'hari ahad yang membosankan' desis hatiku. dengan hujan yang tak menentu. dengan kerja yang banyak nak disiapkan. semuanya membuatkan otak aku membeku. aku termenung didepan notebook yang ku pinjam dari kakak ku. Microsoft Word 2007 terpapar dihadapan ku. namun aku betul-betul tak boleh nak berfikir. sebiji gula-gula sour plum ku ambil dari laci. pembungkusnya ku koyakkan lalu ku letak di atas meja manakala gula-gula sebesar duit 20 sen itu ku suapkan ke dalam mulut.
dalam fikiran ku hanya ada abang. hmm...rindu lah. abang tak sms pon sejak petang semalam. dia merajuk dengan aku ke? hati aku tak tenang memikirkan semua tu. lantas ku capai hp ku yang memang terletak atas meja, ku taip sms untuk abang. bertanya samada dia marah atas keterlanjuran kata-kata ku semalam dan aku turut meminta maaf. 2,3 minit selepas sms di hantar, tiada balasan dari abang. hati aku bertambah-tambah tak keruan. aku terlalu rindukan abang. kemudian aku hantar lagi sms...hanya ada perkataan 'sorry' yang ku taip berulang-ulang diselangi dengan icon menangis. aku tergelak sendirian selepas sms tersebut aku send. rasa kelakar pon ada. selepas beberapa minit menunggu, masih tiada balasan. aku pon terus menumpukan perhatian ku pada monitor notebook.
'kerja kerja. siapkan kerja!' kataku kepada diri sendiri.
baru saja jari jemariku ingin menaip di keyboard notebook, tiba-tiba alunan lagu Puspa-nyanyian ST12 berkumandang dari hp ku. bibir aku menguntum senyum sebaik lagu itu kedengaran. terpampang wajah kesayanganku pada skrin hp ku. tiba-tiba duniaku rasa ceria. segera aku menekan butang answer.
rasa gembira hati tak terkata bila mendengat suara yang teramat aku rindu di corong telefon.
aku terus minta maaf atas kesalahan aku semalam. tapi abang kata, dia tak marah pon kat aku. lega hati aku dengar. kami berbua-bual sambil bergurau mesra. hidup aku yang mulai suram sejak 3,4 hari lepas, mula ceria dan berbunga kembali. sungguh aku sangat rindukan abang.
tak lama kemudian, abang meminta untuk memutuskan talian kerana dia hendak pergi ke rumah kenduri kahwin berhampiran rumah dan dia berjanji akan menghubungi aku malam nanti. selepas menamatkan perbualan, bibir aku tak henti-henti mengukir senyuman.
abang, abang... kaulah racun, kau jugaklah penawar hati ku ini.
No comments:
Post a Comment