aku terlalu busy buat programming hingga takde masa nak bukak blog, apatah lagi nak update blog. namun, hari ni aku ambil kesempatan jugak nak update. sebabnya, ada sesuatu yang ingin aku coretkan. huhuhu.
semalam (29/09/2010) genaplah setahun aku berkhidmat dengan kerajaan. sedar tak sedar dah setahun berlalu. rasanya baru semalam aku bangun pukul 5.15 pagi dan bersiap-siap untuk lapor diri di JPM Parcel B, Putrajaya. seawal 6.05 pagi aku dah bertolak dari rumah sewa di seksyen 9 kota damansara ke putrajaya walaupun ia bermula pukul 8.30 pagi. awal gile kan. semuanya sebab aku nak pastikan aku dapat memakingkan keta aku tanpa sebarang masalah. paham-paham je kat sana paking memang tak cukup. aku sangat excited nak melapor diri sebab dah 5 tahun mencuba, akhirnya berjaya juga menjawat jawatan yang aku sandang sekarang. sehari suntuk dari pagi sampai pukul 4.30 petang kena dengar ceramah dan taklimat. surat penempatan hanya akan diberi selepas majlis selesai. bila dah dapat surat penempatan, rasa terkejut ya amat sebab dapat kat seremban. aku bayangkan aku dapat kat putrajaya. lagi bagus dapat kat seremban, dekat dengan mak dan family aku. dan lebih syok sekali sebab dapat tinggal dengan mak aku setelah beberapa tahun merantau di negeri orang. huhuhu.
hari ini (30/9/2010) genap setahun aku di UPTM. opis aku skang. hari ni lah setahun yang lalu aku melaporkan diri di sini. dan orang pertama dalam uptm yang tegur dan bersalaman dengan aku adalah kak jemah.aku masih ingat itu. ^_-. dan orang yang paling sombong dalam uptm ni dan taknak tegur aku adalah encik capo grande yang skang dah jadi laki aku. hahahaha. kelakar tak? sebabnya aku kata dia paling sombong sebab dia selalu masuk bilik aku tapi hanya berbual dengan room mate aku tanpa pandang sebelah mata pun kat aku. huhuhu. lepas dah 3 bulan, baru dia start nak berbual. tapi bila dah start berbual terus dia ajak kahwin pulak. ^_^ huhuhu.
dalam tempoh setahun ni banyak kejadian-kejadian yang aku alami disini. yang manis yang pahit semuanya ada. dengan kejayaan aku menjawat jawatan ni dan dihantar pula ke opis aku skang...maka berjumpalah aku dengan jodoh aku. punyalah jauh aku merantau sejak tahun 2000-2009, dari N9 ke Johor kemudian ke KL seterusnya Selangor dan akhirnya kembali ke N9...rupa-rupanya selama ni dia hanya berada di Seremban je dan 1 opis pulak tu. huhuhu.
dari segi keje pulak, macam-macam aku dah belajar. keje skang jauh berbeza dengan keje aku yang dulu. jadi masa mula-mula memang aku blur sebab tak reti. amik masa berbulan-bulan jugak nak paham. tapi aku lebih suka buat programming daripada buat keje yang memang sepatutnya keje aku skang. huhuhu.
tak de idea plak nak taip apa lagi. huhuhu. tu je la kot aku nak citer.
"selamat setahun bertugas di uptm hadibah" kataku kepada diri aku sendiri. nak kena beli kek dan tiup lilin ke?
nanti abang bagi pisang ye...huhu...
ReplyDeletenak buat cekodok ke nak goreng?
ReplyDelete