hari pertama semuanya indah belaka. tidur malam ku nyenyak sekali tanpa sebarang gangguan. ku sangka panas sampai ke petang, rupanya salji di tengah malam. huhuhuhu. malam kedua, tiba-tiba tidurku terganggu. suasana agak sunyi. hanya bunyi deruan kipas yang kedengaran. entah pukul berapa pagi, aku dikejutkan dengan suara lelaki yang sedang bercakap disebelahku. mulanya aku takut untuk membuka mata. apatah lagi ini merupakan pertama kali aku tidur ditempat baru ini. namun, perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan aku memberanikan diri untuk membuka mata. sejurus membuka mata, kelihatan seorang lelaki sedang baring disebelahku sambil mulutnya kumat kamit bercakap sesuatu dan tangannya bergerak-gerak membuat gaya penyampaian. namun yang menyeramkan aku...matanya terpejam rapat.
aku cuba buat tidak tahu dan cuba tidur kembali. suasana kembali senyap. entah berapa minit kemudian, tiba-tiba sekali lagi aku dikejutkan dengan suara lelaki yang bercakap-cakap disebelahku. namun butir percakapannya tidak begitu jelas. mataku terkebil-kebil memandang lelaki yang tidur disebelah ku ini. ini merupakan malam kedua aku tidur disebelahnya dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan perangai pelik dia. huhu. dalam keadaan gelap dan samar-samar itu, aku tak tahu nak buat apa melainkan cuba untuk tidur dan tidak memperdulikan apa yang berlaku tadi. baru sahaja aku nak terlelap, sekali lagi terdengar dia bercakap seorang diri lagi. tanpa segan silu, aku mengaku kaki aku menggigil dan agak seram memandangkan pertama kali berhadapan dengan situasi begini. kali ini, butir percakapannya agak jelas.
'takpe, takpe. biar saya uruskan semua' kata dia sambil kedua-dua tanggannya bergerak namun mata terpejam. aku separuh duduk memandang ke arah dia. kemudian dia senyap. tiada suara kedengaran lagi dan tangannya tidak bergerak lagi seolah-olah dia sedang tidur lena dibuai mimpi indah. namun mimpi indah aku telah dispoilkan dengan kejutan-kejutan dari dia. huhuhu. aku menyambung tidur kembali dan seperti tadi, aku dikejutkan dengan dia yang bercakap semasa tidur. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................aku dah tensen.
'jangan risau. nanti kite tau gak apa isi dalam beg tu' kali ni dia bercakap dengan mata terbukak.
aku yang sangka dia dah jaga, terus lah tanya "beg apa?"
'beg goodies' jawabnya pendek lalu terus senyap dan tido seolah-olah tak sedar apa pun.
aku merenung lama untuk pastikan dia betul-betul tido.
lepas tu aku dah tensen, malas nak layan lagi. bercakap dengan orang mengigau rupanya aku. tau a baru abis kenduri kahwin. bole lak mengigau pasal beg goodies. huhuhu.
lepas tu adalah 3,4 kali die mengigau lagi dalam 1 malam tu. tak larat aku nak jaga lagi dah. dengar je lah. disebabkan ngigauan dia lah aku tak dapat tido malam tu. huhuhu.
keesokkannya, bila dah bangun tido, aku terus tanya kenapa dia cakap sorang-sorang malam tadi. katanya dia tak sedar pun. yang aku seram bila dia kata malam tadi ramai orang masuk dalam bilik tu datang jumpa dia. semuanya berkenaan hal kenduri siang tu. dia kata memang betul-betul orang masuk bilik. sampai dia dah tak larat nak layan. huhu. patut a banyak kali mengingau. waaaaaaaaaaaaaa...........seramnya aku. selain dari dia, aku sorang je dalam bilik tu. dan setiap kali dia mengigau aku memang terjaga dan tengok dia.
bila dia kata ramai yang bukak pintu bilik dan masuk bilik, terus berdiri bulu roma dan mula a terasa seram. huhuhu.
yeker hari pertama tdo nyenyak?? nyeh nyeh nyeh...
ReplyDeletemaksud nyenyak disitu tiada gangguan dari orang yang mengigau. tapi banyak gangguan dari orang yang belum nak mengigau. wawawawa.........
ReplyDeleteyey.. cerita ni telah mula membuka tirainya.. mesti ramai follower x lama lagi nih..
ReplyDeleteatas permintaan, cerita hanya 1 episod ni saje...huhuhu
ReplyDelete