Sunday, April 17, 2011

surat untuk encik kelawar

kepada encik kelawar,

terima kasih kerana datang menjengah kami sekeluarga pagi-pagi buta tadi. namun, kami tak pasti apakah tujuan encik kelawar datang. kami rasa kami tiada buat apa-apa majlis yang menjemput encik kelawar ke rumah kami. bukanlah kami mahu mempersoalkan kedatangan encik kelawar, cuma kami mahukan kepastian. bukanlah kami tidak suka, tetapi rasanya tidak sesuai encik kelawar datang ke rumah kami. encik kelawar datang pun tanpa memberi salam. itu dah dikira menceroboh. mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.


disebabkan encik kelawar, kami berada dalam ketakutan? kami tidak cukup tido, resah gelisah dan menyebabkan rutin harian kami terganggu. disebabkan encik kelawar, saya terjaga pukul 4 pagi kerana terdengar bunyi-bunyian yang pelik tidak jauh dari tempat kami tido. disebabkan encik kelawar jantung saya berdegup laju sambil tertanya-tanya makhluk apakah yang baru melanggar tingkap dan jatuh berhampiran rak majalah. disebabkan encik kelawar sayan menjerit kerana terperanjat dan ketakutan kerana encik kelawar tiba-tiba terbang selepas berjaya keluar dari dalam rak majalah.

tahukah encik kelawar yang encik kelawar telah membahayakan arissa, saya dan encik capo? encik kelawar telah terbang rendah apabila melalui arissa yang sedang lena tido sejak balik dari kampung semalam? disebabkan itu, saya sebagai emak yang mempunyai ciri-ciri melindungi, telah cepat-cepat menyelubungkan diri bersama arissa dibawah selimut tebal sambil menjerit mengejutkan encik capo. hal ini telah menyebabkan arissa berpeluh-peluh kerana kepanasan walaupun dia langsung tak sedar apa yang berlaku.

encik kelawar telah terbang tidak tentu arah dalam rumah menyebabkan saya takut untuk tido. saya terbayangkan encik kelawar tiba-tiba hinggap pada saya atau arissa. saya sangat ngeri memikirkan hal itu. encik kelawar binatang yang bahaya. macam mana kalau encik kelawar tiba-tiba menyerang kami sekeluarga? disebabkan encik kelawar, saya takut nak bangun masak di dapor. walaupun saya tak tahu ke mana encik kelawar telah terbang, tapi saya tahu encik kelawar masih berada dalam rumah kami.

encik kelawarlah punca saya dan encik capo lewat ke pejabat hari ni. sebabnya, saya takut nak bangun memasak walaupun loceng pada henpon saya dah berbunyi seawal pukul 6 pagi. saya takut encik kelawar akan teman saya memasak di dapo. disebabkan takut kepada encik kelawar, saya pura-pura tidak mendengar bunyi alarm dan buat-buat tido sambil peluk arissa. sedar-sedar sahaja dah pukul 7.15 pagi. kelam kabut saya bangun tido menuju ke bilik air. namun begitu mata saya masih meliar mencari di mana encik kelawar bersembunyi. selepas mandi dan bersiap-siap, saya memberanikan diri mencari encik kelawar sambil berdoa encik kelawar dah keluar mengikut jalan yang sama encik kelawar masuk. naluri saya berat mengatakan encik kelawar ada di sudut dinding berhampiran meja makan. walaupun saya tidak nampak encik kelawar disitu, saya terus merenung disitu dan akhirnya telahan saya benar apabila terlihat encik kelawar sedang menyelubungkan diri dengan sayap di atas kotak. walaupun encik kelawar cuba menyamarkan diri dengan bersembunyi di bahagian kotak yang berwarna hitam sama macam warna badan encik kelawar, namun saya masih boleh nampak encik kelawar.

saya takut nak halau encik kelawar. saya takut encik kelawar marah lalu menyerang saya sekeluarga. saya tak mahu menjadi batwoman, saya tak mahu arissa jadi batgirl dan saya tak mahu encik capo jadi batman. jadi saya dan encik capo membiarkan saja encik kelawar tido disitu. saya langsung tak cerita kepada arissa tentang encik kelawar sebab risau arissa takut pula. ketika saya di dapo membasuh botol susu arissa mata saya tak lepas-lepas memandang encik kelawar sebab takut kalau tiba-tiba encik kelawar dah terbang ke singki pula. saya rasa encik kelawar dah tido tapi saya tetap takut. saya juga geli dengan encik kelawar.

tahukah encik kelawar yang saya mengantuk sangat kat opis hari ni sebab tak cukup tido? encik kelawar, saya merayu kepada encik kelawar supaya sebelum kami balik keje petang karang, encik kelawar silalah keluar dari rumah kami. saya benarkan encik kelawar tumpang tido beberapa jam tapi tolonglah keluar sebelum pukul 6 petang ni. sekiranya encik kelawar masih ada di rumah kami semasa kami balik nanti, diharap encik kelawar tidak mengapa-apakan kami. pulanglah ke tempat asalmu encik kelawar. pasti keluarga dan rakan-rakan sedang mencarimu. mereka pasti merindui encik kelawar yang tidak pulang-pulang ke rumah. semoga encik kelawar memahami perasaan saya yang  risaukan keselamatan keluarga saya. pulanglaj ke rumahmu encik kelawar. pulanglah....sesungguhnya kita tidak sesuai tinggal serumah...


yang benar,

wildcutecat *_*

2 comments:

  1. harap-harap encik kelawar buka blog ini dan baca keluhan kawan saya ya.. huhu..

    ReplyDelete
  2. hehe. nampaknye encik kelawar bace surat akak. die dah balik ke tempat asalnye. ^_-

    ReplyDelete

LinkWithin