Sunday, February 20, 2011

jalan-jalan hari ahad

berehat bersama-sama kit kat dan arissa. huhuhu. aku baru lepas mengemas rumah, tapi belum habis lagi. dari hari tu duk mengemas tak sudah-sudah. bukan apa, kami kan baru pindah rumah awal bulan 12 tahun lepas. masa tu pulak aku tengah sarat dan selalu sakit-sakit kaki. so, tak dapat mengemas sangat. kemas mana yang patut je la. so skang, dah bersalin dan dah habis pantang, kena lah mengemas balik mana yang patut. sementara baki cuti ada lebih kurang 2 minggu ni kenalah buat skang.



aku nak citer pasal aktiviti semalam. semalam kami bertiga ( aku, encik capo dan arissa) telah menghadiri kenduri kahwin kawan encik capo di tampin. kali kedua arissa menghadiri kenduri kahwin sejak dia lahir. yang bestnya arissa pun dapat door gift dari pihak tuan rumah. dalam beg untuk kanak-kanak tu ada air kotak dan gula-gula.  tapi mak n ayah kau lah yang kejekan nanti. huhuhu.

me and my baby girl

bergambar bersama pengantin
lepas pegi rumah kenduri, kami singgah di pekan tampin. 1st time untuk aku dan arissa berjalan-jalan di pekan tampin. kali ni arissa tak naik stroller. dia duk dalam beg dukung baby tu. biarlah encik capo grande plak yang dukung arissa dalam beg tu. sebab masa dalam perut dulu, aku dah bawak ke hulu hilir tanpa bantuan beg dukung baby. ahakz.

bershoping gak la kat tampin tu. beli komik, apron, seluar, baju baby, kain ela dan lampu. sian tengok arissa yang duk dalam beg tu. tak selesa agaknya dan panas. berpeluh-peluh dia sampai tertido dalam tu. lebih kurang pukul 5 petang, kami pun menuju balik ke seremban sebab semua dah keletihan.

arissa yang keletihan terbaring dalam keta


sampai-sampai rumah je tak sempat simpan simpan barang-barang yang dibeli, tiga-tiga dah bergelimpang atas tilam. huhuhu.

leganya dah sampai rumah, dapat baring atas tilam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin