Monday, May 24, 2010

i'm back

setelah lebih 2 minggu menyepikan diri, akhirnya hari ini aku muncul kembali. bukan sengaja atau merajuk, tapi paham-paham je lah, kesibukan yang aku alami demi menguruskan majlis perkahwinan aku dengan capo grande. so bermulanya saat ini, aku menaip entri sebagai isteri kepada capo grande. huhuhu. rasa janggal yang teramat. isteri???suami??? aku perlu biasakan diri dengan status baru ku ini.



entri aku hari ni bukanlah nak cerita pasal majlis kami yang berlangsung minggu lepas. tetapi pasal hari pertama aku memulakan tugas di UPTM setelah 2 minggu bercuti. citer pasal majlis kahwin aku, aku citer entri lain memandangkan gambar pon aku tak dapat tengok lagi. huhuuhu.

masuk-masuk je opis hari ni, terus kena mengajar kat bilik latihan ict selama 4 hari mulai hari ni sampai khamis. bukan aku seorang, tapi dengan viruspadu skali. huhu. neves jangan cakap lah. dah la ramai. ntah berapa kali aku keluar masuk tandas, tak dapat nak kira lagi. tiba-tiba je sakit perut bila dah masuk dalam kelas. ntah la. aku memang neves lebih-lebih lagi kalau kena mengajar. bayangkan la, bercakap depan ramai orang, nak mengajar lagi. stat-stat je aku dah menggelabah. puas dah aku cover gigilan kaki aku, tapi entah tercover entah tidak. lepas 15 minit, aku mintak jasa baik viruspadu@kak jemah untuk sambung a.k.a cover kejap kelas sampai neves aku stabil.

wah..aku tengok kak jemah ngajar steady je. tak neves pon macam aku. huhuu. sambil-sambil kak jemah ngajar, aku bace2 nota untuk sambung balik lepas ni. lepas rasa dah ok neves aku. aku pon sambung ngajar balik sampai a skang. rasa ok sket kot. awal2 tadi je aku menggelabah sangat. kelas abis pukul 4.30 petang. esok sambung lagi. huhuhu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin