semalam hari sabtu 26/2/2011, seawal pukul 6.30 pagi aku dah bangun. pukul 7 pagi dah mandikan arissa. arissa plak, bila dimandikan dan disiap-siapkan, bukan main suka dia. tergelak-gelak je, bikin hati mak dia berbunga-bunga bila tengok si anak ceria ^_^. manalah arissa tak ceria, sebab dia tau nak bawak dia jalan-jalan la. kalau tak, takdela pukul 7 pagi dah mandikan dia. biasanya kalau arissa bangun menyusu pukul 7 pagi, dia akan sambung tido dan bangun balik dekat2 pukul 10 pagi. (kecik-kecik dah ikut perangai ayah dia. huhuhu). pukul 10 pagi baru mandikan arissa. tapi hari ni luar biasa sebab pagi2 dah mandi.
sebenarnya pagi ni encik capo ada sukan ping pong. pukul 8 pagi kena ada kat komplek sukan seremban 2. untuk memberi semangat, maka arissa dan aku pun ikut la ke kompleks sukan. sementara encik capo berpeluh-peluh main ping pong, arissa tido dalam stroller manakala aku menjadi penonton.
ingatkan sekejap je...tapi pukul 1 pun belum abis ping pongnye. arissa dah rimas duk dalam stroller. nak tido je asik terkejut sebab jeritan suara penyokong-penyokong pasukan masing-masing. aku pulak dah sakit pinggang duduk berjam-jam. terpaksa bawak arissa jauh sket supaya dia boleh tido dengan aman.
|
arissa yang dah kerimasan |
pukul 1 lebih, sementara tunggu pertandingan ping pong abis, sempat aku menukar pampers dan baju arissa dalam stroller. sebabnya lepas ni ada tempat lain pulak nak dituju. ada 2 kenduri kahwin yang perlu kami pergi. satu di rasah kemayan dan satu lagi di paroi. antara sebab lain baju arissa perlu ditukar sebab baju dah basah dan masam bau muntah susu. entah berapa kali muntah da...
|
taraaa...arissa in purple |
tak lama pastu pertandingan ping pong pun abis. tahniah kepada kumpulan en capo yang dapat no 3. seterusnya kami ke kenduri kawin teman seopis di kelab golf rasah kemayan. tahniah kepada salmi afiz dan pasangan. tak sempat nak bergambar dengan pengantin. pengantinnya bizi melayan tetamu.
|
sempat bagi arissa susu |
|
|
lepas je makan, kami bergegas pula ke kenduri kawin di paroi iaitu kawan kepada encik capo. masa ni dah pukul 3 lebih kot. arissa pun dah rimas sangat. dengan cuaca panasnya, dengan tak puas tidonya, dengan berpeluh-peluhnya, arissa mula merengek-rengek menangis. arissa biasanya tak meragam. senang sangat jaga arissa. tapi disebabkan faktor-faktor di atas, arissa mula meragam. dah la aku sensorang kena handle arissa yang meragam. encik capo plak bila dah jumpa geng, hilang la dia g 'makan asap'. huhuhu. terpaksa amik gambar arissa supaya dia ok sebab dia memang suka tengok kamera.
|
arissa tengah mengamuk tapi mak dia mantain possing. huhuu |
lepas dah setel makan, aku pun tak sabar-sabar nak balik sebab kesian arissa dah rimas. lagipun aku nak sangat baring atas tilam. letih sangat dah badan. sebelum balik, sempat bergambar dengan pengantin.
|
kena usaha keras lagi nak kuruskan badan aku nih. huhuhu |
aktiviti tak berakhir disini. sebab lepas tu kami ke seremban parade beurut kat kedai urut siam. masa ni arissa tak ikut. hanya aku dan encik capo sahaja. sebab badan sakit-sakit, tu yang nak try g urut. sesungguhnya, insaf aku nak pegi beurut lagi. gilo sakit. badan ku dipijak-pijak dan kaki ku dilipat-lipat. sakit + geli. 1 jam beurut rasa macam 5 jam. ntah berapa kali aku tepis tangan amoi siam tu sebab aku tak tahan sakit. ahak ahak! lepas setel beurut kami ke senawang. untuk ape? huhuuh...sambung aktiviti sebelum bersalin. apa lagi kalau bukan pegi karoke. seperti aku bagitau tadi, arissa tak ikut. gilo apo nak bawak baby g karoke. so, hanya aku dan encik capo saja yang berkaroke. pukul 10 malam lebih baru balik. jemput arissa dan terus balik rumah kami. masing-masing pengsan sampai pagi sebab kepenatan. tapi encik capo je la yang pengsan. pukul 2.30 pagi arissa dah merengek-rengek nak susu. sebagai ibu mithali, aku pun gagahkan diri untuk bangun buat susu walaupun badan dah sakit-sakit kesan daripada diurut oleh amoi siam.
No comments:
Post a Comment