Tuesday, July 19, 2011

pengalaman jadi ketua pengawas

masa sekolah-sekolah dulu kan, aku teringin nak jadi pengawas. tapi tak kena pilih pun kat cikgu. mungkin aku pendiam sangat. tak sesuai jadi pengawas. huhuhu. aku dapat jadi pengawas perpustakaan je. jadilah. janji baju bukan kaler putih. ahak.
bila dah keje ni tetiba berpeluang jadi pengawas. bukan pengawas. tapi ketua pengawas. hehehe. jangan saspen ok. aku jadi ketua pengawas untuk exam ptd sabtu lepas. sementara orang lain sedang seronok bercuti di hari sabtu aku menjalankan tugas di sekolah yang berkenaan. exam ptd tersebut dibuat kat beberapa sekolah kat seremban ni. so aku dapat kat sekolah kat ampangan.

exam bermula pukul 9 pagi. tapi pukul 8.10 minit pagi aku dah sampai kat sekolah tu. sebagai seorang ketua, kena la datang awal. cewah cewah. tapi rupa-rupanye ada 2 orang pengawas iaitu penolong aku dah sampai lagi awal. dorang tengah sibuk-sibuk susun meja. sebagai seorang ketua yang diberi tanggungjawab, aku pun tanya la, meja ni tak bersusun lagi ke? sebab sepatutnya pihak sekolah yang kena sediakan dewan peperiksaan. kena susun meja dan kerusi, letak jam kat dewan, mic, papan putih dan sebagainya. penolong aku cakap, memang tak bersusun langsung. dengan bersepah-sepah tak bersapu. takde jam kat dinding.

calon-calon yang nak amik exam ada yang dah sampai dan duduk kat luar dewan. aku yang tekejut terus je pegi carik pak guard sekolah. kalau ikutkan perangai sebenar aku, memang jangan harap aku nak pegi carik pak guard tu. tapi disebabkan aku ialah ketua...maka aku kena la jalankan tugas. aku pun pegi la jalan kat pondok pak guard tu dan tanya dia. kenapa dewan tak kemas? kerusi meja tak cukup. calon amik periksa ada 100. tapi kerusi meja yang ada 70 lebih je. camno tu? pak guard tu pun cakap dia tak tau. pastu terus dia panggil ada sorang kakak tu. tak tau la aku dia cikgu sekolah atau siapa. kakak tu kate dia tak tau langsung ada exam nak pakai dewan. peliknya. setau aku pentadbiran aku mesti dah bagitau. pastu dia kata dia memang tak tau apa. kalau nak meja kerusi kena amik kat kelas, tapi kena amik sendiri la. pastu susun balik. adoi. bole plak cam tu.

so, aku pun suruh la penolong2 aku pegi susun meja kat kelas tak jauh dari dewan tu sebab dewan tak muat. dah nak pukul 9 pagi aku pun suruh calon2 exam masuk. cewah2. aku kena bercakap kat mic. depan ramai orang pulak tu!!!! gile. ikut perangai sebenar aku, memang aku akan lari kalau terpaksa bercakap depan ramai orang. tapi aku kena cuba. sebab tu aku apply jadi ketua pengawas ni. tujuan utama sebab aku nak melatih diri aku sendiri. bercakap dengan orang. cuba menguruskan situasi dan macam2 lagi. itu tujuan utama aku nak jadi ketua pengawas masa exam ptd ni. ini baru langkah permulaan untuk aku majukan diri sendiri dan juga memperbaiki diri.

so, setiap kali exam stat dan abis, aku la yang kena buat pengumuman, bagi arahan itu ini. tapi yang bestnya aku memang berkuasa hari tu. ahak ahak ahak. aku cakap jangan stat jawab dulu, semua orang ikut je. aku cakap cek kertas soalan, semua orang cek. hehehehe. aku cakap boleh stat jawab, semua serentak fokus. aku cakap masa dah abis, sila letak pensel, semua letak. hehe. teringat masa aku amik exam ptd dulu-dulu. macam tu la. tapi takde rezki jadi ptd. jadi p** la skang. keje aku bukan buat pengumuman je. aku kena semak senarai kehadiran. kena cek 5 kali sebab 5 kertas dorang kena jawab dari pukul 9 - 3.30 petang. aku ada 5 orang penolong iaitu yang jadi pengawas la. ada yang ok ada yang kerek. orang tengah jawab exam dorang g beborak kuat-kuat. tak ke mengganggu tu. mula-mula aku biar je. tapi sebab tak reti nak slow, terpaksa la aku tegur. mengganggu orang nak jawab exam. ada yang rajin wat keje, ada yang duduk tercongok tak buat apa-apa. nak dapat elaun free free tak buat keje la tu. huhuhuh.

time rehat aku tak keluar makan. kalau aku keluar makan, sape nak jaga kertas-kertas soalan yang ada kat dewan tu? so, sebagai seorang ketua, aku berkorban bagi penolong2 aku pegi keluar makan. aku stay kat dewan jaga kertas soalan. tapi aku tak keseorangan. encik capo dan arissa datang menjenguk sambil bawa bekal nasi lemak. hehehe. 

so, lepas ni aku tak mau jadi ketua pengawas lagik. penat. walaupun aku duduk je tapi penat sebab kena semak senarai kehadiran berkali-kali setiap sesi exam. nasib baik yang datang 49 je daripada 100. kalau tak berpinar-pinar mata aku nak semak 500 nama. huhuu. 500 sebab 5 kali sesi exam. setiap kali exam, kena amik senarai kehadiran dan kena semak. so lepas exam abis, aku la bertanggungjawab hantar kertas jawapan ke tempat yang diberitahu oleh urusetia. walaumacammana pun ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tapi...cukup la sekali. memang penat...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin