Thursday, March 31, 2011

hari sayur kami

hari khamis bukan saja hari memakai baju batik, bukan juga hari malam jumaat ;-p, kini...hari khamis diishtiharkan sebagai hari sayur secapo atau hari vege secutecat. huhuhu. mulai minggu ni aku dan encik capo telah setuju supaya hari khamis hanya makan sayur-syuran saja. maknanya, takde daging, takde ayam, takde udang dan sebagainya. hanya sayur-sayuran.


oleh sebab itu, pagi ini aku telah masak sup sayur, kentang goreng home made, dan juga coslow. kentang goreng home made maksudnya, bukan kentang goreng yang dibeli dipasaraya yang dah siap paking terus goreng tu. tapi kentang bulat yang dikupas kulitnya kemudian dipotong panjang-panjang lalu digoreng sehingga garing. hebat kan? huhuhu. coslow pun buat sendiri jugak. so hasilnya...


taraaaaa....

semangkuk kentang goreng, 2 mangkuk sup sayur dan semangkuk coslow
ini semua adalah bekalan ke opis untuk hari ni. breakfast kat rumah adalah semangkuk sup sayur dan juga segelas susu HL ^_^. kalau tak tau susu HL tu apa, sila tengok gambar di bawah:

model bersama susu HL. huhuhu *_*

* wajah model yang  menahan kesakitan akibat ibu jari terluka sebab pertama kali  kupas kulit kentang. huhuhu

4 comments:

  1. weh mana ada kali pertama...kali pertama luka je...

    ReplyDelete
  2. hari ini kantoi sket sebab ada susu HL...lupa la ianya merupakan susu lembu...huhu

    xpe next week ada lagi...

    ReplyDelete
  3. sengkuang a.k.a lengkuas tak de dalam menu ke? khamis depan ok...

    ReplyDelete
  4. capo: pasni minum susu soya la hari khamis. huhhu]

    mekchu: ahak ahak ahak. teringat kat restoran sifu la plak. cane tah leh terkonpius lengkuas n sengkuang. huhu

    ReplyDelete

LinkWithin