Monday, January 18, 2010

lukanya hati seorang aku...

17 Januari 2010

pukul 6 pagi lebih aku terjaga dari tidur. benda pertama aku cari ialah hp aku. mana tau semasa aku tidur, dia hantar sms pada aku. namun aku kecewa. serta merta tangisan yang terhenti kerana aku tertidur malam tadi, sambung kembali. niat hati nak pergi aerobik aku batalkan kerana mata aku bengkak sebab semalaman menangis. aku masih terbaring atas katil sambil menangis. aku tak dapat lupakan dia. aku tak boleh hidup tanpa dia. kenapa sampai hati dia buat aku macam ni sedangkan dahulu dia yang beria-ia mahukan aku walaupun ketika itu aku menolak cintanya. namun dia berusaha mendapatkan cinta aku dan bila aku sudah menyayangi dia sepenuh hati...tiba-tiba dia berubah. sesungguhnya aku tak tahu puncanya...cuma aku boleh mengagak saja.

sedang aku menangis, emak aku masuk ke dalam bilik. cepat-cepat aku berpura-pura tidur dan menutup muka aku dengan selimut kerana tak mahu mak aku tahu aku sedang menangis dan bersedih. selepas mak aku keluar, aku terus basuh muka dan mandi supaya aku segar sedikit. namun, ingatan terhadap dia tak pernah padam. aku terus mencuba menghubungi dia, namun hampa. kesakitan jiwa yang aku alami sama dengan sakit jiwa semasa ex aku yang dulu tinggalkan aku. kenapa aku ditipa nasib macam ni. aku tak tahu apa salah aku. entah di mana silapnya. setahu aku, aku lah yang selalu mengalah, aku lah yang selalu berkorban. akulah yang selalu bersabar. aku tak dapat cari di mana punca kesalahan di bahu aku.

bila aku dah reda sedikit, baru aku turun ke tingkat bawah. aku tak mahu sesiapa pun sedar yang aku baru lepas menangis. aku cuba berlagak seperi biasa. buat perangai aku seperti biasa. nakal dan suka mengacau orang. semuanya untuk menutup kesedihan di jiwa aku.

sesungguhnya aku tak boleh duduk sendirian dalam bilik. aku perlu keluar. kalau tidak, aku akan menangis dan menangis. lalu aku ajak kakak aku keluar pegi ke rumah kakak yang 1 lagi. sampai di rumah kakak 1 lagi, aku ajak pula kakak 1 lagi keluar. semuanya tak perasaan yang aku sedang berpura-pura happy. aku memang pelakon yang hebat. masa aku putus dengan ex aku yang dulu, setahun aku berlakon depan semua orang tanpa mereka ketahui yang aku dah putus dengan ex aku dulu. sebabnya, mereka tak pernah nampak aku menangis atau bersedih. sudah tentu aku menangis...hanya menangis boleh buat aku lega. tapi aku menangis hanya ketika orang lain tiada disekeliling aku. betapa sukarnya aku menahan, Allah saja lah yang tahu. kenapakah keikhlasan yang aku berikan, racun yang dibalas?

aku sudah nekad. malam ini, malam terakhir aku menangis kerana lelaki itu. cukuplah seksaan dan derita yang dia hadiahkan kepada aku selama ini. walaupun aku tak tahu apa kesalahan aku pada dia, aku redha dia tinggalkan aku. kerana dalam kamus hidup aku, tak pernah lagi aku tinggalkan orang yang aku sayang. seburuk mana pon mereka melayan aku, seteruk mana pon penghinaan yang aku dapat, aku tidak akan meninggalkan mereka. sebab sekali aku kata aku sayang dan cinta, selamanya akan begitu. dan akhirnya, kesabaran aku kerana masih bersama mereka, di balas dengan mereka meninggalkan aku. tak ape lah. setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga hati aku akan terus tabah. Allah menguji aku begini kerana Dia tahu aku mampu hadapinya biarpun bersendirian.

mulai esok...aku akan lupakan kisah sedih ini dan cuba menggembirakan hati sendiri. biarlah aku sendiri. Demi Allah, aku tidak akan cuba menghubungi dia lagi. aku sedang mempertimbangkan untuk menukar nombor telefon. bukan aku taknak dia hubungi aku, tapi aku takut aku yang akan terus hubungi dia. lagipon...dia takkan hubungi aku lagi. dia tak pernah kisah pun pasal aku. aku sakit atau mati pon dia takkan muncul jugak. hati aku benar2 terluka....pedihnya hati...aku betul2 nak menangis skang ni. tapi aku kat opis lagi. airmata memang dah bergenang depan pc ni. seperti biasa...aku akan cuba untuk cover...itu lah aku. dilahirkan hanya untuk disakiti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin