Sunday, February 13, 2011

terkini

sedar tak sedar dah 43 hari aku melahirkan arissa. pengalaman bersalin masih segar dalam ingatan seolah-olah baru berlaku semalam. kalau dulu berdua, kini dah bertiga. kehadiran arissa sangat menyerikan hidup aku. masih ada sehari lagi untuk berpantang namun aku dah beberapa kali melanggar pantang. adoi hai...orang aktif macam aku tak sesuai betul berpantang. huhuhu. tapi demi kebaikan masa depan, ku turutkan jua walaupun kadang kala berdegil untuk melanggar pantang. huhuhu.



baru semalam berpeluang timbang berat badan aku selepas bersalin. masa mengandung dulu berat aku xx kg. kini yy kg. masih perlu turunkan zz kg untuk dapatkan berat badan aku yang asal. huhuhu. sebenarnya aku nak upload gambar terkini aku selepas bersalin. kalau korang perasan, sejak aku mengandung, sekali je aku upload gambar sendiri iaitu masa pegi team building opis aku beberapa bulan lepas. bukan apa...faham-faham je la kalau mengandungkan badan membesar. so..xsesuai aku nak upload gambar. hik hik hik.

tengah hari tadi, aku bersama encik capo dan arissa telah menghadiri majlis perkahwinan teman seopis. tahniah kepada awie dan yati. dalam pantang pun sempat lagik pegi kenduri kawin. tak pasal-pasal aku minum air berais tadi sebab takde pilihan. huhuhu. di majlis tadi sempatlah bergambar. gambar pertama aku selepas bersalin. kalau dulu bergambar berdua, kini bergambar bertiga. enjoy ya...


sape yang kawin sebenarnye nih??? huhuu
budak tecik ni potostat muka bapak dia da...

2 comments:

  1. 15 februari adalah tarikh yg azlan ingat smpai bila2.. hehehe..

    lama tak jumpa ko adieb!!

    ReplyDelete

LinkWithin