Sunday, May 22, 2011

kami mahu pulang

sambungan entri shopping sakan

breakfast roti canai

hari ni (isnin 16 Mei 2011) hari last kami di kuala terengganu. pagi tu breakfast rori canai kat kedai depan hotel. lepas brakfast kami ke pasar payang lagi untuk last shopping. lepas dah shopping terus balik hotel. masa ni dah dekat pukul 11 pagi. sebelum chekout nak rehat-rehat baring dulu. barang-barang memang dah packing malam tadi. sepatutnya pukul 12 kena checkout tapi kami mintak checkout pukul 1.

tengah sibuk shopping
dah puas rehat, kami pun bersedia untuk checkout. arissa macam paham-paham je dah nak balik seremban. dia pun mula la merengek rengek buat suara sedih. tak mau balik syok duk hotel dan jenjalan agaknye. kami singgah di kedai 007 untuk beli keropok lekor mentah untuk bawak balik seremban. beli jugak keropok yang dah siap goreng sebab nak pegi bekelah kat pantai batu burok sebelum balik. berkelah dalam setengah jam pastu kami pun meneruskan perjalanan untuk balik ke seremban. kali ni lagi kuat arissa menyanyi-nyanyi dengan nada sedih. kelaka pun ada. memang tak nak balik budak kecik ni.

berkelah kat pantai batu burok

sampai kemaman, kami singgah di Mesra Mall. singgah sini untuk makan dan jenjalan. sampai sini lebih kurang pukul 4 petang. 2 jam lebih kami dalam ni. pukul 6 lebih kami teruskan perjalanan pulang. so sepanjang perjalanan aku dan arissa tido dalam keta. huhuhu. takdo apo nak buek. tido ajo la.



lebih kurang pukul 10 malam aku terjaga sebab tetiba rasa panas. rerupanye encik capo tutup ekon. lepas aku mengadu panas, encik capo pun pasang ekon balik. lepas tu baru aku perasan minyak tinggal 2 bar. aku pun mula la nak comeh. R & R jauh lagi. disebabkan aku comeh minyak tinggal 2 bar makanya aku tak boleh nak sambung tido. asik tengok signboard brape km lagi nak sampai R & R. tak lama pastu minyak pun berkelip-kelip. makno e minyak dah nak abis. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......R & R jauh lagik. aku risau kalau kami tersadai tepi jalan tengah2 malam ni. nasib baik tak lama pastu sampai R & R genting sepah. lega gile aku wei. bersyukor sesangat. sepanjang minyak tinggal 2 bar dan dah berkelip2 tu aku tak henti baca selawat dalam hati dan berdoa perjalanan kami dipermudahkan.

arissa yang tengah sedih bila nak meninggalkan kuala terengganu

lepas isi minyak, singgah kat mcd genting sepah sebab aku dah kebulur. pas dah makan, perjalanan diteruskan. disebabkan minyak dah diisi penuh, maka aku dan arissa pun tido dengan lena sekali. tau-tau encik capo dah kejut dah sampai. so, kiteorang sampai rumah pukul 12.10 malam. sampai2 rumah tak terus tido walaupun penat gile. layan 'how i met your mother' dulu kat astro. lepas tu aku tetido dengan sendirinya sebab kepenatan. maka, berakhirla entri cuti cuti kami di kuala terengganu.

ole-ole untuk kengkawan dan famili

2 comments:

  1. cepatnyer arissa besar. pakai gown itam tu macam dah setahun dah. haha

    ReplyDelete
  2. hehe. gown tu labuh, tu yang nampak arissa dah besar.

    ReplyDelete

LinkWithin