seperti yang semua orang tahu, semalam (8 Mei 2011) adalah hari ibu. tiap-tiap tahun, kiteorang adik beradik memang sambut hari ibu untuk emak kiteorang yang tercinta. buat makan-makan dan kompem la kek wajib ada. seperti tahun-tahun lepas, tahun ni pun buat sambutan hari ibu untuk mak aku jugak. kali ni buat kat rumah aku plak sebab sebelum2 ni buat kat rumah kakngah. seperti setiap tahun jugak, aku lah mastermindnye. tapi kiteorang share la duit beli makanan dan lain-lain.
tapi tahun ni memang lain dari tahun-tahun lepas. sebabnya aku uruskan semua. dari perancangan, budget, tempat dan juga penyediaan makanan. sebenarnya tak plan pun. tiba-tiba masa masak breakfast pagi semalam aku rasa nak sambut gak hari ibu tahun ni. ye la, tiap-tiap tahun sambut, takkan tetiba tahun ni tak sambut lak kan. macam tak sempurna lak rasanya. lepas kira masa untuk keluar beli barang dan masak, aku pun hantar invitation kepada adik beradik melalui sms. majlis makan-makan akan bermula pukul 5 petang.
|
makanan-makanan yang disajikan |
pukul 12 tengah hari aku, encik capo dan arissa pun menuju ke pacific untuk beli bahan-bahan nak masak. MASAK ok. ha ni lagi satu beza sambutan hari ibu tahun ni dengan tahun-tahun lepas. biasanya menu sampingan adalah pizza hut tak pun sate tak pun kfc. pastu makanan macam mee hoon atau mee kari dan lain-lain mak aku masak. kelas kan, nak sambut hari ibu tapi suh mak yang masak. hahahha. TAPI! tahun ni aku yang masak semua. mak aku, aku suh datang makan je. aku juga tak minta bantuan adik beradik untuk datang rumah tolong aku masak. biar aku uruskan semua.
|
antara tetamu-tetamu yang hadir |
pukul 2 petang aku stat masak. arissa memberi kerjasama yang baik sebab balik je dari pacific, dia terus tido. so, lepas arissa tido aku pun stat berperang di dapo sensorang. encik capo nak tolong tapi aku tak bagi. macam aku kata tadi, biar aku uruskan semua.cuma mintak tolong encik capo kupas bawang je. menu yang aku dah listkan adalah mee hoon, popia, sandwich sardin, ayam goreng berempah (yang segera la. tinggal nak goreng je), kek dan desert iaitu nata de coco dan aiskrim (ni pun beli dah siap). pastu ada la cikidis dan gula-gula untuk kanak-kanak.
|
tetamu lagik |
mula-mula, aku siapkan bahan-bahan untuk buat popia. simple je timun dan taugeh. lepas tu aku siapkan bahan-bahan nak masak mihun. sawi, udang, sotong. bawang aku dah siap blender. bila semua bahan-bahan dah siap, aku stat masak bahan untuk inti popia. pas dah masak, isi bahan yang dimasak tadi atas kulit popia dan gulung-gulung. part yang ni makan banyak masa. sambil menggulung popia, aku goreng ayam berempah. so, 2 keje dalam satu masa. kejap g tengok ayam dalam kuali, kejap menggulung popia. berpeluh-peluh ketiak aku. lepas dah siap gulung semua popia, aku pun goreng. sebelah goreng ayam berempah (tak abis goreng lagi sebab 3 paket aku goreng), sebelah goreng popia. kiri kanan aku kontrol.
|
arissa dan tasha |
encik capo dah berapa kali datang dapo nak tolong. tapi aku tak bagi. biar aku uruskan semua. muahahaha!!! aku mintak tolong kemas ruang untuk makan je sebab kompem aku tak sempat nak buat.
