Thursday, March 17, 2011

hari keempat yang tak sihat

4 hari tidak ke opis. demam + sakit kepala yang amat. 2 hari berturut bangun pagi nak siap2 ke opis, akhirnya terpaksa batalkan niat kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. pagi tadi pukul 5.30 pagi dah terjaga. niat hati nak masak breakfast. tapi terpaksa batalkan sebab rasa pening kepala. berpusing-pusing rasanya semua benda. aku sambung tido balik dan terjaga pukul 6.25 pagi.



terus aku bangun nak g mandi walaupun kepala berpusing-pusing. jalan pun dah terhoyong hayang nak ke bilik. sejak ada arissa kami tak tido dalam bilik. tido kat ruang tamu. sampai kat bilik aku dah tak boleh tahan pening kepala terus merebahkan diri di atas katil. demam dah surut tapi pening kepala pulak yang amik alih. last-last aku tak ke opis. tak boleh nak bediri tegak pun macam mana nak ke opis? huhuhu

di rumah aku tinggal berdua je dengan arissa bila encik capo pegi keje. macam yang pernah aku cakap, arissa ni sangatlah pandai dan memahami. disebabkan aku terlampau pening dan tak larat nak bangun, arissa dia tido je. selagi aku tak bangun, selagi tu la dia tak bangun. kalau masa aku sihat tak sakit, aku baru nak terlelap dia dah bangun. tak pun dia tido sekejap je tak sampai setengah jam. tapi sejak aku sakit ni, berjam-jam dia tido. mau kasi mak dia rehat agaknya. huhuhu. bijak betul cayang mak ni. ^_^.

budak kecik yang baik ni tengah tido dengan rambut terpacak die...^_-
tapi kalau aku tersedar, walaupun pening kepala, aku tetap bangun dan kejutkan arissa minum susu. lepas abis je minum, mesti dia tido balik. pagi ni aku tak mandikan arissa pun. tak terdaya aku nak mandikan arissa. berjalan pun senget2 macam mana aku nak dukung arissa dan mandikan dia? tak pasal2 ada yang terjatuh. tak berani aku nak amik risiko tu. aku lap2 kan arissa je. petang ni kalau pening aku dah hilang, kompem aku mandikan arissa. arissa kan suka mandi. ^_^

harap-harap esok aku dah sihat dan boleh ke opis. banyak keje nak dibuat....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin