Wednesday, April 20, 2011

pergi lah pergi

 20 April 2011, 11.30 malam (waktu menaip ini entri)

hmmm...minggu ni minggu entri untuk encik kelawar kekdahnye. alkisahnya semalam (selasa) aku dan encik capo berjaya kurung encik kelawar bawah kotak. kami kurung je tapi tak halau keluar rumah lagi. sebabnye, dua-dua penakut nak keluarkan. takut kalau encik kelawar tiba-tiba terlepas keluar dari kotak. makanya hari ni (rabu) kami pegi keje dengan meninggalkan encik kelawar bawah kotak dalam rumah. sementara tu kami fikir la cane nak keluarkan encik kelawar tu bila balik nanti.

petang tadi lepas amik arissa, kami singgah di pacific@the store sebab nak beli susu arissa dan barang-barang keperluan dapo. lepas abis beli barang kami pun balik. masa tu dekat-dekat pukul 8 malam. kami dengan konfidennya bukak pintu dan terus masuk. petik je suis lampu terus nampak kelibat encik kelawar terbang kat ruang tamu. serta merta kami lari keluar. cemas betul masa tu memikirkan macam mana encik kelawar boleh terlepas keluar. kami tak pasti samada kelawar yang sedang terbang dengan megahnya kat ruang tamu tu kelawar yang kami kurung atau kelawar lain yang masuk rumah kami.

aku dah cukup trauma dikejar encik kelawar petang semalam (selasa). tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan encik kelawar lagi. kami terkandas kat depan rumah sendiri. takut nak masuk. asal bukak pintu je encik kelawar tengah terbang dalam bentuk bulatan. kejap terbang tinggi kejap rendah. nak masuk pun teragak-agak. kebetulan kaktih n family datang lak kat rumah. masa tu memang kami bertiga tengah berdiri kat depan pintu rumah tak masuk-masuk. hahahaha.

kelihatan encik capo dan abg fida sedang cuba menghalau encik kelawar
dengan kedatangan kaktih n family, ketakutan kami berkurang sedikit. encik capo dibantu oleh abang fida telah bekerjasama cuba menghalau encik kelawar. arip, helmi n shira pun turut membantu. aku hanya menunggu diluar dengan kaktih dan arissa. tapi sekejap-sekejap aku meninjau bila terdengar anak-anak buah aku menjerit. tetiba jadi lawak plak masa tu tengok dorang menjerit-jerit. agaknye semalam (selasa) kalau korang tengok macam mana kami menjerit dikejar encik kelawar mesti kami kena gelak beramai-ramai.

arissa dengan maktihnya diluar pintu rumah
encik kelawar ni memang degil tau. die terbang sana-sini hinggap kat tingkap tapi tak keluar-keluar. dah bukak tingkap ni, dia g hinggap kat tingkap yang tak dibukak. bila dia hinggap kat tingkap, aku pun baling dengan selipar supaya encik kelawar terbang keluar. tepat-tepat selipar tu kena encik kelawar. kelam kabut dia terbang, serta merta aku pun turut kelam kabut lari menyelamatkan diri. huhuhu.

nampak tak encik kelawar dalam bulatan tu?
arissa plak tetiba menangis-nangis membuatkan aku terpaksa bawak arissa lari masuk dalam bilik meninggalkan mereka yang lain berusaha menghalau encik kelawar keluar. baru je 30 saat aku masuk bilik, shira datang ketuk pintu bagitau encik kelawar dah keluar ikut tingkap. fuhhh...lega aku. maka berakhirlah episod encik kelawar dalam rumah kami. semua tingkap dipastikan ditutup serapat-rapatnya supaya encik kelawar tak boleh masuk lagi. entah macam mana encik kelawar boleh terlepas keluar dari kotak tu. bikin kami cemas dan menggigil je masuk-masuk rumah nampak encik kelawar tengah terbang sana sini.

encik kelawar....jangan datang rumah kami lagi. pergi la tempat lain ye. kami pasti kami tak mahu jumpa encik kelawar lagi. terima kasih kepada kaktih n family yang datang sebab nak amik baju, tapi tepaksa tolong halau encik kelawar skali. dengan kehadiran mereka, memudarkan rasa takut kami. kalaulah kami berdua je yang halau encik kelawar tu, aku pasti...bangunan apartmen ni akan digegarkan dengan suara jeritan kami lagi. ahak ahak ahak. dan belum pasti encik kelawar keluar dari rumah kami.

leganya rasa bila encik kelawar dah keluar...tak sanggup hidup diselubungi kelawar lagi...

1 comment:

  1. masa aku kecik2 dulu pun pernah ada kelawat hinggap kat bucu kelambu. Nasib baik dia x boleh masuk. hihi

    ReplyDelete

LinkWithin