tengok jam dah pukul 4.30 petang. mee hoon aku tak bergoreng lagi sebab dapo gas ada 2 je. tengah pakai dua-dua. risau betul aku kalau tak sempat masak pukul 5.00 nanti. pukul 4.40 petang baru setel goreng ayam dan popia. terus kelentang kelentung basuh kuali cecepat. kuali takde yang besar. nak masak 3 bungkus mihun. cara yang ada ialah, masak 3 trip. sebungkus sebungkus. so, korang pejamkan mata dan bayangkan aku goreng mihun 3 kali dalam masa 20 minit. hebat tak hebat tu. kui kui kui. dah pukul 5 petang takde yang sampai lagi. so, aku pun cecepat buat sandwich pulak. akhirnya pukul 5.15 petang aku habis masak dan sediakan makanan. tepat-tepat je kaktih n family pun sampai. tunggu semua tetamu sampai baru mula majlis makan-makannye. tetamu-tetamunye family aku dan family encik capo je. tu pun dah penuh rumah.
|
arissa makan aiskrim. bila tak bagi, mengamuk. huhuhu. pas makan aiskrim , mandi. comot |
sedar tak sedar 3 jam lebih aku kat dapo. berdiri u olls. aku tak suka buat keje duduk. so, 3 jam lebih la aku berdiri untuk sediakan bahan dan memasak. arissa pun bangun dari tido timing baik punya. dah habis masak baru dia bangun. so, majlis makan-makan dah bermula. seronok tau bila kite masak, pastu semua orang makan. abis makanan tapi cukup la untuk semua orang makan. boleh tapau lagi tu. tah sedap tah tidak aku masak, aku tak tau la. tapi licin semua makanan. aku consider sedap la kot. huhuhu. lupa pulak, kakngah turut bawa makanan iaitu pengat pisang. nyum nyum nyum! kaktih pulak sponsor air gas.
istimewa hari ibu tahun ni kan, aku masak semuanya. itu kot hadiah hari ibu untuk mak aku. masak spesel walaupun tak la spesel mana pun. janji ikhlas. wahahaha.
lepas semua tetamu balik lebih kurang pukul 8 malam, aku pun merehatkan diri. bila dah rehat, semua penat datang. sakit kaki la, sakit belakang la. padahal masa tengah masak dan layan tetamu aku tak letih langsung. so, malam tadi aku tido awal sebab tak boleh blah penatnye. takpe la yang penting kite enjoy!!!
* tq kepada kaktih sebab tolong snapkan gambar untuk aku letak dalam blog. aku bizi, memang tak sempat nak snap gambar.
* hebat gak mak ko nih arissa. macam ni boleh plan buat open house lak. plan je la, buatnye tak pasti g. ahak ahak ahak.
teringin nak makan masakan adib ni...
ReplyDeletelepas ni kita plan je la ek...xyah buat...hehe
ReplyDeletekak jemah: hehehe...tunggu jemputan kiteorang kalau buat open house raya nanti.
ReplyDeletecapo grande: sy plan nak buat sambutan hari ayah arissa plak pas ni.
Perghhh!!! salute la aku ko begitu tangkas di dapur skrg. Hihi.. Untung sapa dpt. Tgk tu arissa.. belajar masak dgn mak k. hehe. Tp aku pun nak makan masakan ko.. dulu selalu makan ko masak kentang yang ada ikan bilis , bawang pastu masak kicap.. hihi ko suka masak ni dulu. Sampaikan aku pun terikut2.. kalau aku seorg2 malas nk masak byk.. aku masak resepi ko ni tau. walaupun x tau apa nama dia. :-)
ReplyDeletehehehe. dah kawin automatik rajin ke dapo n masak. kalau alex hari2 ada kat rumah mesto ko pun tangkas dah kat dapo. hehehe. akupun tak ingat aku selalu masak yang kau cakap tu. nama masakan tu kentang masak kicap cris. walaupun ada ikan bilis dan bawang, tp nama kentang je disebut kat nama lauk tu. hehehe. datang seremban singgah la rumah aku, leh aku masak spesel. hehehe
ReplyDelete