Thursday, March 17, 2011

udang menjalar yang menggoda



korang dah makan pizza hut terbaru? yang ada udang menjalar atas pizza tu. huhuhu. aku dah makan dah tengah hari khamis minggu lepas. makan kat pizza hut seremban parade. pegi dengan encik capo grande berdua je. tapi dah janji jumpa dengan kaktih dengan lida kat pizza hut seremban parade. so, kesimpulannya yang turut makan pizza hut hasil belanjaan aku hari itu ialah aku, encik capo, kaktih, husband kaktih, lida dan kawan encik capo.

mesti a aku yang belanja. sebab aku yang teringin nak makan. tengok udang dia besar-besar je menjalar atas pizza tu. tak ke tergoda nengoknye. makan reramai meriah sket. tu yang ajak adik beradik skali tu. lagi pun ada duit lebih boleh la belanja belanja. kalau duit dah sesak, sonyap-sonyap jo la makan masak kat rumah. huhuhu.

sedap gak la rasa dia. tapi tak boleh makan lebih dari 2 potong. sebabnya, potongan pertama tu sedap dan makan pun laju jek. potongan kedua tu enak sebab tak puas makan potongan pertama. sampai potongan ketiga, dah jadi muak dan makan pun dah slow. puncanya sebab terlalu banyak cheese. keduanya sebab makan 2 potong pun dah boleh kenyang sebab besar.

tapi rasa dia memang sedap la. tak puas makan udang tu. cuba letak udang tu banyak sket la lenkali. huhuhu.
so sape yang bercadang nak makan  pizza baru ni tapi teragak-agak sedap ke tak sedap, pegi la terai. memang sedap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin