Tuesday, April 19, 2011

kami serupa

weekend hari tu aku, encik capo dan arissa telah balik kampung aku di kuala pilah. turut serta ialah emak aku, kakngah n family dan lida. lama gila aku tak balik kampung. ada 5, 6 bulan agaknya. salah satu sebab aku balik ke kuala pilah ialah sebab nak menghadiri majlis persandingan salah seorang kawan baik aku masa sekolah menengah dulu iaitu siti norsham. semoga berbahagia hendaknya.



masalah aku kalau aku pegi rumah orang kawin ni kan, mesti aku jeles tengok pelamin diorang. cantik sangat. dah banyak rumah orang kawin aku pegi, aku mesti akan jeles dengan pelamin. sebabnya masa aku kawin dulu, pelamin aku indah kabar dari rupa. aku dijanjikan pelamin macam ni macam ni macam tu. buat aku teruja dan bayangkan yang indah-indah. tapi bila sehari sebelum kawin, pelamin siap dipasang, aku panas hati sangat2. aku bayar mahal, macam tu rupa pelamin yang die buat??? benci betul kalau aku teringat tau! tak berbaloi bayar mahal2.

possing dalam keta 
cis sudah menyimpang dari cerite asal. aku sebenarnya nak tempek gambar aku dengan arissa yang berbaju sedondon ke kenduri kawin. hehehe. seronok bile dapat anak pempuan. boleh matching-matching baju dengan mak die. comel je rasa. huhuhu.

budak tome ni letih sangat baru balik dari kenduri kawin
comelnye arissa berbaju kurung. lepas pegi kenduri kawin, kami pegi melawat kawan sekolah yang baru lepas bersalin.
muka baru bangun tido dengan rambut terpacak.

possing sakit pinggang. hahaha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin