Thursday, September 2, 2010

percubaan pertama

malam hari isnin yang lepas (30/8/2010), untuk pertama kalinya aku buat kuih raya sendiri. minggu sebelumnya, bersungguh-sungguh aku google resepi kuih sarang semut dan nestle cornflakes. tahun-tahun sebelumnya memang aku pernah buat kuih raya, tapi aku tolong mak aku tak pun tolong kaktih. tapi tahun ni, aku teringin nak buat sendiri. bolehlah aku bagi mak aku rasa kuih raya yang aku buat pulak setelah hampir 28 tahun makan kuih raya yang mak aku buat je. hihihi.



selepas berbuka aku pun mulalah sibuk mengeluarkan bahan-bahan dan peralatan yang dah dibeli siang tu. turut membantu aku buat kuih ialah encik capo grande dan adik dia.




antara bahan-bahan yang digunakan
mula-mula memang excited giler. tapi bila sampai time menyagat doh tu...lama-lama jadi bosan sangat. tujuan menyagat ialah sebab nak jadikan doh tu halus-halus macam sarang semut. sebab tu nama kuih tu biskut sarang semut.




aku yang sedang menggaul mentega, gula halus dan tepung
aku dan capo grande bergili-gilir menyagat, namun selepas tu aku serahkan tugas menyagat pada dia manakala aku masukkan doh yang dah disagat ke dalam paper cup, taburkan chocolate rice seterusnya masukkan dalam oven dan tunggu sampai masak. hampir pukul 12 malam barulah abis semua biskut dibakar.




capo grande yang sedang sibuk menyagat.




hasil sagatan
best jugak kuih tu. seronoknya buat kuih lepas berbuka sebab boleh makan masa panas-panas.




atas: biskut yang menunggu masa nak dibakar. bawah: biskut yang dah siap untuk dimakan

lepas kemas balik barang-barang yang digunakan, aku pun tak berlengah lagi terus masuk tido. betul-betul letih dan sakit pinggang. tu baru sikit aku buat. ntah macam mana letihnya mak aku yang buat kuih raya beratus-ratus hari-hari sorang-sorang. buat untuk jual lagi. kemas rumah. lepas tu nak masak untuk berbuka pulak. kuatnya tenaga mak aku yang dah berumur 67 tahun tu berbanding aku yang muda ni. barulah aku sedar pengorbanan mak aku selama ni demi kepuasan anak-anak dia. huhuhuu. sayang mak sangat.




antara hasil kuih sarang semut yang kami buat

so dibawah ni, aku sertakan resepi untuk buat biskut sarang semut. silakan mencuba ye.


Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda

Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.
4. Guna pemarut cheese dan parutkan adunan.
5. Parut hingga habis semua adunan.
6. Taburkan chocolate rice. Hias biskut. Bakar dalam jangka masa 15-20 minit.

8 comments:

  1. nmpk sdp la..
    huhu

    ni yg nk dtg raye ni..
    prepare la mknn byk2 ek..

    ktorg terjah umh akk
    nnti...
    TUNGGU..............

    ReplyDelete
  2. lin: hihi. bukan nampak je sedap, rasa pun sedap. ^_-. silalah datang raya nanti kalau nak rasa.

    ReplyDelete
  3. leh caye ke sedap??
    hahaha....

    insyaAllah dtg...
    jgn dtg nnti tinggal bekas je suda..
    huhu

    ReplyDelete
  4. kuih yang paling senang nak wat. tapi kalo tak sukat bebetul, main taram jer jadi kuih lain lak.. haha
    Malam tadi baru try wat, hentam kromo jer. adunan tepung tu x keras, terlebey mentega, nak sagat pon x lepas. da siap hias bagai dan bakar tetap sedap gak. ley gak berikan nama baru, little cupcake junior.

    ReplyDelete
  5. lin: kalau tinggal bekas je tu maknenye memang sedap lah. hihihi ^_^


    yana: buat adunan memang senang yana. nak menyagatnye tu yang seksa. buat tak ikut resepi ke main hentam je tu? nasib baik sedap. bak rasa sket. huhu

    ReplyDelete
  6. kurang tepung, tu yang lembek jer.. ari ni yana try lagi.. if jadi yana wat entri k~

    ReplyDelete
  7. bape ringgit 1 balang?? masin tak?? hahaha.. dah campur ngan peluh sir capo, takut berperisa masin

    ReplyDelete
  8. haha...sib baik sukatan gula tu dapat mengatasi kemasinan peluh capo grande.

    ReplyDelete

LinkWithin