kelihatan waja silver telah siap menunggu ditepi jalan, lalu viva putih memberi signal ke kiri dan berhenti di belakang waja silver. kedua-dua kenderaan tersebut tidak bergerak. hanya lampu signal berkelip-kelip berselang seli antara 2 kereta tersebut. sementara menunggu, driver viva putih sudah keresahan menanti myvi merah untuk sama-sama bergerak. selepas 10 minit, kelihatan myvi merah sedang berhenti di lorong tol untuk mengambil tiket tol. apabila myvi merah menghampiri, terus waja silver bergerak mengikut belakang myvi merah seterusnya viva putih dibelakang waja silver.

belum pon sempat gear viva putih naik dari gear 2 ke 3, myvi merah sudah menghilang di atas jalan raya. sedaya upaya waja silver dan viva putih mengejar kerana yang tahu jalan adalah driver myvi merah. lalu, berlaku la adegan kejar mengejar antara ketiga-tiga kereta tersebut. kelihatan begitu banyak kenderaan di hiway plus yang menuju ke arah kuala lumpur. myvi merah betul2 dah hilang dari pandangan sedangkan viva putih mengejar dengan kelajuan 140 km/j, manakala waja silver 150 km/j.

kenderaan yang terlalu banyak menghalang viva putih dari terus bergerak laju kerana tidak mahu sesuatu tidak dingini berlaku. lagipon, ramai nyawa dalam viva putih yang perlu dijaga. lalu viva putih mengalah,masuk ke lorong tengah dan meneruskan kelajuan 100km/j. viva putih membiarkan sahaja waja silver terus mengejar dan tak sampai beberapa saat, waja silver hilang dari pandangan. mulut driver viva putih mengomel2 marahkan myvi merah kerana bergerak terlalu laju sedangkan cadangan asal adalah bergerak secara konvoi, bukan kejar mengejar antara konvoi. huhuhu.

15 minit selepas itu, myvi merah menelefon viva putih mengatakan myvi merah menunggu di petronas selepas tol sungai besi. sesampai saja di petronas tersebut, kelihatan myvi merah dan waja silver sedang menunggu. kemudian, baru lah bergerak secara konvoi hingga ke gombak. kerana viva putih susah buat keputusan, jika myvi merah mengajak untuk kejar mengejar hingga ke gombak, viva putih mau melencong ke one utama je sebab sesungguhnya viva putih tak tahu jalan nak ke gombak jika myvi merah dan waja silver hilang dari pandangan. akhirnya, selepas menempuh kesesakan, dan sesat hingga berpusing-pusing dijalan yang sama 2 kali, ketiga-tiga kereta tersebut sampai ke destinasi lalu menjamu selera dengan lauk kenduri kahwin.

inilah posing antara penumpang-penumpang myvi merah, waja silver dan viva putih. (driver waja silver dan myvi merah tidak kelihatan didalam gambar)









kelihatan myvi merah, waja silver dan viva putih dibelakang model...hehehe






No comments:

Post a Comment

LinkWithin