Friday, November 20, 2009

hati...bersabarlah

hp di atas meja ku tenung sekian lama. bilakah ia akan berbunyi menandakan ada sms masuk? atau bilakah ia akan mengalunkan lagu puspa - nyanyian kumpulan ST12 menandakan si dia menelefon aku? sudah 3 hari alunan lagu tersebut tidak kedengaran menandakan sudah 3 hari juga dia tidak menghubungi aku.
seingat aku, baru 2 minggu kami berbaik semula, dan kini dia mulakan sekali lagi. sudah lebih 5 kali benda yang sama berulang-ulang. aku benar-benar sudah penat dengan semua ini. tapi perasaan sayang dan cinta terhadap dia yang mendalam membuatkan aku lupa layanan buruk dia terhadap aku selama ini. entah mengapa hati ini terlalu lemah bila dengan dia. perasaan sayang terhadap dia mengatasi segala-galanya. kadang-kadang, aku terasa aku ni macam sampah bagi dia. aku sedar semua tu, tapi...seperti yang aku beritahu tadi, perasaan sayang terhadap dia mengatasi segala-galanya.



aku tinggalkan hp di atas meja bilikku dan turun ke tingkat bawah untuk menonton tv. biarlah aku dapat lupakan sekejap perasaan kecewa dan sedih aku ini. kelihatan emak dan anak-anak buahku sedang seronok menonton tv lalu aku duduk disofa untuk menyertai mereka. sambil menonton tv, aku berbual dengan emakku. namun...ku akui...dia sentiasa ada dalam fikiran aku walau apa pun yang aku lakukan.
tak lama aku menonton tv kerana tiada rancangan menarik. aku masuk semula ke bilik dan cek hp ku. mana tau, dalam tempoh setengah jam aku menonton tv tadi ada panggilan atau sms dari dia. sekali lagi aku kecewa kerana tiada langsung sms atau call yang masuk. aku baring di atas tilam sambil merenung hp ku.
aku terlalu rindukan dia. akhirnya...seperti biasa, aku mengalah lagi. aku mula menaip sms bertanya khabar dan send pada nombor dia. 1 minit berlalu...2 minit berlalu....7 minit berlalu. tiada jawapan dari dia.
lalu aku hantar sekali lagi. namun...masih sepi seperti tadi.
aku benar-benar buntu bila dia buat aku macam ni. aku dah tak tahan lagi dengan semua ini. dia selalu membisu tanpa berita. dan setiap kali, aku juga yang terhegeh-hegeh mencari dia. semua yang aku lakukan kerana aku benar-benar sayang dan cintakan dia. tapi nampaknya aku perlu sedar...yang perasaan dia terhadap aku sudah tidak seperti dulu lagi. tapi bagi aku, kalau dah tak suka atau mahu hubungan ini berakhir, berterus terang sajalah. aku boleh terima kerana perasaan memang tidak boleh dipaksa-paksa.
tapi...bila dia mendiamkan diri seperti ini...jiwa kau benar-benar terseksa.


selepas 1 jam menunggu tiada balasan dari dia, aku pun mengambil keputusan untuk tidur sahaja. kerana hanya tidur yang boleh membuatkan otak aku tidak berfikir. itupun jika aku benar-benar tertido.
sementara menunggu mataku lelap, wajah dia bermain-main difikiran ku. aku rindukan dia.
'selamat malam sayang...' ucapku dalam hati sambil menatap gambar dia.
hati...bersabar lah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin