Wednesday, April 13, 2011

cucuk di klinik, tido di opis

citer dalam entri ni pasal hari isnin lepas (11/4/2011). baru berkesempatan nak mengupdate blog sebab bz yang teramat2 kat opis. bila dah balik rumah letih + mengantuk plak.

hari isnin hari tu aku dan encik capo menghantar arissa untuk dicucuk sebab dah 3 bulan. sepatutnya 1/4 hari tu appoinmen cucuknya kat klinik sukhilmi. tapi disebabkan bizi sangat dengan keje dan ISP, maka kami terlupa pasal appoimen arissa. arissa pun tak ingatkan kami. mungkin dia sengaja supaya tak payah kena cucuk. hahaha.


so hari isnin tu bila teringat, terus je bawak arissa g klinik sukhilmi. senang bawak g klinik swasta. bila2 je boleh pegi + tak yah nak membazir masa menunggu giliran lelama. cuma duit kena keluar lebih la. so, masa kena cucuk sebulan dan 2 bulan, arissa tak menangis pun. adakah bulan ke tiga ni arissa akan menangis???huhuhu


seperti bulan-bulan sebelumnya, arissa tetap kuat. dia tak nangis pun. cuma dia marah bila aku dan nurse pegang tangan dan kaki dia kuat-kuat. kompem la kena pegang kuat-kuat. takut nanti masa doktor sukhilmi tengan cucuk, arissa pegi tendang sana sini tak pasal-pasal doktor sukhilmi tu tercucuk tangan aku tak pun tangan nurse. huhuhu. nak harapkan encik capo tolong pegang arissa jangan harap la. dia lebih sanggup tengok bini dia beranak dari tengok anak die kena cucuk. ahak ahak ahak. nasib baik la mak ko nih wanita besi, arissa ^_^.

 arissa lepas kena cucuk.
lepas setel, kami pun terus ke opis dengan membawa arissa sekali. masa tu dah dekat pukul 4 petang. ada 1 jam lebih lagi nak balik keje. malas pulak nak hantar arissa kat rumah wan dia balik. kang 2,3 kali nak kena patah balik. arissa plak macam nak tido masa kat opis. budak2 kalau nak tido paham-paham je la meragamnya macam mana. itu tak kena ini tak kena. puas aku pujuk2. kang melalak, 1 opis tekejut kang. hahaha. bagi arissa susu, dia pun telelap. dah jadi 1 hal pulak mana aku nak letak arissa. stroller dia tak bawak pulak. so, aku pun mendapat idea.


cuba teka arissa tido kat ne ni?
















































taraaaa...


hahaha. aku baringkan arissa atas meja aku je. nasib baik aku ada 2 blazer. so 1 buat alas, 1 lagi jadi selimut. sejuk kat opis. aku yang besar ni pun tak tahan, ni kan plak arissa. bantal memang aku ada kat opis. buat alas tido tengah hari kalau tak balik rumah. aku pun buat keje sambil arissa tido kat depan monitor. encik capo ntah mana hilangnya tah.

pukul 5.30 petang je terus balik rumah. cian kat arissa tak selesa. tido pun terperanjat-peranjat je sebab tak kena bedung.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin