Thursday, January 6, 2011

baby arissa

2 januari 7.05 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang baby perempuan yang comel. aku dan encik capo grande sebulat suara menamakan baby kami Arissa. Arissa selamat dilahirkan secara normal di hospital bersalin sukhilmi, di taman bandar senawang seremban.




lebih kurang pukul 4 pagi aku dan encik capo grande telah berada di hospital swasta yang kami pilih. sampai saja, terus aku dimasukkan ke labour room. sakitnya ketika itu hanya perempuan yang pernah melahirkan anak dan tuhan saja yang tahu. rasa tak tertanggung sangat sakit yang aku tanggung. aku tak henti-henti membaca ayat kursi, selawat dan beberapa doa yang aku tahu. mujur encik capo grande sentiasa disisi aku ketika aku sedang sakit nak bersalin. beliau memberi kata-kata semangat dan membantu aku ketika proses bersalin dimana ketika sakit yang teramat-amat antara hidup dan mati (orang beranak kan memang nyawa umpama dihujung tanduk) aku hanya memikirkan aku mahu hidup melihat baby dan membesarkan baby bersama-sama suami tercinta. cewah cewah.



baby ku lahir dibantu dengan vakum kerana aku tak mampu nak meneran sendiri. sebabnya aku tak reti cara meneran untuk keluarkan baby dengan betul. tapi yang pasti, aku telah berusaha sehabis mungkin. sampai teruklah encik capo grande aku pegang dan peluk dengan pelbagai aksi stunt. ahak ahak ahak. yang aku tahu masa tu aku terlalu sakit dan mahu encik capo grande disisi aku.


akhirnya jam 7.05 pagi baby ku lahir. sebaik saja babyku keluar, semua rasa sakit hilang serta merta. doktor pula terus meletakkan baby di atas perutku. antara percaya dengan tak, baby yang diletakkan diatas perutku itu adalah baby yang aku bawak dalam perut selama ini. tiba-tiba rasa terharu sangat sebab dah jadi seorang ibu.


aku bersyukur sangat pada Allah s.w.t kerana mempermudahkan segalanya dan menyelamatkan aku dan bayiku. tapi sesungguhnya serius aku cakap...sakitnya beranak. macam ni lah yang mak aku tanggung nak lahirkan aku dulu. sesungguhnya semua ni membuatkan aku insaf...


nampaknya di blog aku nanti akan penuh entri tentang baby Arissa yang comel. banyaknya aku nak ceritakan...

2 comments:

  1. yaallah..seriau gak mule2 nisa bce kak..tahniah kak.....comel arissa...

    ReplyDelete
  2. sekali lagi tahniah.. mmg berseri lah blog ni..

    ReplyDelete

LinkWithin